Thursday, February 18, 2010

feel like i want to have a flower bath

translation;

-terasa seperti ingin menikmati mandi bunga-

ada satu hari tu, aku amuk amuk dengan encik boifren. amuk sebab kenapa dunia kejam kat aku sebab aku jobless sampai sekarang. mungkin 1. aku banyak buat dosa jadi aku macam kena hukuman dalam bentuk 'cenggini'. 2. adalah satu ujian supaya aku lebih tabah menghadapi dugaan yang lagi hebat akan datang. 3. aku takkan diuji sebegini hebat dah nanti. 4. aku sedang tengok casino royale (ok, memang takda kene mengena kat situ).

selain dari yang 4 itu aku still rasa yang ke 5 ni 'the major cause' - aku salah pilih course masa belajar dulu. honestly, aku mengambil jurusan BIOLOGY. even di universiti yang paling hebat dalam dunia pun kalau kau ambil kos itu aku tak rasa masa hadapan sangat cerah melainkan result kau adalah flying colours dan kekal papa sehingga berumur minima 27 tahun sebab kau harus wajib ambil master dan sambung phd. THEN, barulah kau boleh jadi kaya raya kerana telah menjadi seorang pensyarah. aku belum dengar lagi DR yang papa kedana. plus, aku rase bioteknologi di malaysia macam XYZ. kalau tak semua budak course aku tak end up jadi cikgu sekolah rendah. dan kau ingat jadi RA dekat ipt boleh kaya? mereka hanya bergantung kepada geran dan kontrak sahaja. kalau bernasib baik juga dan kerja lama, boleh la kot mintak permanent post. lama tak lama sangatla, adalah dalam 4-5 tahun macam tu. tapi aku stress kan kat sini, kalau bernasib baik..gaji depends pada job.. ra yang kontrak boleh dapat max 1500rm. kalau bernasib baik lagi, boleh la dapat hourly pay. cecah jugak 1800 or 2000.

kebanyakan yang berjaya dan kaya pun sangat RARE. macam aku bagitau tadi NASIB pun memainan peranan penting jugak bergantung kepada keikhlasan belajar masa dan tahap hormat pada cikgu dan ibu bapa masa belajar dulu. if itu tak ada, maka susah sikitlah nak bernasib baik masuk dalam bidang SAINS dalam go.v. dan lebih bernasib baik kalau ada 'orang dalam' dalam organisasi sains yang kau impikan, maka tak perlu risau. lepas grad mintak saje kerja terus dapat. tapi ramai jugak di kalangan kawan aku yang bernasib baik. dapat je job ra or ro tu. aku je yang tak bernasib baik..aku memang keluar dapat skrol je..(aku memang pesimis bab ni)

aku pun rasa usaha kat sini pun penting jugak. aku akui, mungkin aku tak cukup usaha untuk BEG and BEG dan aku rasa aku kena modified resume aku dari 4 muka surat ke 2 muka surat saje. aku rasa employer macam jijik tengok course aku kot apesal tah satu panggilan telefon pun tak dapat. aku pun hairan. aku bukan nak kata aku terlebih usaha tapi selagi aku ada pilihan, aku akan pilih. tu je. max, bulan 3. nak tanak aku kena mintak jugak jadi kerani kat mana-mana. jadi promoter pun aku taram je. max bulan 3..serious..aku nak tambah usaha aku sebab jobstreet kata aku kena spent around 20 hours per week untuk cari kerja bagi menunjukkan betapa usahanya aku..so aku kena study dengan gigih macam mana nak tulis resume dengan baik, cover letter yang marvellous, lepas tu practice macam mana nak interview (kalau dapat). usaha! usaha! usaha! aku tak boleh nak salahkan course yang aku pilih masa degree dulu...

aku akui jugak kadang-kadang hati kecik aku ni gila dengki tengok member kerja senang walaupun tak senang mane. pressure dorang tinggi woh tapi gaji sedap ape. walaupun aku fikir yang kualiti masa bersama kekasih dan keluarga adalah lebih penting dari kerja, dalam zaman sekarang yang nak kawen pun paling kurang kena ada 25 k dalam tangan terpaksa jugakla kata duit adalah segala-galanya. i mean SEGALA-GALANYA! tapi manusia yang aku paling hasad dengki adalah manusia kat tempat aku belajar dulu certain (aku kata certain) yang senang lenang je kerja tapi dan tangga gaji pun sedap je. aku pun tak tau apa yang mereka sibukkan. aku rasa aku dulu lagi sibuk dari mereka, yang bawah-bawah lagi sibuk dan banyak kerja dan pressure dari mereka, mereka pulak sedap pakai baju yang harga kain saje dah rm400. mane aku tak dengki macam tu? aku rasa macam hasad dengki tahap ke tujuh dan pekerjaan mereka ini juga memang menjadi idaman aku. bukan sahaja dapat pakai kain kerawang dari hujung rambut sampai hujung kaki, dapat pakai heels berjenama vincci pluss juga (aku memang sangat berdoa satu hari asid jatuh atas kasut tu -hah!) tak lupa juga boleh tukar kereta setahun sekali. datang pukul 8, balik pukul 5. arrgh! dengki siut! dengki aku!!!! aku nak bertukar jadi hijau sekarang. tapi aku rasa mungkin mereka pernah rasa susah tulis resume panjang panjang atau interview marvellous gile (english 'macam air'). ataupun mereka memang bernasib baik..

jadi sekarang dah, minggu ni je aku dah spent time more than 20 hours untuk blogging and bloghopping sahaja. maka aku perlu insaf untuk usaha, dan berdoa supaya aku bernasib baik.

sekian (warkah ditulis dari perempuan emo yang tenang)

*oh, aku mohon ampun dan maaf kalau tulisan aku salah. ini dari sudut pandangan aku je yee..

6 comments:

  1. zura....

    aku pun msh jadi RA lagi skang ni.dah 3 tahun aku menunggu for better job.tapi masih xde apaper berita...huhuhuhuhuu...
    aku pun rasa aku salah pilih course..kadang2 sedih gakla biler compare nasib diri dengan kawan2 lain...semua berjaya aku masih di takuk lama.. :(

    tapi apapun. insyaAllah rezeki tu akan datang satu hari nanti..aku yakin tuh!...ko kena lagi yakin dr aku sbb ko dah ader master..aku degree cabuk yang x laku jer aku ader..huuu

    sama2 kita berdoa semoga rezeki sentiasa bersama kita...

    cayang ko!

    ReplyDelete
  2. mulaaaan!

    masih setia kau baca belog aku ye..thanks thanks..

    anyway babe, same je master tak master mulan. mari meratap sesame..heh..takpe, ko kekalkan je keje ko tu biar sampai bila-bila at least dapat duit weh..tunggu sampai dapat rezeki yang lebih baik kan?kan?kan?

    yes we can duit (eh, duit)!

    jangan kerana kos kita maerana..buktikan diri kita!

    (aku macam rashid sidek tak?)

    luv u too mulan!!

    ReplyDelete
  3. sabo zura sabo...saya dulu 6 bulan menganggur rasa mcm nak mati..rezeki ada di mana2..kan kan?zura ambik cos biologi ke?frankly say la..mmg coz bio xde keje sgt..huhu..last2 ending jadi cikgu dan cikgu cikgu..huhu..bersabarlah ye..

    ReplyDelete
  4. betul la juli kan?
    memang cos cos macam ni tak da job market..
    pasni nak buat post pasal cos yang senang dapat kije..

    thanks juli!!

    ReplyDelete
  5. kite senasib la zura oi....2tahun lebih kat cepp ni, bukan nmpk sangat improvement pon , tp nampak jugakla ade aset kancil comel tu...HAHAHA... ape pun sabar ajela...rezeki tu pasti ada untuk kite....

    senyum...senyumm...:)

    ReplyDelete
  6. yelah betul jugak..kancil kembar adalah hasilnya!(still kena fikir untuk payment yang akan datang..ergh!!)

    jom senyum ramai-ramai...senyumm...senyum...:)

    ReplyDelete