Tuesday, February 2, 2010

3.54 am --- mata masih segar bugar

aku rasa aku layak jadi jaga. kalau aku bukan perempuan dan aku adalah lelaki, aku for sure mintak kerja jadi jaga. aku jadi jaga kat u.tm pun jadi arh. aku rasa hantu pun dah anggap aku member, bawah mata dah sama hitam.


tolong arh! tolong!



aku bukan suke pun jage malam-malam macam ni. ingat aku suka ke? sakit jiwa stress macam nak mampus bila aku tutup laptop, tutup lampu, bukak kipas, baring kat katil tarik selimut, peluk bantal mata ni tak nak pejam pulak. bila aku buat-buat pejam, aku mula pike besok nak makan ape? besok nak buat ape? ape aku akan buat first thing in the morning, nak pergi jogging ke tak? nak join aktiviti berfaedah ke tak? mungkin betol cakap boyfriend aku. aku banyak fikir..


tapi bile fikir pun tak berfaedah jugak. last-last aku bangun pukul 3 petang sebab aku tidur pukul 6.30 pagi - 8 jam jugak. memang macam s**. aku bengang. aku boleh nyanyi lagu bengang nyanyian akim. mungkin aku juga boleh nyanyi lagu brands sambil pakai tali hijau kat leher. kau ingat aku tak terkejut tengok jam pukul 1500 hrs tu? aku memang bengang campur lagu brands.


aku rasa mentaliti aku pun satu hal jugak. aku selalu fikir yang takde benda penting nak buat maka tak mahu bangun awal. jadi bangun lambat, maka tidur lambat. lama-lama jam biologi aku biol jadi macam ni lah aku, sampai aku dapat kerja kalau tak pergi office pukul 8 aku kena pecat -aku rasa macam tu memang definitely baru berkesan kot. ada siapa-siapa nak brainwash aku tak? aku sangat perlu cuci otak aku untuk kasi align balik otak, mata, badan..aku rasa macam nak amek otak aku bawak keluar lepas tu cuci dengan klorox, kasi bersih suchi dan murni. lepas tu dilimpahi dengan perkara perkara baik seperti bangun mengikut waktu, sembahyang di awal waktu, jangan malas, hormatkan ibu bapa...kan semua itu dari otak? aku rasa otak aku dah kotor kot..



jadi sebab otak aku dah kotor, lepas tu dia efect pulak dekat badan dan mata, sampai aku tak boleh tidur mengikut suka hati aku (dah banyak kali aku harap ada ubat tidur dalam simpanan aku) jadi bawah mata aku dah makin lebam. obvious sangat aku sedapkan hati, aku kata penyakit keturunan. nak sedap hati lagi aku kata aku adik gerard way. puas aku tengok gambar gerard way, aku rasa dia pun ada lingkaran gelap bawah mata macam aku jugak jadi aku ada sikit puas hati kat situ. tapi sebab aku fikir pandangan orang lain, aku takut orang ingat aku zombie kampung pisang yang nak makan otak orang aku gagahi jugak beli produk-produk kecantikan seperti garnier roll on tu. best memang best. macam ubat sapu ketiak cume ni lain sikit, sapu kat mata jee sejuuk jee..memang macam macam meyakinkan sangat la tiub tu boleh kasi hilang hitam-hitam kat bawah mata ni. tapi kalau macam ni punye kronologi tidur, 10 tong garnier pun belum tentu hilang lingkaran gelap ni. aku rasa aku boleh join warga tua untuk tai chi di taman sebab seriously, aku lebih tua dari usia.

No comments:

Post a Comment