Saturday, March 20, 2010

i want you to think..

kamu kamu kamu semua bayangkan (saje nak kasi kata jamak kamu, letak perkataan kamu banyak banyak) ibu suruh belajar rajin rajin maka ali pun belajar rajin rajin.ibu kata bila besar boleh tolong ibu dan bapa, nanti boleh jadi kaya jadi ibu dan bapa tak payah jual taugeh lagi di pasar. ibu dan bapa boleh goyang kaki sebab ali sudah jadi doktor. ibu dan bapa juga berharap ali dapat merawat mereka apabila mereka sakit nanti. paling tidak pun ibu dan bapa boleh dapat khidmat nasihat percuma bagaimana untuk menjaga kesihatan diri. ibu dan bapa sangat berharapan tinggi. jadi ali pun belajar bersungguh-sungguh.

sekarang ali dah besar, ali dapat ambil kos doktor. jadi ali tidak mempedulikan pinjaman ptptn lalu meminjam dari mara dan terbang ke luar negara. ali pulang dengan segulung ijazah. sebab ali dapat keputusan cemerlang, ali tak payah bayar pinjaman (aku jeles nih), ali dapat jadi doktor tanpa dapat merasa keseronokan menganggur. niat ali hanya satu untuk menolong ibu dan bapanya bila dapat gaji bulan-bulan nanti.

ali ditugaskan di selatan tanah air. disebabkan oleh kerjaya ali yang cemerlang, maka tidaklah ali dapat pulang ke kampungnya di segambut itu. mahu tidak mahu, ali terpaksa menanggung rindu, jadi dia pun selalu telefon ibu dan bapa. nak main facebook sambil tukar tukar gambar ali memakai labcoat doktor tak boleh pulak sebab ibu dan bapa tidak pandai dan tidak high tech. jadi ibu dan bapa juga rindu dan sedih kerana ali tak dapat pulang. yang dapat adalah duit yang dikirimkan ke kampung setiap bulan. banyak tidak lah banyak, boleh jugak lah mereka hidup dengan sederhana senang di segambut itu.

hari demi hari berlalu. ali masih sibuk dengan tugasannya. nak bercuti payah, asyik oncall. asyik kena marah dengan senior doctor. tapi hati ali tetap tabah menghadapi dugaan. ibu dan bapa bertambah rindu. ali, bila ali nak balik jenguk ibu dan bapa? tanya ibu. ali sibuk ibu. jawab ali.

tak lama lepas tu, ali jumpa awek. maka mereka berkapel (couple). awek ali sangat cun, kerja nurse pulak tu memang snagat seswai. sudahlah ali sibuk dengan kerja, sempat pulak mengurat nurse, jadi ali juga sibuk bercinta. bile sibuk bercinta, ali pun terlupa nak rindu ibu dan bapa. ibu dan bapa masih tunggu. ali pulang ke segambut tak sampai 2 kali setahun telefon pon jarang sekali, balik pun sekejap je. cutinya tak ada, kata ali.

sampailah ibu dan bapa sakit. jadi telefon ali marilah lawat ibu. jadi ali pun balik jugaklah terpaksa meninggalkan awek yang cun itu. tapi apakan daya, ali hanya mampu melawat, bukan merawat. sebab sakit ibu dan bapa dah teruk sangat. ibu dan bapa rindu ali.

setelah sakit tenat, ibu dan bapa meninggal dunia. ali sedih tapi sedih sekejap aje sebab sibuk dengan kerja dan awek. kadang-kadang teringat pesan ibu dan bapa, lepas jadi doktor, boleh tolong ibu dan bapa.. tapi nak buat macam mana, mereka dah tak ada..

end..

opp, belum habis lagi. gila asyik bercerita macam mak nenek aku ini. tak sebenarnya aku ingin ajak kamu semua berfikir, ini adalah realiti. kebanyakan ibu bapa suruh anak mereka belajar tinggi tinggi. aku mahu tanya ibu bapa. apakah yang kamu harapkan dari anak kamu? adakah kamu redha jika anak kamu belajar pandai lepas tu bekerja besar dan bagi kamu duit bertambun-tambun tapi jarang melawat kamu di kampung? atau kamu memang mengharapkan yang terbaik dari anak kamu untuk membalas jasa baik kamu selama ini? jasa baik jenis mana yang kamu mahu? atau kamu harapkan agar anak kamu upah seorang bibik untuk jaga kamu sebab anak kamu terlalu sibuk untuk jaga kamu? atau niat kamu untuk suruh anak kamu belajar adalah kerana Tuhan?

apa yang ibu bapa harapkan dari anak-anak tu??

itu yang aku fikir sangat sekarang ni sebab aku banyak sangat tengok drama swasta masa aku menganggur dulu. aku rasa semua ibu bapa memikirkan soal status..bukan dalam drama swasta je, dalam realiti pun sama. mereka sangat bangga jika anak mereka seorang doktor. boleh cakap dengan jiran sebelah rumah anak aku doktor, bukan macam anak kamu petani moden je. padahal yang anak dia petani moden hari hari balik rumah jumpa mak, bagi makan kat mak, masak guna air tangan sendiri untuk mak. yang mak ada anak kerja doktor tu dapat apa? dapat duit bulan-bulan masuk tu je. ada dapat jumpa anak tu? ada dia tolong basih pinggan waktu mak sakit pinggang? tak ada kan...?

aku ingat iklan kat tv pasal 3 orang bapak cina, bapak india, bapak melayu (1 malaysia). bapak melayu dapat tv. anak dia pos dari kl. terus bapak melayu bangga..ada anak kamu bagi? terus bapak cina and bapak india telefon anak mintak tv.

satu lagi iklan astro kot. mak bapak sunyi kat rumah. anak sibuk nak ajak mak ikut duduk bersama mak ak mahu. jadi anak pun belikan astro jadi mak pun gembira. jadi mak akan gembira bila dapat astro, anak tak payah balik kampung lagi.

aparaa..iklan sekarang macam makin rosak pulak aku tengok..

sekarang ni tak payah katelah, berlambak ibu dan bapa yang tinggal berhoneymoon dua orang..anak-anak semuaaa jauh jauh, diri sendiri jagalah diri sendiri. nak i love u ilove u pun tak berapa nak larat dah. jalan dan hencot hencot dah. nak buat macam mana, paling kerap anak anak balik pun sebulan sekali adaala menjenguk..yang baki 29 hari tu bercintalah mereka berdua. si ayah yang sakit lutut tu terpaksalah bawak motor pergi jugak ke pasar beli ikan dua tiga keping untuk si ibu, si ibu pulak yang cepat penat sebab semput tahap ke tiga terpaksa jugelah masak untuk si ayah. jadi macam mana?

jadi tulah. mungkin korang kata itu ikut individula..tak nak jadi anak derhaka jadi tak beri sumbangan tenaga, beri sumbangan kewangan pun jadilah. tapi cuba fikirkan, setakat manalah ibu dan bapa yang tua itu hendakkan duit?

aku rasa sekarang memang duit penting. tapi kasih sayang tu lagiiii penting...

kan?

*kadang kadang bukan kita yang nak kan semua ini..

No comments:

Post a Comment