Thursday, April 22, 2010

do not regret!

nanti ada hujung minggu kerjaya untuk budak sekolah lama aku dulu. kira ex ex yang dah tua bangka macam aku ini telah dijemput oleh cikgu cikgu untuk kasi basuh ini kepala otak budak budak supaya sayang sekolah, agama dan bangsa. ceh ceh, aku bukan fasilitator ke hapa, sebab aku kaki main, maka aku telah ditugaskan untuk jadi ajk main nanti.

sebab namanya hujung minggu kerjaya, kami konon nak beritahu dan memberi pengalaman tentang kehidupan jerih perih payah susah hidup untuk mencapai kejayaan macam kami semua nih (eh, kembang hidung, kembang hidungg..kami memang sangat berjaya woh!)..kiranya sekolah aku itu sangat berbangga dengan ex-studentnya yang dah banyak jadi doktor (macam azza), dah jadi lawyer (macam dina), dah jadi engineer (macam yah), dah jadi akauntan ( macam azmilia), dah jadi saintis.........eh macam aku je...ok tak macam kita kan azrina? haha..terus nak tukar title research officer ke scientist eh? seperti sangat poyo..

masa tengah meeting untuk buat semua ini, kami semua bermuhasabah juga..sekolah aku sekolah baik tahu, tapi malu nak bagitau kat sini sebab sekolah itu baik sangat, melambangkan AGAMANYA, tapi perangai kami semua tidaklah seindah mana. masing masing terjal, masing masing pernah escape solat jemaah kat masjid sekurang-kurangnya 5 KALI. pakai selipar jepun pergi dewan makan, TAK PAKAI STOKIN! lengan baju dilipat, pin tudung tak pakai, tidur kat bilik prep, PREP KAT LUAR, buat bising, DUDUK BELAKANG SEKALI DALAM KELAS, kena berdiri kat depan perhimpunan, kena panggil dengan puan endong, kena isi borang disiplin, TIDUR DALAM KELAS, conteng dinding koridor maut aspuri, LOMPAT DARI KORIDOR MAUT ASPURI, main hoki dalam bilik prep, azan maghrib baru nak pi mandi, ESCAPE KELAS AL QURAN, menyorok dalam dorm, SOLAT DALAM DORM, merayau-rayau sekitar aspuri pukul 3 pagi, SOROK BAJU PENGAWAS TIME APRIL FOOL, bawak kaset (benda haram), bawak walkman (benda haram) sembunyi dalam baldi yang penuh baju busuk takut spotcheck kalau ada sepender lagi baik, BACA KOMIK SETIAP HARI, baca majalah hiburan setiap hari, prep petang bola baling lepas prep bola jaring prep malam ping pong (heaven!), kelas tidur lagi..and so on and so on and so on...

jadi dengan perangai terjal sebegini, yang tak seberapa ini, harus tak harus kami beri motivasi pada budak budak ini? kami semua sengih sengih aje. bile kata 'ustaz aziz suruh tekankan pada mereka yang displin iu penting' lepas tu smeua orang pandang sesama sendiri. berdisplin ke kita? ooh! kali ni macam terpaksa tipu kee?

aku macam nak bagitau semua, aku macam nak bagitau, belajar mana yang mampu, yang lain serah pada Tuhan. kan Tuhan itu ada? jika cukup solatnya, jika berdoa di antara dua azan sewaktu khutbah jumaat, jika solat hajat setiap hari untuk menghadapi peperiksaan, jika siapkan kerja sekolah, jika berdoa berdoa dan berdoa, manakan tidak Tuhan nak bagi kejayaan? jika tidak sekarang, mesti kemudian hari. kalau hari ni tak dapat 9A untuk mungkin Tuhan bagi masa SPM nanti. jika tak dapat keduanya, mungkin akan dibagi masa universiti nanti, jika tidak juga, masa kerja nanti. yang penting USAHA, USAHA, USAHA dan niat belajar dengan ikhlas kan? aiseh kena belajar ilmu ikhlas pulak. heh. takdelah, yang penting, tak semestinya tak jadi best student, tak jadi manusia unggul kann....jadi je kitorang semua ni manusiaaaaa..

dah, aku macam dah jadi ustazah nobayah pulak ni. dah nak end..

akhir kata, ka ba ro, ka alip ta nun..apa dia? ke.ber.ka.taaaaaaaaan...

3 comments:

  1. ha sekolah mana tu?kisas?ker smap labu?ker smap kajang..hehe

    ReplyDelete
  2. ajue...
    aku speechless dowh baca entry ko kali ini...
    although i have to say
    the friends that i made in our school lasted a lifetime!

    ReplyDelete
  3. julie:

    haha, dedua bukannnnnnnnn...

    azza:

    nape speechles weh??

    ReplyDelete