Wednesday, March 17, 2010

tips bekerja (caution: entry poyo)

ewah, ewah kau bekerja sudah 10 tahun ke nak bagi tips bekerja?

ya baiklah adek-adek. kakak di sini ingin bagi jugak tips bekerja walaupun baru 5 hari kakak bekerja. kadang-kadang kakak poyo jugak nak bagi tips-tips ni. saje kakak nak berkongsi pengalaman kakak yang baru 5 hari bekerja ni kan. walaupun 5 hari bekerja, kakak dapat banyak pengajaran macam 10 tahun bekerja. jadi kakak nak kongsi jugak pengalaman kakak semasa 5 hari bekerja ini, kakak tak kira..

(pasti sangat annoying dengar ayat '5 hari bekerja' haha, padan muka)

ok, ok..mari sambung kepada tips ini. tips yang kakak nak bagi tak banyak. cuma satu je (kurang hajar kau azurah konon tips tapi satu je tips?tips apebende namanya!). tips yang paling penting dalam dunia dalam menghadapi suasana bekerja yang produktif dan kondusif adalah dengan menyibukkan diri anda ya adek adek. kata kunci di sini adalah 'MENYIBUKKAN DIRI ANDA' i dah capslock maka ingat kata kunci tersebut!

menyibukkan diri anda bukan bermaksud datang menyibuk ke meja encik ahmad lepas tu tanya gosip terkini mengenai kak som, ataupun pergi ke bilik puan habibah lalu makan berjemaah selama 4 jam dari pukul 2 sampai pukul 5 termasuk waktu lunch hour tadi (nama tak ada kena mengena dengan sesiapa)....maksud menyibukkan diri adalah menyibukkan diri dengan kerja adek-adek..

jika adek adek bekerja sebagai seorang akauntan, maka kiralah buku kira-kira adek dengan bersungguh sungguh, usah pedulikan masa yang berlalu. lekakan hati adek dengan kerja lepas tu eh? dah pukul 6? terus bungkus dan baliklah apa lagi!

nak contoh lagi? baiklah, kakak bagi lagi. masa kakak bekerja sebagai promoter alat permainan seperti machine gun, kereta kebal, kereta kontrol dan teddy bear, kakak sangat bosan pada mulanya kerana tak ada siapa pun nak beli barang kakak pada waktu weekdays (bukan weekends). jadi apa yang kakak buat? kakak menyibukkan diri kakak dengan mengelap semua barang mainan yang berada di bawah jagaan kakak, ye, kakak lap SEMUA! kemudian lap pelan-pelan sambil main alat permainan yang ada, lepas tu main susun-susun teddy bear sampai puas hati, lepas tu kira stock walaupun tak perlu kira stock, kemas store walaupun store tu takkan kemas walau 10 tahun berkemas, lepas tu kalau bosan jugak kakak pergi menyibuk kat bahagian baju baby dan tolong lipat baju baby yang customer dah sepahkan, lepas tu buat stock check lagi, lepas tu betulkan alat mainan yang dah rosak. ha, kan banyak tu kerja padahal promoter je..yang penting, cukup bulan dapat gaji kan...

mungkin kata kunci kedua di sini adalah 'MESTI SUKA BEKERJA' sebab kalau tak suka maka 9 jam itu jugalah kehidupan tidak tenang maka mahu balik secepat mungkin. ingat, besok kerja lagi jadi sampai bila? sampai bila adek-adek mahu 'tak suka pergi kerja tapi kena kerja jugak' dan 'tunggu masa untuk balik sedangkan jam baru pukul 9?' jadi tiada kepuasan bekerja di situ..

jika adek adek tidak berapa suka dengan kerja adek adek, maka cuba setkan minda adek adek untuk memandang positif dengan kerja adek dan anggap kerja tersebut sebagai 'PENIMBAAN ILMU'. fikirkan; aku dapat ilmu ini untuk kegunaan aku di masa hadapan, aku buat kerja ini untuk orang lain dapat manfaat, dan aku buat kerja ini kerana aku ikhlas..

jadi adek adek, kakak kata nak bagi 1 tip tiba tiba keluar 3 tips kan best tu dapat 2 tips percuma seperti beli satu percuma 2 kan? kan? kan? jadi akhir kata, peganglah tips tips tersebut demi mencapai konsep satu malaysia (memang tak ada kena mengena).

kan aku dah kata ni entry poyo..

dah bai!

No comments:

Post a Comment