Friday, May 28, 2010

cari rumah lagi

tak salah aku update dua kali dalam masa satu hari..tak salah kan? jadi mari tulis sekarang.

sementara uruskan hal kahwen dan menyiapkan bunga pahar, cari reben tak jumpa dan sebagainya, aku dan encik tunang aka azmi sedang cari juga rumah di sekitar untuk masa depan kami. target tempat adalah sekitar bangi. kata azmi, kalau dapat sewa pun boleh, beli terus pun boleh. tapi kalau lah aku tahu aku nak kahwen tahun ni, dan kerja di sini, 3 tahun lalu dah tentu tentu aku poyo beli rumah kat area sini. tapi macam impossible lah kan sebab masa tu baru habis belajar. masa tu, banyak betul rumah baru naik. masa tu mesti ramai dah pembeli tunggu masa nak duduk kat situ.

tapi saje saje jugaklah aku dengan azmi jalan-jalan sekitar bangi nak cari rumah untuk sewa. kami tau awal lagi, tapi awal tak awal pun lagi 5 bulan dah. kalau boleh, lepas kawen terus nak duduk rumah baru, rumah 'kami'. aku tak pernah beli rumah, sewa tu dah agak biasa. nak jugak duduk kat quaters gahmen kat area putrajaya. tapi kata azmi rugi pulak. sebab macam lebih baik beli rumah sendiri? aku ok kan aje.

ada jugak jumpa rumah sebijik 2. azmi kata dia nak rumah yang depan kosong, tak ada rumah lain, nak parking senang. rumah teres, dua tingkat or satu tingkat memana boleh (tapi aku nak 2 tingkat, heh). lepas tu jumpalah satu rumah dia tulis untuk disewa/jual. jadi ambil no telefon. tapi kami tak telefon pun lagi.

aku survey dekat mudah.my. standard harga rumah dekat situ around 3ook. agak banyak jugak tu nak bayar. aku tak tahu bajet azmi berapa. tapi semuanya bergantung pada dialah, aku kata boleh je nak bayarkan around 200-300rm sebulan (heh kedekut tak aku ni?). tapi aku kata, untuk masa sekarang, kalau betullah rumah tu kami nak duduk, aku macam agak takut juge. sebab kalau tima azmi outstation? aku tinggal kat rumah tu sorang-sorang. takut la aku! aku bukan berani sangat pun, nampak je muka garang.

so aku dengan rendah diri kata, kalau nak sewa dulu, better cari rumah flet or apartment kot. supaya aku tak takut sangat. heh. azmi suka sangat kawasan rumah yang aku duduk sekarang ni. dia kata kawasan tenng, banyak famili, ada kedai, parking senang. kata azmi lagi. kalau rumah flet or apartment, dia nak parking senang. tapi serius, sini memang parking macam senang. cuma tak ada bumbung. walaupun rumah macam buruk sikit, tapi kawasan okay. tak de pulak gangguan (selain dari kes korek mangga kunci dulu). jadi mungkin nak sewa kat kawasan macam tu je.

haha, membebel panjangnye aku. aku sebenarnya nak bagitau kat sini, aku blogwalk, aku terjumpa satu blog yang mempromote website ini;

iproperty.com.my

aku sangat senang hati, walaupun tak banyak sangat info mengenai rumah untuk disewa, tapi rumah untuk dibeli macam boleh tahan. tak payah susah nak bazir duit minyak cari cari jalan jalan tengok rumah macam kami buat ni. klik je kat tempat disukai. kebanyakan rumah ada disertakan gambar sekali, jadi boleh imaginelah kan macam mana. sebab kalau nak banding dengan mudah.my mungkin untuk serious buyer, website ni lebih baik kot. aku tak ingat blog ape yang promote ini. tapi terima kasih daun keladi.....

*aku rasa sangat matang sebab dalam plan nak cari rumah ni. aku rasa macam cari rumah untuk barbie doll aku je masa kecik dulu :P

No comments:

Post a Comment