Tuesday, April 27, 2010

giddy gaga!

sungguh sungguh tidak ada semangat untuk menghadap (atau mengadap?) dan menulis kerana terasa seperti idea sudah dihanyutkan oleh air. sekejap sekejap blogwalk ke blog kegemaran dan terus jumpa looklet. terus berangan-angan nak jadi fashion designer kan, terus main, terus addict, terus nak mix and match sepanjang hayat!

terus rasa nak ada t shirt zara, cardigan by mark by mark jacobs, bag mulberry..arrggh!! tertekan sebab tak dapat beli sendiri berangan-angan model sendiri pun jadiilah.
terus tak nak tidur tapi ngantuk sangat nih!

anyway, thanks to coolio sebab i jengah blog dia jadi ada post tentang ini. bagus-bagus-bagus.





haha, marilah jengah, marilah main, marilah bersama-sama memerihkan industri fesyen secara maya..

Saturday, April 24, 2010

kursus kahwin walk in sajee

jom pergi kursus kahwin!

ewah. before this punyela cuak gile sebab tak tahu nak pi mane, nak daftar kat mane, nak cek darah bile, nak jumpe imam bile, nak ambil borang ape..kini keraguan tidak lagi!! para bakal pengantin sekalian, anda semua tidak perlu risau macam aku. rupanya dalam kursus kahwen dah ajar prosedur tuu.. aku je yang tak tau even dalam blog pengantin lain pun takde pulak bagitau yang kursus kahwen ada cover semua ni..jadi tak perlulah risau jika ilmu ZERO time nak kawen ni..masa kursus dah boleh tahu..dan sangat lebih baik jika nak kahwin baru pergi kursus, baru fresh sikit ingatan tentang ilmu kerumahtanggaan..:)

oh, rasa macam tak percaya officially, i can write 'nama pasangan: saifulazmi'. muahaha, macam tak percaya. heh..

Thursday, April 22, 2010

do not regret!

nanti ada hujung minggu kerjaya untuk budak sekolah lama aku dulu. kira ex ex yang dah tua bangka macam aku ini telah dijemput oleh cikgu cikgu untuk kasi basuh ini kepala otak budak budak supaya sayang sekolah, agama dan bangsa. ceh ceh, aku bukan fasilitator ke hapa, sebab aku kaki main, maka aku telah ditugaskan untuk jadi ajk main nanti.

sebab namanya hujung minggu kerjaya, kami konon nak beritahu dan memberi pengalaman tentang kehidupan jerih perih payah susah hidup untuk mencapai kejayaan macam kami semua nih (eh, kembang hidung, kembang hidungg..kami memang sangat berjaya woh!)..kiranya sekolah aku itu sangat berbangga dengan ex-studentnya yang dah banyak jadi doktor (macam azza), dah jadi lawyer (macam dina), dah jadi engineer (macam yah), dah jadi akauntan ( macam azmilia), dah jadi saintis.........eh macam aku je...ok tak macam kita kan azrina? haha..terus nak tukar title research officer ke scientist eh? seperti sangat poyo..

masa tengah meeting untuk buat semua ini, kami semua bermuhasabah juga..sekolah aku sekolah baik tahu, tapi malu nak bagitau kat sini sebab sekolah itu baik sangat, melambangkan AGAMANYA, tapi perangai kami semua tidaklah seindah mana. masing masing terjal, masing masing pernah escape solat jemaah kat masjid sekurang-kurangnya 5 KALI. pakai selipar jepun pergi dewan makan, TAK PAKAI STOKIN! lengan baju dilipat, pin tudung tak pakai, tidur kat bilik prep, PREP KAT LUAR, buat bising, DUDUK BELAKANG SEKALI DALAM KELAS, kena berdiri kat depan perhimpunan, kena panggil dengan puan endong, kena isi borang disiplin, TIDUR DALAM KELAS, conteng dinding koridor maut aspuri, LOMPAT DARI KORIDOR MAUT ASPURI, main hoki dalam bilik prep, azan maghrib baru nak pi mandi, ESCAPE KELAS AL QURAN, menyorok dalam dorm, SOLAT DALAM DORM, merayau-rayau sekitar aspuri pukul 3 pagi, SOROK BAJU PENGAWAS TIME APRIL FOOL, bawak kaset (benda haram), bawak walkman (benda haram) sembunyi dalam baldi yang penuh baju busuk takut spotcheck kalau ada sepender lagi baik, BACA KOMIK SETIAP HARI, baca majalah hiburan setiap hari, prep petang bola baling lepas prep bola jaring prep malam ping pong (heaven!), kelas tidur lagi..and so on and so on and so on...

jadi dengan perangai terjal sebegini, yang tak seberapa ini, harus tak harus kami beri motivasi pada budak budak ini? kami semua sengih sengih aje. bile kata 'ustaz aziz suruh tekankan pada mereka yang displin iu penting' lepas tu smeua orang pandang sesama sendiri. berdisplin ke kita? ooh! kali ni macam terpaksa tipu kee?

aku macam nak bagitau semua, aku macam nak bagitau, belajar mana yang mampu, yang lain serah pada Tuhan. kan Tuhan itu ada? jika cukup solatnya, jika berdoa di antara dua azan sewaktu khutbah jumaat, jika solat hajat setiap hari untuk menghadapi peperiksaan, jika siapkan kerja sekolah, jika berdoa berdoa dan berdoa, manakan tidak Tuhan nak bagi kejayaan? jika tidak sekarang, mesti kemudian hari. kalau hari ni tak dapat 9A untuk mungkin Tuhan bagi masa SPM nanti. jika tak dapat keduanya, mungkin akan dibagi masa universiti nanti, jika tidak juga, masa kerja nanti. yang penting USAHA, USAHA, USAHA dan niat belajar dengan ikhlas kan? aiseh kena belajar ilmu ikhlas pulak. heh. takdelah, yang penting, tak semestinya tak jadi best student, tak jadi manusia unggul kann....jadi je kitorang semua ni manusiaaaaa..

dah, aku macam dah jadi ustazah nobayah pulak ni. dah nak end..

akhir kata, ka ba ro, ka alip ta nun..apa dia? ke.ber.ka.taaaaaaaaan...

Wednesday, April 21, 2010

OSR - oh so random

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu maaaaaaaaaacaaaaaaaaaaaaaaam ngaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaantooooooooooooooooooooook taaaaaaaaaaaaaaaaaaaaapiiiiiiiiiiiiiii maaaaaaaaaaaaaaacaaaaaaaaaaaaaaam taaaaaaaaaaaaaak naaaaaaaaaaaaaaaak tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiidoooooooooooooooooooo laaaaaaaaaaaagiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!gaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah!

gila annoying..

:P

Tuesday, April 20, 2010

politik kerja? huh?

no i dont want to talk about it. and i don't want to involve in one. but this thing is starting to bug me. i feel weird.

i was not in a real job before. i was a student, am a student. and i have a circle of friends which are students too. so, when we are gossipping with each other, it was just circulate among us. it did not effect us, because we trust each other as friends, a close friends. no backstabbing, no nagging, no hating, 'NO BOSS BODEKING'.

i didn't say directly that 'office politics' happens here in my place, but i can see that it'll happen to me to. i need to choose, i need to be smart, i need to be moderate. honestly, i hate politics in the workplace, i hate politics, to be honest. and i'm sure if i take the wrong way, i might be hated or loved. and i don't want both. i just want to work and get my paycheck every month.

looks like i should google on office politics for precaution..! gaah!

scratch that

gaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!! imagine i have around 10 pages (or maybe more i din check) of this. so, good luck to me on correcting this. tah bila mau siap..huuu..

Monday, April 19, 2010

hari hari lah u mengadap muka i!

haha, dusta lah. bukan muka i tapi blog i. i dah ada ini.. boleh tak i nak senyum gatai??

kesian ah i, i dah ada hobi lagha di masa lapang. sorilah tv i tak boleh tengok u sangat hari hari..ofcos i mengadap boifren baru i ni hari hari.. ooh, musnahlah kehidupan normal i jika begini..anyway, terima kasihlah encik tunang kasi i 'pinjam'. i akan buat harta dengan sebaik mungkin..

muah!

Sunday, April 18, 2010

run u idiot! run!

kadangkala, apabila kita menghadapi satu masalah yang meruntun jiwa, masalah yang mengguris hati, masalah yang menyedihkan perasaan, perkara paling mudah dan senag dilakukan adalah lari dari semua itu kan? lari..


jadi jangan pandang enteng apabila seseorang itu cuba untuk lari dari masalah mereka. engkau bukan berada dalam kasut busuk mereka, jadi engkau tak tahu. jadi, ayat seperti;


"kau jangan lari dari masalah zeck (bukan nama sebenar) kau perlu hadapinya dan menyelesaikannya. kalau kau lari, lambat laun kau kena hadapi nya juga." cewah cewah kau tiru dialog maria mariana kee? dialog itu macam bullshit saje.. ayat ini sangat tidak membantu.


melainkan orang itu adalah seseorang yang tidak berotak dan tak reti berfikir, sangat tipu kalau orang itu tidak cuba untuk menyelesaikan masalah mereka itu sendiri. jadi sebab menemui jalan buntu, maka lari adalah jawapan paling baik. seperti setelah ditinggalkan kekasih, membawa hati yang lara dan melarikan diri ke rumah cik esah jiran sebelah. key word adalah lari. jadi tak salah kalau orang itu mahu lari. asalkan jangan lari tutup mata, buruk padahnya..


tapi jika mahu lari jangan pula membawa padah kepada diri sendiri seperti melepaskan diri dari mulut kambing, berlari ke mulut buaya. eh, siapa suruh lari ke mulut buaya? lari juga perlu ada strategi. seperti contoh di atas, kalau mahu lari ke rumah cik esah jiran sebelah adalah tindakan yang bagus. tapi kalau lari ke rumah encik ali bujangan hot yang tinggal bersama rakan serumah yang semuanya juga bujangan hot adalah A BIG NO NO. dan seperti contoh di atas juga, perlu fikir macam mana nak lari? dengan kereta kancil warna putih ke, dengan bas transnasional ke, atau hitch hike saje menumpang lori apek jual sayur? keyword kat sini pula adalah 'lari dengan selamat'. kalau strategi lari adalah tidak selamat, maka janganlah lari. atau cari kaedah lari yang lain yang lebih selamat. ingat, key word hari ini 'LARI' kan?


sudahlah, ini adalah penulisan tanpa berfikir ye..abaikan saje emosi untuk hari ini. oh ye, mari tengok hasil larian zura zura mau tak? ;)




-saya orang bisu, jika ingin membantu, sila beli ini dengan harga rm5-


*hari hari emosi, entah bila emosi aku nak betul betul stabil ntah! huhuuu...

Saturday, April 17, 2010

terima kasih atas award itu

this award was given by JULIE..thanks julie..!

so, tidak kiranya aku ini hendak memberikan award ini kepada sesiapa, sebab aku tidak pandai sangat untuk memberi award kepada sesiapa, jadi, siapa mahu sila ambil! aku bagi free..:P

Sunday, April 11, 2010

ngomel-ngomel b2b..

wolla, guys! tidaklah aku tidak stress pun. mungkin ada sikit kot.. mungkin ada sikit.. gemuruh kot..yelah..mungkin gemuruh.. b2b yang gila tak organized macam aku ni boleh ke nak merealisasikan perancangan perkahwinan sendiri ni? mampu kee??

ada sikit sudah beli. itu pun barang hantaran lah. nope nope..yang kat bawah i bajet vera wang laa.haha bukan ye bukan.. barang equally banyak antara encik tunang dan aku..kami pi beli sikit sikt mane yang ade..tadi pi mc dee kepit buku pengantin. macam poyo nak tunjuk diri sendiri nak kawen. tapi aku harus berbuat demikian. aku bukak majalh nah kau encik tunang, mari bincang bersama dan stress bersama..jangan mahu goyang kaki dan lepas tangan saje..

vera wang kee?? :P

jadi tunjuk same encik tunang design kad kahwen. hajat di hati nak buat sendiri, konon nak jimat perbelanjaan la.. sebenarnya okayla, tak delah taraf kad kawen kad kedai glossy glossy tu.. hmm, entah lah, mungkin boleh konsider kot.. ;) and it was nice to see encik tunang pun nak anticipate jugak. ceh ceh siap lukis lukis ni..

konon design kad, kerusi, senarai tetamu. entah ape ape tah..

tapi so far nervous nak pengsan dah ni.. senarai benda yang perlu di book awal-awal tak buat, baju pengantin undecided, makeup undecided, kad undecided..apo kene tah aku ni..hihi.. tapi semangat tau nak shopping barang hantaran...gatal eh dia ni..

terpancar kad guarantee..
aku tidaklah seperti b2b yang semangat macam orang lain..macam aku kata sebelum ni, aku macam maaaalaas je..toloong aku toloong. kasi boost semangat ku ini.. mungkin sebab lambat lagi kot.. mak aku dah bising bising sebab kawan kawan dia nak tolong buat segala bunga telur laaa pot puri bagai..aku memang tahape hape.. :P
lagi satu hal, bile encik tunang tanya tau tak kat mane printing punye tempat? aku jawab hmm, kat skudai taula! tau tak kat mana nak cari doorgift yang aku kate tu? aku jawab lagi hmm, kat skudai tau laa! tiba tiba terus rindu skudai. eh eh. bestnye masa tu semua tempat tahu.. kat sini aku seriously blur.... huhuu... terpaksa cari kat bangi... anyway kena berusaha. mungkin akan consider balik skudai sekejap atau mungkin cari cari kat area kl ni.. see? undecided lagi..sungguh tak tetap pendirian..huhu..

ooooohhhh!! i rindu youuuuu!!!

setiap kali nak update je, mereka datang.. setiap kali nak update je mereka datang..isk, biasa mereka ini datang selalu..huhuu..

tapi memang saje je, tempat kerja mane boleh update update ni. harus berkeyakinan dan berkarisma dengan pekerjaan tahu? ye, baiklah..

jadi di sini, tidak mahu banyak cerita, padahal macam banyak cerita mahu disampaikan tapi segan..ok, mari mulakan dengan perihal rumah...

rumah adalah okay. walaupun hari kedua pulang ke rumah, ada orang korek mangga pintu rumah kami sampai rosak, jadi aku dan housemate tidak dapat buka mangga dan berkelana sekejap di luar rumah. jadi minta hammer dari jiran tetanga, ketuk sendiri dengan kuasa perempuan dan tidak berjaya. kami bukan perempuan kuat T_T tapi kami dapat melepaskan geram jugaklah! terima kasih jiran sebab sudah berjaya menopak pintu grell rumah kami..besoknya, housemate minta orang tempat kerja untuk welding, jadi welding 2 telinga terus! boleh pasang 2 mangga. dengan dua mangga tersebut, lebih susah lah niat penjahat nak masuk rumah kami yang kosong itu (rumah bujang pun hegeh nak pecah masuk gile ke?) dan kami juga macam susah nak masuk jugak..rumah kami adalah okay..

sebab balik tiap tiap minggu, bawak barang sikit saje.. baju untuk seminggu, satu tempat gantung baju, satu tilam, satu meja kecik, satu cermin, satu rice cooker yang tak pernah guna lagi selama duduk rumah tu..jadi hari tu balik, bawaklah satu beg baju untuk dibasuh ke rumah. i bukan dasar pemalas ye, i hanyalah mempergunakan kemudahan rumah ibu dan bapa yang ada mesin basuh...

jadi i rasa agak bahagia juga sekarang. duit minyak juga tak sampai rm20 seminggu. tidak juga menghadapi jem yang hebat setiap pagi. tidur juga cukup kerana pergi lambat, balik pun awal..hari jumaat pun boleh balik dan makan tengahari sambil tengok tv.. masa encik tumang datang untuk keluar makan bersama dia kata tempat tu macam aman damai saje.. terus kate nanti lepas kawen duduk sini ye ye ye ye?? heh gatai noo..

ok, aku sudah habes idea jadi bai...

Monday, April 5, 2010

waiting for the gel..

okay gel dalam term scintific lab dan seadik beradik dengannya ya..ada gel dalam term lain ke? herm, sebentar i fikir...herm..usually u all use the term 'gel' in what condition heh? no idea. kepala sudah tepu sikit..sikit je..:P

anyway, i curi masa ni updating. no colleagues around and i will be in my 'rumah bujang' in weekdays. no internet connection, will be considering in having a broadband. jadi tunggu entry di waktu malam pula ya kalian..

no words, just waiting for the gel lah. tunggu habis run, then playing with the etbr.. sudah expert sekarang. boleh jadi gell technician ni..ngehehe..

and right now yming with kak dihah..oh congrates to her sudah dapat interview dah akak..i wish you all the best!!! all the best sis!!

okay daa!

*jangan rindu aku..

Saturday, April 3, 2010

saya dah terbang ...saya dah terbang laa!

haha, nobita sangat chomel okay. ye doraemon juge.. eh sin chan juga.. dah dah.. suka sangat menyampuk hal tivi kan? i suka la tengok tv.. .. ..
this is week bukan bizi, tapi penat sangat nak bukak komputer tak larat..selasa, direct pergi mesyuarat sekolah, rabu penat sangat balik terus makan lapar, khamis singgah jumpa encik fiance, jumaat balik lambat pulak sebab jam..most of the time memang sebab jalan jam lah! oooh i hate congested road..sakit kaki macam nak nangis!jadi hari ini sudah pergi letak barang di rumah. besok, sudah tiba masanya untuk hidup bujang kembali. duduk rumah sewa, makan sendiri. tanya housemate baru dia kata jarang makan malam, mungkin boleh join untuk program pengurusan badan. ye, rumah pulak tingkat 5!! huhu..dalam kepala sudah merancang untuk beli kotak simpanan di ikea, nak beli karpet dekat nilai 3. nak buat langsir, eh eh..
hari ni juga pergi jumpa juruandam bertauliah direkomenkan oleh cousin ku yang comel cantik. pergi rumah beliau ooooh! cantiknya!! tapi tak konfom lagi nak ambil beliau atau tak. sebab make up saje..dia ada buat custom made baju, tapi takpelah, mungkin nak serah custom made baju kahwen pada emak.. tapi fikir dulu jugak kot sebab macam nak sewa pun ada. pergi tanya dekat butik pengantin pakej dekat bangi pakej untuk sepasang baju kahwen dan makeup dan pelamin adalah rm2000. berbaloikah? berbaloi kah eh? huhu..banyak nyee duit nak guneeee....


cantik tau cousin ku ini...
sebagai penutup, mahu tunjuk gambar snowman made in malaysia. sebab lab aku mengalami masalah peti ais -80 degres, jadi kami pun pergi bersihkan. ada baki-baki ais yang macam salji, bestnyaa! lepas tu terus cakap dengan ika jom buat orang salji naaaak!!! suka main tau...

sorang pegang pedang, sorang pakai crown..macam percintaan antara pahlawan dan puteri kayangan..awwwwww...

dah lah, nanti update lagi..bye!!