Wednesday, February 10, 2010

wishlist!

sekarang sudah pukul 3.40am (macam jurnal misteri) sebab layankan encik boyfriend berjetlag, maka aku berjetlag juga. mentang-mentang sekarang aku boleh tidur seperti suiz lampu, kira kambing terus boleh tidur. macam robot. dan semalam sebab encik boyfriend call pukul berapa tah aku tak ingat, aku terjaga lepas tu tak boleh tidur balik, lalu aku kira kambing, lepas tu tak boleh tidur lagi. lepas tu, aku kira kambing kuat-kuat. satu. dua. tiga.. nanti aku kawen denganmu, wahai encik boyfriend tadahlah telingamu sebesar-besarnya sambil dengar dinda bendedang kira kambing. ape-ape jelah asal kami bahagia.

anyway, these few days hanya gambar KONON art aku pamerkan. sorry to say, these few days and the next few days and weeks, these will be my new obsession. kasi kumpul banyak-banyak, kalau ada harga aku jual, kalau tak da harga, aku simpan saja..

so, these few days juga selalu pergi beli kertas dan envelope dekat popular, sebab aku rasa situ lagi murah dari jusco. aku sudah compare harga, memang murah banyak jadi aku keep on going to popular walaupun aku ada kad MPH, tapi tak ape.

jadi bila jalan-jalan sekitar popular walaupun tak besar mana aku jalan juga sambil tengok buku. aku sudah ada minat sama buku juga walaupun ada banyak buku yang masih belum habis dan mula baca, namun nafsu aku terhadap buku masih mencanak tinggi. tapi sebab aku hanya dedikasikan duit aku pada barang untuk buat kad aku, maka aku melelehkan air liur saja bila lihat dan belek buku tersebut. sorry my dear, we are not meant to be together. maybe next time.

ok dah terus pada wish list kau boleh?

haa, sebab tak pernah buat wishlist, maka sedang berjalan-jalan sambil tengok buku aku dok fikir, kan best kalau ada orang bagi aku buku ni, kan best kalau ada orang bagi aku in dan itu dan ini..dan ini benda yang aku ingin sekarang..sekarang ye, jadi mungkin boleh bertukar-tukar selepas ini. aku akan senaraikan kembali kat sebelah, kalau aku dah dapat aku akan potong dah diam terus ke tujuan asal cepatt!

  1. time travellers wife (dalam bentuk buku)
  2. any books yang berkaitan dengan wang seperti macam mana nak jadi kaya dalam masa satu hari (aku tak mau buku donald trump plz)- aku ada jumpa yang sangat menarik. buku macam ni, agak-agak nipis pun dah ohkay..
  3. pisau bulat di hujung bagi menajamkan skill mengukir aku yang sangat amatur itu
  4. pen drive (sadly, aku tidak ada langsung pendrive! aku hanya pinjam melalui rakan sebaya)
  5. majalah digital camera issue yang lepas seperti sangat menarik. namun ini mungkin simpan dulu. mungkin pada masa hadapan isi kandungan akan lebih lebih lebih menarik lagi? hanya editornya saje yang tahu.
  6. tidak lupa juga sebuah kerja (aku tak tahu ganti diri bagi kerja - sebuah? sebijik kerja? sekeping kerja? watever). supaya aku dapat income bulanan untuk menampung kos sara hidup aku yang tinggi (aku tak demand tinggi sangat pun).

ok, dah. tu je..aku rasa ada lagi tapi aku lupe.

bai..

oh, nanti aku tambah lagi.
dah ni bai betul-betul

bai..

No comments:

Post a Comment