Thursday, February 4, 2010

rezeki itu ada di mana-mana

aku macam give up hari ni. walaupun malu nak ngaku tapi aku berterus terang jugakla yang aku nangis-senangis-nangisnya untuk kasi hilang sikit stress aku bila fikir pasal aku sendiri. bila aku fikir pasal aku buat apa kat rumah ni, kenapa aku jadi macam ni? kenapa rezeki aku susah nak masuk (ni aku tau kenapa) tapi bab rezeki ada kena-mengena dengan aku tidur dan bangun lambat ke? saje nak argue, heh.

aku kadang-kadang pelik, kenapa Tuhan bagi rezeki orang tu muuurah sangat, rezeki orang ni susaaaah sangat rezeki orang lain biasa-biasa je. adakah sebab doanya? adakah sebab sembahyangnya? adakah sebab Tuhan nak bagi dia lupa diri or what so over. aku pun tak boleh nak argue benda ni jugak. aku macam nak tanya ustaz hasrizal sebab mesti dia bagi jawapan tak tipikal. aku suke tu.

aku tau aku macam tak patut nak discuss benda macam ni. mungkin tu mentaliti orang melayu kot, tak berbincang untuk mencari sebab kenapa dan bagaimana, tapi bila bab yang remeh-temeh macam kes sebat kartika (bagi aku nak sebat-sebat je la dah orang tu pun rela) nak pulak kecoh bagai. tapi sendiri lupa basic things macam senyum dan memberi salam pada orang Islam yang lain jangan asyik judge orang tengok orang ni hip hop sikit kater dia tak sembahyang terus aku malas nak tegur budak ni memang dah rosak akhlak dah. huh.

balik bab rezeki tadi, ada juga yang diberi ujian yang macam-macam. lepas satu bab, satu bab masalah lagi sampai. lepas dah langsai payment kereta, tiba-tiba kereta kena hentam dengan lori, duit pulak tinggal rm100 dalam bank, besoknya pulak kena buang kerja, luse pulak tunang mintak putus. besoknya pulak, hah sambung sendiri. Tuhan takkan beri ujian kepada seseorang itu jika seseorang itu tak mampu hadapinya. dan aku pulak, puas fikir aku cukup kuat ke? aku cukup kuat ke? aku sedih macam ni sebab Tuhan nak hukum aku ke Tuhan nak uji aku?

Aku rasa mungkin Tuhan nak hukum aku sebab aku selalu lupe baca doa qunut masa solat subuh.

mungkin jugak.

aku nak megeluh, orang kata tak baik mengeluh. jadi aku kepamkan perasaan keluh kesah aku ni. mungkin aku perlu start dengan masuk tidur sekarang supaya besok boleh aku bangun pagi. aku baca blog ustaz hasrizal, salah satu ayatnya; satu jam pertama setiap pagi adalah penentu kepada keseluruhan hidup kita dalam sehari. dia takkan letak perkataan pagi kalau pagi tu tak penting. jadi aku memang patut dan perlu dan wajib mementingkan pagi.

besok aku nak bangun pagi.

No comments:

Post a Comment