Saturday, May 29, 2010

the colour is plum!!!!

okay third post! doesn't matter, i don't care!


sebab besok aku dah nak balik bangi, no internet connection for me there, and i will have a girl-day-out tomorrow with NORA! hooray!


so back to the business.. these few months, or weeks, planning my BIG day (yes, its about wedding again!) aku masih confuse dengan tema warna yang aku nak. aku memang sangat, mahu, ingin, amat warna purple tetapi purple kan ada banyak jenis purple. bila term bahasa melayunya adalah 'UNGU' ia dah jadi macam ganeral. dalam term bahasa inggeris, purple is not just a purple colour, it can be lavender purple, violet purple, wine purple, fuschia also sometime can consider as purple too (gosh, aku pun tak dapat nak beza). but seriously, aku baru tahu that particular purple that i want for my theme is PLUM!


i found theperfectpallet semasa blogwalk blog pengantin (it's a must-visit site rite now) dan ia sangat sangat membantu. boleh pilih warna apa yang disukai dan lihat kombinasi nya! macam plum+powder blue+grey =



taraaa! nice eh? oklah oklah ni mat saleh punye so what? janganlah baju pengantin nak combine 3 warna ini sekaligus kan..kang pening pulak tetamu yang hadir ingat eh ini sarkas kah? :)



nak kasut niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.................
(not from the same site, couldnt remember)

by the way, sebab aku ala-ala undecided last time, which purple do i want now i'm a bit clearer dan kini harus menetapkan pendirian. actually masa book sewa baju hari tu, aku terus kata nak purple putih, then this adik pun keluarkan baju purple putih yang cantik gila terus macam okeh, saya nak yang ini. but bila kakak makeup telefon untuk confirm semua kakak ni kate ada baju cantik lagi warna purple pink baru siap, manik tak jahit lagi. purple pink aku macam abit turn off sikitlah sebab previously, cousin aku buat purple pink juga. tapi bile datang untuk kali kedua, terus tanya nak tengok baju yang baru siap tu, terus macam alamaaaaaak, cantiknya!!!!! sebab kakak tu kata purple pink, jadi aku ingat purple pink la, terus macam nak tetap pendirianla..amek kau sampai sekarang aku masih termimpi-mimpi baju purple pink yang actually 'PLUM' colour ittew..sebab kata boleh tukar, jadi mahu tukar NANTI.


so enough about plum colour. hati dah rasa puas, sebab semua dah clear..yey!


*okay, warna je pun kan..:P

Friday, May 28, 2010

cari rumah lagi

tak salah aku update dua kali dalam masa satu hari..tak salah kan? jadi mari tulis sekarang.

sementara uruskan hal kahwen dan menyiapkan bunga pahar, cari reben tak jumpa dan sebagainya, aku dan encik tunang aka azmi sedang cari juga rumah di sekitar untuk masa depan kami. target tempat adalah sekitar bangi. kata azmi, kalau dapat sewa pun boleh, beli terus pun boleh. tapi kalau lah aku tahu aku nak kahwen tahun ni, dan kerja di sini, 3 tahun lalu dah tentu tentu aku poyo beli rumah kat area sini. tapi macam impossible lah kan sebab masa tu baru habis belajar. masa tu, banyak betul rumah baru naik. masa tu mesti ramai dah pembeli tunggu masa nak duduk kat situ.

tapi saje saje jugaklah aku dengan azmi jalan-jalan sekitar bangi nak cari rumah untuk sewa. kami tau awal lagi, tapi awal tak awal pun lagi 5 bulan dah. kalau boleh, lepas kawen terus nak duduk rumah baru, rumah 'kami'. aku tak pernah beli rumah, sewa tu dah agak biasa. nak jugak duduk kat quaters gahmen kat area putrajaya. tapi kata azmi rugi pulak. sebab macam lebih baik beli rumah sendiri? aku ok kan aje.

ada jugak jumpa rumah sebijik 2. azmi kata dia nak rumah yang depan kosong, tak ada rumah lain, nak parking senang. rumah teres, dua tingkat or satu tingkat memana boleh (tapi aku nak 2 tingkat, heh). lepas tu jumpalah satu rumah dia tulis untuk disewa/jual. jadi ambil no telefon. tapi kami tak telefon pun lagi.

aku survey dekat mudah.my. standard harga rumah dekat situ around 3ook. agak banyak jugak tu nak bayar. aku tak tahu bajet azmi berapa. tapi semuanya bergantung pada dialah, aku kata boleh je nak bayarkan around 200-300rm sebulan (heh kedekut tak aku ni?). tapi aku kata, untuk masa sekarang, kalau betullah rumah tu kami nak duduk, aku macam agak takut juge. sebab kalau tima azmi outstation? aku tinggal kat rumah tu sorang-sorang. takut la aku! aku bukan berani sangat pun, nampak je muka garang.

so aku dengan rendah diri kata, kalau nak sewa dulu, better cari rumah flet or apartment kot. supaya aku tak takut sangat. heh. azmi suka sangat kawasan rumah yang aku duduk sekarang ni. dia kata kawasan tenng, banyak famili, ada kedai, parking senang. kata azmi lagi. kalau rumah flet or apartment, dia nak parking senang. tapi serius, sini memang parking macam senang. cuma tak ada bumbung. walaupun rumah macam buruk sikit, tapi kawasan okay. tak de pulak gangguan (selain dari kes korek mangga kunci dulu). jadi mungkin nak sewa kat kawasan macam tu je.

haha, membebel panjangnye aku. aku sebenarnya nak bagitau kat sini, aku blogwalk, aku terjumpa satu blog yang mempromote website ini;

iproperty.com.my

aku sangat senang hati, walaupun tak banyak sangat info mengenai rumah untuk disewa, tapi rumah untuk dibeli macam boleh tahan. tak payah susah nak bazir duit minyak cari cari jalan jalan tengok rumah macam kami buat ni. klik je kat tempat disukai. kebanyakan rumah ada disertakan gambar sekali, jadi boleh imaginelah kan macam mana. sebab kalau nak banding dengan mudah.my mungkin untuk serious buyer, website ni lebih baik kot. aku tak ingat blog ape yang promote ini. tapi terima kasih daun keladi.....

*aku rasa sangat matang sebab dalam plan nak cari rumah ni. aku rasa macam cari rumah untuk barbie doll aku je masa kecik dulu :P

we belong to you and me

i should find a way to have an internet connection so that i can stop whining about not updating and missing my blog like crazy. and i think it is a big desision when i need to spend at least rm50 per month to pay the fee. no i don't want to hang out at mcdee and poyo giller bawak laptop and play facebook and updating blog. tak mo ah!

last week, we were having our annual meeting in EQ. nice place, nice food. honestly, i have not much contribution in this meeting, so i become a photographer 'tak bertauliah'. so here are some pics.


and nice buffet lunch to.. tak ingat nak amek gambar..anyway, this meeting bukan aku pun yang nerves ke hapa, so memang have fun habislah beside listening to all big shots sharing their thoughts. aku dengar je. and take notes sikit sikit. memang first real meeting ever lah!

Sunday, May 23, 2010

well well well..

homaigosh update untuk bulan mei adalah berapa?empat sahaja?

well jika pc mengadap segenap lapisan masyarakat harusslah malu untuk update post baru :) macam aku kate sebelum ni, U dah pergi ke Tuan asal. tuan asal nak bagi tapi dia kate suruh bayar sendiri, nak bayar tapi kena bayar kat segi tiga sunway, kalau nak pergi sana macam ala-ala satu hal. eh eh dah. aku macam nak pecah-pecahkan peristiwa peristiwa pahit manis sepanjang peninggalan aku ke alam nyata..

kes 1.

post aku sebelum ini agak tergantung kan? tahu sebab ape? petang itu, jam pukul 6.35 pm, aku sorang kat dalam office, tiba tiba loceng office bunyi, aku pergi tengok pintu, tak ada orang. HORROR WEH! aku terus rasa macam nak terkencing, sambil kate weeeeeeeeeeeeeeiiii, jangan aaa buat aku macam niii..jantung berdegup laju macam nak pecah. NI HANTU MANA PULAK KACAU AKU NI! terus tobat tak nak balik lambat dan tinggal seorang diri lagi.

kes 2.

aku perlu berjumpa dengan encik mohd nor untuk kes mesin pcr lab aku yang rosak. aku perlu jumpa beliau di pejabat yang lain jadi aku pergi dan buat-buat seperti tetamu sebab sebenarnya aku macam dah biasa pergi tempat tu tapi aku tak kenal je orang-orang kat situ. last last aku dengan sopannya bertanya;

"encik othman ada?"

satu office cari encik othman, padahal encik mohd nor. setelah diexplain permasalahan aku, orang itu terus kata,

"awak nak cari encik mohd nor kot..."

aku pun kate,

"haaaaaaa, encik mohd nor tu la saya nak cari"

aku dah malu. bile cerita balik kat colleagues sekelian, mereka gelakkan aku..haish..

kes 3.

semalam ada meeting macam annual meeting lagi tuh. yang besh nye, meeting dekat EQ dan makanan sangat sedap. aku hanya perlu buat-buat bizi dan bermuka chuak apabila diberi tugasan mengejut - iaitu menekan 'next' untuk presentation. dan juga klik 'call video' untuk skype call. aku cuak aku tertekan 'call' lepas tu, suara tak dengar, konon nak salahkan surround speaker EQ. rupanya plug tak sambung betul salah aku juga. hish. tapi makanan sedap dan aku enjoy tangkap gambar event. juga jumpa geng main badminton. kata beliau, beliau saling tak tumpah seperti lin dan, aku cuak lagi, dalam hati aku aku hanya lah sekadar ala-ala rashid sidek yang menang piala thomas dulu tapi aku diam je sebab aku tau lin dan lagi terer. terasa tidak fight. habislah aku..

kes 4.

2 minggu berturut turut pergi Nilai tiga nak cari barang kawen. hari ni pergi lagi. dah kira semua bajet habeslah banyak jugak nak belanja nih. dah bertekad kan nak buat bunga telur sendiri. gigih aku ni.. anak sapalaa..mak tanya, kursus kawen dah pergi? dahh... pelamin? dah.. baju? dah..hesh, betul macam progress report pulak ni..macam rasa lama lagi..lama lagi ke? hurmm... 5 bulan lagi weh... CUAK AKU! CUAK! terus aku berniat nak pergi buat facial mencantikkan muka. makin nak kawen, makin huduh rupa paras. badan juga makin mengembang. oh yap, aku nak main badminton dengan lin dan, mungkin sudah selesai masalah pelangsiangan badan itu. muka ni! muka ni! boleh pulak aku pakai salah product samapai naik mengelupas hitam kat muka..aper cer weh! aper cer!!!!

kes 5.

aku nak pergi kluang 1/6 ni! pi amek darah! tak da update lebih sangat pun sebab tak jadi lagi..

kes 7.

nak pergi redang pulak bulan 7 ni? :P

kes 8.

macam nak pergi cameron highland hujung bulan 6 ni jugak..

kes 9.

jam dah nak dekat pukul 3, aku nak tido sekarang.. daa!

Monday, May 17, 2010

kahwen post

obvious sangat nak cerita pasal persiapan kahwen..terus rasa nak malu-malu errkh!..

by the way, sudah target dalam sebulan untuk membelanjakan duit gaji bulanan ke arah perkahwinan. bila pergi shopping complex fikiran harus melayang teringatkan duit yang perlu disimpan untuk belanja kahwen. jadi bila nak beli baju bari atau kasut baru yang tak ada kena mengena dengan barangan perkahwinan, terus mengucap dua kalimah syahadah dan beristighfar panjang kerana perlu simpan duit untuk kahwen! untuk kahwen! oooh sungguh terseksa jiwa dan raga..

namun begitu, bila tiba masanya untuk bershopping barang kahwen, perasaan memanglah tak dapat nak diungkap dengan kata-kata. jadi memang sama je sebenarnya perasaan tu dengan beli beg gucci harga rm500 tapi ini untuk pakej kahwen yang cecah ribu ribu dengan harapan hari kahwin akan jadi pengantin yang paling cantik dalam dunia! arrgh stret to the point..

sebab nak berjimat, dan gaji tak tinggi maka hsrat nak pergi cari barang murah kat nilai tiga macam ala ala tercapai gitu. bawa sekali housemate dengan boifriend beliau sekali lalu pergi cari bunga telur/bunga pahar. mahal memang mahal lah, fikir agak dalam 18 kali jugaklah nak beli. tapi dah lah, mari kita buat saje!! baru berbaloi baloi.......

jadi lepas beli semua kelengkapan membuat bunga pahar, housemate yang terel kerana mempunyai pengalaman selama bertahun tahun (sebab 4 orang kakaknya dah kawen) mengajar aku yang agak dungu bunga pahar ni diy..oh memang puas hatilah. gila terlah housemate ku ini terus bersyukur kepada Tuhan, oh rupanya ini sebabnya Kau memberi petunjuk kepadaku untuk berhousemate dengan beliau. sebab boleh ajar buat bunga pahar rupanya. beliau memang sangat membantu. terima kasih hanisah! hehe.

note: tips untuk membuat bunga telur adalah, perlu ada tutu yang banyak ;)


jadi tak boleh lah nak show of bunga pahar 4 kuntum tu je. nanti masa kawein i, i bagile kepada sesiapa nak merenjis i..(couldnt imagine orang merenjis aku? aku hanya dapat imagina orang simbah aku dengan sebaldi air - matriks melaka party blok A1). atau balik water baloon kena aku (explorace sekolah).

jadi mungkin tak banyak yang siap lagi semua dalam kepala otak je..takut je ada yang tak cukup. nak tengok pelamin orang kat blog takut pulak, meletops mak pelamin. haruslah cecah 5K, i tak ada 5 K jadi tempah pelamin baju segala bagai 2K. cukupla tu (aku dah mention ke heh?).

Thursday, May 13, 2010

life is not as good as we thought



sometimes when people watch and see other people, so happy with her job, so happy with her husband, happily married and will be getting a baby soon, and her life is soo, soo perfect, you don't know that deep down inside, there is a hurricane, there is lightning and raining going on inside.

jangan ingat dia bahagia sepenuhnya.

mungkin pada masa depan akan timbul masalah. mungkin pada masa sekarang, mereka sedang cuba untuk menyelesaikan hutang keliling pinggang, mungkin sedang struggle untuk mencari duit lebih, mungkin ada masalah jiwa?

mugnkin juga nampak tenang happy dan gembira, lucky..tapi mungkin juga dalam masa yang sama, dia tak tegur mak dia dalh nak dekat sebulan dan mungkin semalam bergaduh besar dengan suami. mungkin dua hari lepas kena marah dengan bos, kerja tak menjadi, terasa seperti bodoh sepanjang hayat, sentiasa ada rasa left out dan rendah diri..

bukan salah dia pun..

mungkin ada la salah dia sikit tapi nak buat macam mana kan..

itulah kehidupan..

macam burung ni, dia mati mungkin sebab dia langgar dinding depan office aku? jadi aku and colleague pegi tanam dan sambil lalu pergi beli makanan kat koridor jalan, kami beritahu burung lain, kawan kau mati kat situ kuburnya (ewah konon macam snow white ke hapa?)..



anyway, a bit down today..

Tuesday, May 11, 2010

curi masa!

eh terus nak baca surah wal asr..:)

semua dah balik, curi masa untuk update..dah berani nak stay kat office sensorang nih..he..jadi boleh melagha sekejap je.. tadi pi beli barang ambil darah dekat kelana jaya. sesat biasalah tu..pi singgah old town white coffee pekena roti bakar konon nak merehatkan minda yang penat drive sampai sesat. meredah hujan lebat lagi okeh!

isk, rindu rindu old town. sebab pergi dengan kak su, suka sangat cakap pasal johor tau sebab dia pun utm jugak..rindu rindu johor jugak..selalu kata kak su eh pernah tak pergi sini pergi situ..haha best..terus rindu korang semua member johor okeh! ni hau ma?

korang meh le mai bangi. sini banyak tempat makan best woh..aku tengah cari membe nak pi ronggeng setiap tempat makan tu. kak su boleh layan. aku nak pengaruhi die :P. but still tak dapat cari lagi tempat best nak makan ABC. jusco pun tak ade :( tapi tiap tiap minggu pergi mid valley kadang-kadang pergi sunway pyramid kadang pergi pavillion, eh kadang kadang konon padahal baru sekali ;) tu pun dengan ina (sekolah) uish that time memang BEST SANGAT! lama tak keluar window shopping sambil mengidam tengok beg MNG colour merah itu..

by the way, dalam rancangan nak pergi Kluang tahu. tapi tak tau bile mungkin dalam bulan 5 ni jugak. and berhajat jugak nak singgah utm sebab aku ngan kak su macam wajib pergi (macam pergi VRI ipoh balik hari isnin lepas). gigih tau balik hari.. jadi cadangannya nak ronggeng kat utm jalan jalan johor yang dirindui. tapi manager nak ikut pulak, dan beliau memanglah harus ikut. jadi terus kena reschedule.. tengoklah macam mana..

to fasya; congrates sudah dapat baby! tomei sangat!

Monday, May 10, 2010

oh penat..

aku sangat penat bila fikir hal semalam dan dua hari lepas.. oh sakitnye, mungkin ada sakit hati sikit nanti aku cerita.

by the way, yours truly sedang kehilangan sedikit pedoman bila U nye sudah dikembalikan kepada tuan punya badan. jadi no blog updating buat sementara waktu. sekarang pulak jarang balik rumah, maklumlah mogok, eh...

jadi bai lah..mungkin satu atau dua tahun akan update lagi..

daa!