Friday, March 5, 2010

woooooorkk looooooaaadd..

dua hari ini, orang penganggur seperti aku seperti sangat pelik jika ada kerja yang banyak. lainlah kalau menjadi amah, maka aku akan sibuk cuci pinggan, basuh baju, menjaga anak majikan, mencubit anak majikan jika dia degil atau mengelap hingus anak majikan, menyiram pokok bunga..

tapi yours truly tidak menjadi amah..

setakat baju untuk 3 orang, aku campak je dalam mesin basuh, lepas tu sidai. kadang-kadang mak yang buat. setakat 3 orang punye pinggan mangkuk, sepuluh minit pun tak sampai. setakat 3 orang DEWASA yang hidup dalam rumah ini, takkan bersepah lantai rumah dengan sisa makanan atau kaler pensil. jadi, aku tidak sepatutnya sibuk. pokok bunga pun tak dak nak siram..

oh, aku ada bagitau selipar buruk fake crocs aku dah kena curi dengan seorang (mungkin 2 orang) sialan jalanan di rumah sendiri? terus aku bising orang-orang kat kawasan rumah aku adalah kebanyakannya beruk, bukan orang. aku rasa berjiran dengan beruk sebenar pun paling kuat dia sepahkan depan rumah. paling kuat pun dia campak kasut fake crocs aku ke bawah. tapi beruk sebenar tak buang sampah berair depan lif. )**@&)^^@&#^(@&*^

ok, mari pulang ke pangkal jalan. mungkin nak fokuskan tentang semangat berjiran pulak lepas ni.

jadi yours truly sibuk adalah kerana semalam, terpaksa berurusan dengan sesuatu misi rahsia yang melibatkan dewan besar jadi perlu uruskan itu. lepas itu, pergi kedai untuk menguruskan misi rahsia juga dan beli barang untuk merealisasikan misi rahsia tersebut. jadi semalam adalah 100% melibatkan misi rahsia. (oh, annoying sungguh dengan perkataan misi rahsia itu..)

kemudian hari ini, mendapat panggilan telefon dari u.tm (labmate) tidak lain dan tidak bukan untuk mengugut aku hantar paper presentation last year..aaaargh! dengan bangga sebenarnya aku tak pernah tulis paper itu. jika aku hantar pada p.sz akan valid lagikah paper aku itu untuk hantar ke science direct (actually aku ada paper itu tapi tak siap lagi).aku beria simpan buat pekasam konon boleh masuk dalam journal berimpak faktor tinggi.

itu dah satu kerja..

kemudian, aku dapat panggilan telefon untuk attend interview buat kali kedua. ooooh, aku ingat interview hanya sekali sahaja, dan aku salah. jadi untuk menjamin pendapatan pada masa depan, maka aku perlu study semula company profile dan merujuk youtube untuk menjawab soalan 'tell me about yourself'. interview memang susah. aku harap dapat lepas semuanya...

jadi itu pun satu kerja..

dan tadi, aku pergi ke BC.WA sebab aku sudah daftar diri untuk volunteer pada orchid day nanti. sebab kasihan dan melihat usaha mereka yang gigih, aku pun pi tolong dan spent time kat sana. aku jadi tukang bungkus orkid. dalam hati besnyaa kalau jadi taukey bunga..banyak sangat orked yang cantek-cantek..oh! besok dah start orang jual orked dekat monorail station and some places in Klang Valey, jika nampak, belilah untuk sokong! rm 5 untuk 2 kuntum..belilaa belilaaa..

itu sudah jadi kerja untuk hari ini..
dan besok juga..

dan baru je kejap tadi, boleh pulak mak suruh carikan stepsheet untuk linedance dia and print..adoiyai, nasib baik kerja itu sedikit..but still,

satu kerja jugak...

dan sekarang, boleh pulaaaak pi update blog..well, aku update sebab aku nak keep track of my own life. at least, aku tau setiap hari aku buat ape..takdelah minggu depan or bulan depan aku tengok balik hidup aku yang belakang ni sambil kate;

"ape yang aku buat bulan tu eh?"

kalau aku tak ada aktiviti aku akan rasa diri aku sangat buang masa..sebab motto aku adalah satu hari at least buat satu kerja yang berfaedah. something usefull. jadi aku boleh tengok balik dari blog ni..

oi oi..dah merepek sangat panjang aku..aku perlu search 'how to be a good interviewee' dalam google..

daa..

oh yeah, wish me luck too...

4 comments:

  1. ajue..best of luck..ko mintk keje katne??ak tau misi rasie ko..haha...annoying sungguh pekataan itew

    ReplyDelete
  2. waahh..2nd intebiu dah..harapan cerah tuh..good luck!

    ReplyDelete
  3. haha, thanks aawl!!

    terima kaseh kowang..:)

    ReplyDelete