Monday, February 1, 2010

aku bahagia lihat kereta aku bersih

macam ini rupanya perasaan. perasaan yang tak dapat diungkap dengan kata-kata apabila hampir 10 orang mamat-mamat membelai kereta putih aku. aku ingat susah nak pergi basuh kereta. mengada-ngada kasi tangguh sampai kesan hitam kat belakang kereta tu tak keluar hanya dengan cucian biasa. hangen aku. aku menyesal semenyesal menyesalnya!

aku tak tau pulak sekarang ada sistem basuh pandu lalu. aku ingat ada kat stesen minyak je. tau la stesen minyak kan wash and drive tu bukan bersih sangat pun. ni aku pergi kat manjalara tu, aku masuk konon nak tanya harga (aku kedekut). masuk je terus dia simbah kereta aku dengan beberapa baldi air. aku tak terkejut pun sebab aku dah nampak kereta depan kena simbah dengan air. aku pun ooooooo, ini sudah bagus. aku tak payah keluar kereta untuk tunggu dia basuh. aku laluuuuuu je sambil mereka cuci dengan sabun, basuh dengan air, cuci tayar. kau boleh tengok dari dalam sambil jalan ke depan sedikit demi sedikit.

sampai kat satu port untuk lap kereta sampai berkilat, aku turun kereta kasi vacuum dalam. wooooh! sejak aku ada kereta, aku tak pernah kasi vacum dalam. aku rasa orang yang vacum kereta aku tu mesti geleng kepala 18 kali. aku buat bodoh je. kereta aku kat dalam tu bukan kotor sangat pun..

dah setel semua aku kena rm 8 je. aku rasa lega. macam aku pulak yang mandi setelah 5 bulan tak mandi. memang best woh! masa aku on da way balik tu, bile aku tengok kereta sebelah kotor banyak habuk kuning-kuning aku nak je bukak tingkap kasi tau kat manjalara ada satu tempat cuci kereta best. tak sampai 15 minit pun dorang cuci cepat tau! pergilaaa pergila cuci kereta kau kat situuuu....

aku mungkin sangat jakun sebab aku tak pernah cuci kereta kat kl. maklumlah, kereta aku ni pun ala-ala rusa masuk kl. so memang tak biasaa aaa benda macam ni sebab last time pun aku teman member aku cuci keter kat sini still manual dan lambat siap (3 tahun dulu punya kes).

but still aku bahagia bila aku lihat kereta aku bersih..hehe..

No comments:

Post a Comment