Sunday, March 28, 2010

banyak jalan luas pemandangan..

dalam ada isi frying pan dengan set senduk. tak da kotak jadi bungkus macam ini saje.. :)

aku ingat merlimau tu dekat, jauuh rupanya. mungkin rasa jauh sebab 1. pergi jemput kak dihah kat stesen komuter, 2. ambik kak azie kat ttdi, 3. ambik olie kat seri kembangan, 4. isi minyak dekat seremban dan beli makanan ringan, 5. baru sampai rumah kak tini kek merlimau..sebab masa pergi, bersemangat waah! besarnye rumah kak tini. cantik nye kak tini..!encik azmi sudah bising suruh singgah rumah dia kat batu pahat. dia kata dekat je pun...

kemeriahan melanda..

jadi sudah berjemba dan berjumpa dengan semua orang dan bertukar-tukar berita, tangkap gambar, makan nasi kenduri lepas tu balik. on the way, semua orang nak pergi nilai 3 jadi nak singgah. sepanjang perjalanan asyik cerita pasal persiapan kahwen, maklumlah kak dihah pun macam around the corner jugak kawen nye..
sebab orang bising betapa bestnye nilai 3 maka pergi tengok dan survey survey saje.. memang banyak kedai cenderahatila, kain kawen la, lepas ni aku nak beli semuanya kat sini. dah jumpa kain langsir warna ungu yang sangat cantik!! terus target nak beli kat situ next time. even dapat idea nak buat hantaran macam mana nanti, dan nak beli carpet dekat situ jugak. doorgift pun nak beli kat situ jugak..eeeeh, ni semua pengaruh kak dihah..:P
sambil jalan, sambil gosip tahu!! sebab mengantuk, boleh pulak pergi lepak dekat kopitiam thankQ pekena white coffee. terus aggresive, dan terus segar, terus gosip sepanjang jalan!! terus berangan-angan nak baju macam ni, nak pelamin macam ni, nak carpet macam ni untuk kawen nanti..memang heaven pengantin tempat ni. yang tak kawen lagi pun terasa sangat nak kawen..!
jadi maghrib baru sedar diri nak pulang. ingat nak singgah rumah oli untuk solat, tapi minyak dah takat E lepas tu takut tak sempat oli nak solat sebab tak boleh jamak, lepas tu eh, jom pergi putrajaya!! kita pergi solat dekat masjid besii naakk!!

waaah! mendapat sokongan ramai! lepas tu tersu pergi isi minyak dulu, lepas tu cari masjid besi tak jumpa..8.30 baru jumpa, masjid sangat cantik! sangat cantik siap ada eskelator lagi, open terus menghadap jambatan putrajaya tu. cantiiiik sangat!! lepas solat terus balik. balik hantar oli dulu dekat seri kembangan, hantar kak dihah dekat cheras, hantar kak azie ke ttdi, lepas tu sampai rumah around pukul 11 lebih..penat gille! nasib baik bawak auto..nasib baik..
hari ni cuti yey, besok sudah mahu kerja balik. besok dr K nak datang, manager ajak dia pergi tengok lab sekali. besok jugak nak pergi hantar barang sikit kat rumah bangi. ya, aku nak duduk bangi ni. dah tak larat nak mnghadap jalan jam hari hari. 3 jam perjalanan balik memang tak mampu aku nak hadapainya (jumaat sebab hujan lebat dan jam dari sungai besi sampai kepong, teus nangis dalam kereta T_T).

No comments:

Post a Comment