Sunday, April 18, 2010

run u idiot! run!

kadangkala, apabila kita menghadapi satu masalah yang meruntun jiwa, masalah yang mengguris hati, masalah yang menyedihkan perasaan, perkara paling mudah dan senag dilakukan adalah lari dari semua itu kan? lari..


jadi jangan pandang enteng apabila seseorang itu cuba untuk lari dari masalah mereka. engkau bukan berada dalam kasut busuk mereka, jadi engkau tak tahu. jadi, ayat seperti;


"kau jangan lari dari masalah zeck (bukan nama sebenar) kau perlu hadapinya dan menyelesaikannya. kalau kau lari, lambat laun kau kena hadapi nya juga." cewah cewah kau tiru dialog maria mariana kee? dialog itu macam bullshit saje.. ayat ini sangat tidak membantu.


melainkan orang itu adalah seseorang yang tidak berotak dan tak reti berfikir, sangat tipu kalau orang itu tidak cuba untuk menyelesaikan masalah mereka itu sendiri. jadi sebab menemui jalan buntu, maka lari adalah jawapan paling baik. seperti setelah ditinggalkan kekasih, membawa hati yang lara dan melarikan diri ke rumah cik esah jiran sebelah. key word adalah lari. jadi tak salah kalau orang itu mahu lari. asalkan jangan lari tutup mata, buruk padahnya..


tapi jika mahu lari jangan pula membawa padah kepada diri sendiri seperti melepaskan diri dari mulut kambing, berlari ke mulut buaya. eh, siapa suruh lari ke mulut buaya? lari juga perlu ada strategi. seperti contoh di atas, kalau mahu lari ke rumah cik esah jiran sebelah adalah tindakan yang bagus. tapi kalau lari ke rumah encik ali bujangan hot yang tinggal bersama rakan serumah yang semuanya juga bujangan hot adalah A BIG NO NO. dan seperti contoh di atas juga, perlu fikir macam mana nak lari? dengan kereta kancil warna putih ke, dengan bas transnasional ke, atau hitch hike saje menumpang lori apek jual sayur? keyword kat sini pula adalah 'lari dengan selamat'. kalau strategi lari adalah tidak selamat, maka janganlah lari. atau cari kaedah lari yang lain yang lebih selamat. ingat, key word hari ini 'LARI' kan?


sudahlah, ini adalah penulisan tanpa berfikir ye..abaikan saje emosi untuk hari ini. oh ye, mari tengok hasil larian zura zura mau tak? ;)




-saya orang bisu, jika ingin membantu, sila beli ini dengan harga rm5-


*hari hari emosi, entah bila emosi aku nak betul betul stabil ntah! huhuuu...

No comments:

Post a Comment