Tuesday, March 16, 2010

you really love that..?what? the city? - lipstick jungle

masa zaman berhingus masa tu sangat fresh graduate, fresh graduate yang betul-betul, bukan tipu tipu macam sekarang ni tau, baru nak belajar cari kerja, baru nak belajar cari kawan yang 'out of league' atau 'out of the comfort zone'. lepas tu terpaksa jimat dut untuk hidup sebab ptptn dah habis buat beli top up. masa tu top up sangat mahal. lepas-lepas tu baru ada top up rm 10 tapi tetap mahal. lagi mahal dari pakai line sebab seminggu boleh habis around rm 120 untuk top up je.. eh dah dah bukan nak cerita pasal top up tu..

lepas tu bila dah cukup-cukup makan tu, masuk skim l.atihan graduanla kan sebab macam dah tak ada harapan nak dapat kerja tetap mahupun kontrak, tapi gigih juga nak join skim itu sebab dapat rm 500. masa tu, ada jugak yang tak pandang setakat rm 500 sebulan baik aku kerja promoter je. tapi aku fikir sebab ilmu, sebab nak pursue hidup sebagai seorang yang menghargai ijazah yang ada, maka teruskan juga. mula-mula kelas di shah alam, jadi berulang dari rumah ke shah alam. jumpa kawan nama fiza, dia bawak kereta neo kaler maroon cantik. dia juga macam aku tak ada kerja terus dalam hati wow, abah you kayanya belikan you kereta neo. nasib baik dia bagi aku naik sebab aku bagi (not aku bagi, abah aku bagi) dia tinggal rumah aku yang lagi satu. jadi dengan rm 500 kami berulang dari kepong ke shah alam. mula-mula ingat nak naik kereta neo pergi shah alam..tapi malang tidak berbau..

baru first day attend kursus, kawan terlanggar kereta orang dekat round about shah alam. terus terbang rm 500 lebeh sebab nak betulkan lampu depan yang robek. sebab aku ada sekali dalam kereta, abah aku bayar yang lebih, yang lagi rm 500 tu kawan aku bayar. lepas tu terus decide nak cari jalan alternatif sebab fikir duit minyak makan harga yang tinggi untuk ulang alik dengan hanya rm 500 seorang.

jadi kami cari jalan, masa pergi kami tidak tahu arah mana harus dituju. lalu ambil komuter ke shah alam. naik teksi sampai rm 10..sama je..

bila tanya kawan lain, ada juga yang tinggal jauh dan naik bas sampai kl sentral. jadi kami ikut mereka, kami jalan ramai-ramai dari tempat training sampai tepi jalan besar untuk tunggu bas. kami hanya perlu rm 3 pergi balik untuk naik rapid kl. perjalanan sangat seronok. sebab bukan kami yang bawak bas..kami tukang duduk je..selalunya kami dapat tempat duduk. pernah jugak kami sembang dengan aci yang fasih cakap bahasa melayu. dia nak turun kat brickfield.

lepas kami sampai kl sentral, kami tahu orang balik kerja akan berduyun tiba di kl sentral untuk pulang ke rumah. kami lambat-lambatkan diri, pergi sembahyang asar di kl sentral kemudian pukul 7 baru turun tunggu train. sampai rumah kawan aku masak, makan, tidur pukul 10. paling lewat pukul 11.

besoknya, sebelum pukul 7 pagi dah bertolak, kalau lebih dari pukul 7, keretapi macam sardin jadi bergegas bergerak sebelum matahari terbit. lepas tu sampai kl sentral ambil bas pertama. sampai shah alam, ambil bas kedua untuk pergi tempat training. sampai tempat training, jalan kaki 500 meter untuk sampai bangunan tu. ada 2-3 kali kami kena kejar monyet sesat.

semua kami hadapi dengan rm 500 sebulan. kadang-kadang abah support sikit. tapi aku happy je. kenapa tah! sebab abah support ke? tapi aku akui aku jumpa kawan paling best dalam dunia. 2 minggu saje pun dah cukup kasi cap dalam ingatan. aku ingat kita buat presentation pasal iklan kat tv, kita buat iklan maxis. lepas tu kita punya nama kumpulan adalah laboost. bila cikgu tanya kita terus tunjuk botol air jenama laboost. sunggu bernas idea itu. kumpulan kami suka gelak. waktu cikgu tak ada kita main permainan pusing botol laboost. lepas tu ada kertas kecik-kecik. konon macam main wheel of fortune la..aku ingat lagi bila pusing botol tu, botol tu terarah pada kawan aku, lepas tu dia cabut satu kertas. dia dikehendaki untuk berjalan ulang-alik depan kelas sampai orang tanya 'kau kenapa?' tak sampai 2 minit, terus member lain tanya 'weh kau kenapa?' terus kami gelak. yang main ini hanya kumpulan kami sebab kumpulan kami gile cool..

aku tak pandai bercerita. tapi main point kat sini walaupun aku ada rm 500 saje, aku mampu hidup bahagia walaupun ada sedih sikit bila orang pandang serong pada kami sebab kami tak kerja lagi., macam kami tak laku. tapi kami tabah tahu! kami macam ada satu unkhuwah yang kuat. even kawan rapat aku sampai sekarang adalah dari sini. sebab kami tahu susah payah hidup dan kami boleh survive. kami ini semua sama. tapi still, kami bahagia. aku bahagia, aku gembira.

wang bukan segala-galanya..

"you really love the that?"

"what? the city? nope"

satu hari nanti jika aku dan bakal suami sudah kumpul banyak harta, aku mahu pindah ke kampung supaya aku boleh rasa bahagia aku masa aku dapat rm500 sebulan dulu..

~

6 comments:

  1. kalo duit sikit tp berkat itu lebih bemakna dari duit banyak tp takde keberkatan....:)

    walluhualam..

    ReplyDelete
  2. waaaaaah.....

    post yang taching atikula...sobsobsob...teringat seh kenangan kat ami tuh!part kena kejar monyet sesat..wakakakaka..xleh lupa!

    aku msk lmbt, 2 mnggu je kot kat shah alam tuh.pastu g imr, g cepp, bekal duit 500 jer.ari2 aku n aini tulis belanja seari.termasuk beli gula2 20 sen!

    tp siyes ar, mmg sgt bahagia time tuh!..aku stuju sgt ayat ko..kita tahu susah payah hidup n kita leh survive!..still, aku gembira...hehehe...

    masa yang sgt gumbira aku rs time tuh...cayang kowang sumer!

    ReplyDelete
  3. waa..mulan...

    miss that time kan kan kan?
    especially ramai-ramai kat u.tm tu..
    especially bile sorang sorang blah..
    uh sungguh menyayat hati i..

    ReplyDelete
  4. tang memory kat utm lg xleh lupa...memory gler!

    -jalan kaki tengah2 malam di kala semua student cuti demi mencari sesuap nasi...
    -msk bihun sup dlm rice cooker...
    -berkaraoke mlm2 buta semata2 sbb bosan gler!

    sowg2 blah n menunggu turn bler agaknyer turn kita..syahdu seyh...sobsobsob

    ReplyDelete
  5. argh! mulan!

    rindu rindu!!

    tapi siries part yang last tu memang sedih betol! last-last tinggal aku ngan azma je tau! giler suvive kat situ. (pakya tak kira sebab dia datang balik).

    haha, nanti nak buat post sedih agi arh...

    :P

    ReplyDelete