Saturday, March 6, 2010

job interview 101

mengada-ngada gile seh baru 2 kali pergi interview terus nak post job interview 101 blah la haha..tapi aku mahu kongsi juge, jangan jadi macam aku pergi interview dan jangan jadi macam aku tulis resume...*sedeh*..

kes 1:

bajet untuk sampai ke destinasi adalah 40 minit. interview adalah pukul 2.30, lalu bergerak dari rumah pukul 1.30 pm. lalu jalan highway yang konfom tak ada jam, sampai lebuh raya kl seremban, tiba-tiba jam. hangen! macam mana highway boleh jam ni???

pengajaran:

kalau boleh mulakan perjalanan 3 jam sebelum! kalau dua jam belum tentu boleh sampai. JALAN KL SANGAT GILA. dia boleh jam bila bila masa sahaja!

kes 2:

memakai baju kurung warna purple yang sangat terang tapi dan tone down dengan tudung warna krim, konon boleh cover warna purple yang terang tu laa.. kasut warna hitam bertutup, dan beg hitam warna hitam juga.

pengajaran:

semasa pergi interview, selalunya disuruh memakai pakaian yang decent, conservative, warna pakaian adalah biru gelap, kelabu, atau hitam. jangan lupe itu. beg tangan perlu paling simple, jangan berserabut dan dan terlalu besar.

kes 3:

"tell me about yourself" zaman dulu serious tidak tahu apa yang patut dijawab maka segala mak nenek dikeluarkan seperti lahir di situ la, adik beradik 8 orang, tinggal dekat situ, itu ini..hahaaaa..dulu ye duluu..no wonder tak NAILED THAT INTERVIEW.

pengajaran:

search di youtube. macam-macam tips yang diberikan untuk menjawab soalan. search 'tell me about yourself' atau 'job interview'..bila interviewer tanya tell me about yourself (ini adalah perkara paling penting dalam dunia interview) jual diri anda seperti 'i have 3 years experience in research area, being involved in lots of equipments, learned a lot of things and developed myself to become independant and working in a group..bla bla...

yang penting 'BERSEDIA'

kes 4:

masuk interview room lihat semua dalam keadaan santai, diri pun rasa sangat selesa, interviewer pun sporting, cakap bahasa melayu je, boleh gelak-gelak lagi. tiba-tiba rasa macam member, boleh sembang-sembang. bila dah macam sembang-sembang, tiba-tiba mulalah terkeluar kata 'besar gila', 'macam buat harrass', 'saya redha saje' oh itu semua kata-kata pasar.

pengajaran:

kekalkan keformalan walaupun sessi interview tidak formal, tapi boleh berlagak informal, cuma perlu jaga kata-kata supaya tidak terlalu obvious pencemar bahasa atau perkataan yang tidak sesuai dengan situasi..

jadi itu sajalah. perlu ke panjang berjela-jela? jika bab penulisan resume memang aku tak boleh nak tolong sangat, tak cari juga di youtube, hanya bergantung kepada jobstreet. tapi jobstreet bagus juga, sebab resume aku adalah searchable, dengan tagline '3-years experience in research area' telah menarik minat (ceh menarik minat lah) company lain untuk panggil interview. bukan semua company iklankan kekosongan jawatan mereka, ada yang cari terus hantar email suruh datang temuduga. seriously, apa yang aku mintak, memang semua tak dapat lah..huhu..

sekian..

*aku sudah dapat kerja. hari jumaat depan start. jadi dapat pergi jb sekejap saje..kan aku kata, kita merancang Tuhan yang menetukan. terima kasih Tuhan, terima kasih semua sebab doakan aku..

6 comments:

  1. Salamu..ajue..kerja kat mana skrg..amiran

    ReplyDelete
  2. amer! long time no see! ehehe..
    belum kerja, baru nak start. kat area bangi.. :) ko still kat johore ke?

    ReplyDelete
  3. waaaahhh..congrats! kan aku kata rezeki tuh ader...

    keje kat mana weh?

    ReplyDelete
  4. MULAN THANKS...!
    kerje kat bangi sajee..:)

    ReplyDelete
  5. ju...keje per di bangi itew..nway a big congrates to u...best of luck

    ReplyDelete
  6. thanks..
    kerja macam kerja sekarang jugak..ALHAMDULILLAH!
    thanks sima!

    ReplyDelete