Tuesday, March 23, 2010

jomlah ajar anak tentang seks..

sebelum aku proceed aku mohon ampun dan maaf dulu sebab aku perempuan dan aku tak bermulut seperti perempuan hari ni. kalau nak jaga hati yang suci maka jangan teruskan pembacaan...

every morning, satu jam perjalanan aku pigi kerja hari hari aku dengar farah and faizal bikin pecah gegendang speaker radio aku. best gile aku boleh gelak sorang sorang dalam kereta. but today, bila hotchat mereka tentang pendidikan seks, lepas tu dengar pulak komen yang entah apa-apa terus aku tukar siaran. aku tak sanggup dengar...aku lagii tak sanggup dengar pendengar-pendengar poyo bagi respond or komen pasal ni. tak relevan langsung (tak semua)..

sebab aku tengah drive dalam kereta dan tak ada handsfree dan sebab telefon aku dalam beg dan kalau call pun belum tentu dapat maka aku mahu luahkan perasaan aku (macam nak bercinta) di sini. benda ni sangat basi. aku tak suka discus benda basi tapi sebab benda yang nak aku luahkan ini pun dah nak basi, baik aku kasi tumpah kat sini dulu sebelum dia betul betul basi..

first;

pendidikan seks? aku rasa pendidikan seks kat sini bukan main reason nye.. pendidikan seks bunyinya macam nak buat silibus bab 1: anatomi skrotum, bab 2: anatomi oosit primer bab 3: persenyawaan sperma dan ovum..blablabla..aku rasa budak tu sendiri BODOH macam kau tak boleh study sebab akibat kau merogol sesama sendiri nanti jadi BABY..shit! takkan tak tau kot kalau betina dengan jantan bersenggama akan jadi apa? aku rasa mungkin mereka tidak tahu apa maksud sexual intercourse kot..sila translate dalam bahasa melayu. mungkin mendayung sampan laju2?

second;

condom remains taboo! di kalangan orang MELAYU, perkataan kondom susah nak dengar. tapi yelah, takkan rakan-rakan semelayu mahu bersembang dengan aku macam eh, semalam kau dengan boyfriend kau berkondom tak? ok tak ye jangan mengada ngada nak salah faham pulak! aku perempuan naive (tiba-tiba, tapi mencarut macam syial kat sini) but seriously, we are talking talking about LIFE here. budak-budak dengar sini!

"lebih baik invest kan rm 2 dari terpaksa menanggung rm 200,000 untuk membela seorang manusia baru...!"

kau dahlah malas nak beli kondom, malu konon dah kau bermukah tak malu pulak dah buang bayi tak malu pulak lepas tu tulis 'tolong jaga budak ini' sambil balut kain lampin sampai budak kena hurung semut sampai yang MATI pun ade! gilak! aku tengok banyak je kat kaunter jusco tu ko beli je la satu kalau malu sangat kau sumbat tampon wanita kat hidung supaya orang tak perasan kau adalah orang yang sama yang beli shushi kat jusco yang sama! gille!

third;

kes ibu tunggal tanpa lelaki yang dikahwini ini hampir semuanya adalah berumur 15 tahun ke atas! and aku tak pernah dengar lagi dalam metro 'budak lelaki 14 tahun membuntingkan seorang wanita. so, TOOOLOOOOOOOOOOOOOOOOOONGLAAAAH tumpukan perhatian pada matapelajaran sains tingkatan 3 BAB 1 weh! kau tak score bab lain pun tak pe tapi tolonglah score bab yang satu ini..honestly, bab ini adalah bab paling best dalam buku teks SAINS kau (bukan aku kata, kawan aku kata). lepas itu kau FOKUS kan pada ayat

'teknik pengunduran adalah salah satu teknik dalam perancangan KELUARGA namun teknik ini memerlukan keazaman yang tinggi.'

aku sangat sure ayat itu ada dalam buku teks tersebut. tapi sekarang aku tak taula mungkin dah bertukar ke bahasa inggeris ke hapa kau orang lembu semua tak faham sampai nak ingin harus melakukan teknik pengunduran sebagai kaedah paling utama. aku rasa mungkin lembu-lembu ini mahu menguji keazaman diri masing-masing kot..

fourth;

parents puh-leaaaaaaaaaaaase...do tell your children what is wrong and what's not. aku tak mahu usik hal agama seerti pendidikan agama sejak dari kecil itu penting ka hapa ka sebab aku bukan nak buat karangan bertajuk 'masalah sosial yang menular di kalangan remaja yang sial pada masa kini' tapi tolonglah berilmu untuk beritahu anak-anak mengenai pembiakan manusia tidak terkawal ni. aku boleh kasi contoh jika mahu;

"tengok bobo (kucing betina belaan) bunting lagi! baru keluar sehari jumpa kucing jantan, balik dah bunting....nanti keluar lah anak kucing tu. kau jangan jadi macam bobo pulak. mungkin mak ingat nak spay je bobo ni supaya tak beranak lagi. kalau kau macam bobo tu, aku spay kan ko jugak.."

haha, okaylah contoh agak tak relevan sebab aku tak ada anak lagi, kawen pun tak lagi, maka aku masih belum fikir nak jaga anak aku macam mana nanti (oooh! tiba tiba aku takut nak ada anak pulak...)..

fifth;

MEDIA MASSAAAAAAAAAAA!!!!! tolonglah kau jangan menggalakkan budak budak hingusan ini yang bergelodak jiwanya untuk terus menerus di input dengan perkara seks tak relevan. contoh: perkataan liwat aku dengar SETIAP HARI! perkataan seks luar tabii juga SETIAP HARI! minyak urut sensaoil wtf juga SETIAP HARI! sekarang aku dengar wangian MJ ka apa ka bermaksud malam jumaat (yang ni tiap malam jumaat - tak dengar dah sekarang). APAHAL TU? kalau hari hari telinga kau tadah dengan perkataan liwat, yang tak teringin nak berliwat pun nak liwat jugaklah wei! maklumlah jiwa remaja. tak remajala kalau tak liwat! shit! kau nak beritahu berita, beritahulah. nama pun berita. aku naik jelak tengok berita sebab kau mention perkataan tu setiap 5 saat mana aku tak nangis nak tengok berita...adegan bercium kau potong, lagu yang ada perkataan 'sexing me' kau potong..takkan perkataan-perkataan pelik tu pun tak boleh nak tapis sikit..sikit sikit dah leee..

~

mungkin kat sini dengarnya seperti aku menyokong untuk bermukah sesama sendiri. aku tak sokong pun, tapi bagi aku, kalau benda ni dah tak boleh dibendung lagi, bendunglah yang mana boleh dulu. macam penagih dadah diberi jarum percuma supaya mereka tak kongsi sesama sendiri supaya aids tak merebak tu contohlah. if you want to do wrong, at least do it correctly (macam ni kot ayatnye). so sudah lah..aku penat pulak nak fikir lagi..jadi renung-renungkan dan selamat beramal lah kamu semua!!

4 comments:

  1. isi no 5 tu mmg aku annoying sangat dengan iklan2 bodo merepek2 yang diorg buat, sampai iklan ubat gigi pun nak menjurus ke arah tu.....---"abah...mak suruh gosok gigi, sambil si abah mengerling ke arah jam yang dah pukul 11, bertarikh 7hb, KHAMIS...." MELUAT GILE OCCAY!!!!

    ReplyDelete
  2. oooh!iklan macam tu buat rasa macam nak campak tv..seb baik tv bapak ku..ada nampak iklan cina ka india ka macam tu> aku bukan racist tapi betul kan korang?

    ReplyDelete