Thursday, January 28, 2010

this is an emo post

kadang-kadang kau rasa manusia di sekitar kau sangat kejam. mereka tak kan memandang tinggi pasa kau selagi kau tak berlagak tinggi dan akan memijak kau macam semut kalau muka kau macam sampah. tapi kalau perangai macam sampah muka tak macam sampah itu boleh dikecualikan. kejam kan manusia?

kau harap pada something atau kau harap pada seseorang, kemudian something itu reject kau atau seseorang itu reject kau adakah kau rasa sakit hati? ya sakit hati. kau tak tau apa salah kau kau macam main teka teki. aku bersalah sebab mak aku salah sebab salah itu adalah disebabkan keturunan kah, atau aku salah sebab aku tak tau apa yang aku salah (hah, amek kau pening kepala kau nak fikir). jadi aku rasa perkataan 'HARAP' tu yang jadi kata kunci.

aku benci perkataan 'HARAP' especially bila "sistem terganggu, harap maklum" atau "lantai licin harap pakai selipar asadi".

dan sebab 'HARAPAN' tu juga manusia boleh berubah. kalau tak wujud perkataan harap, aku rasa dunia akan lebih ceria. aku kata diri aku positif, tapi aku tak pernah harap. sebab harap dengan positif tu lain.

aku harap aku dapat jumpa kau hari ini. aku harap aku dapat call kau hari ni. aku harap dapat tengok lubang hidung kau pun jadilah. tapi sebab aku tak dapat jumpa kau, aku tak dapat call kau dan tengok lubang hidung kau pun aku tak dapat, aku kecewa. bila aku kecewa, satu hari aku rosak! sebab aku berharap...lepas tu aku mula maki orang lain.

tapi bila aku fikir positif yang aku aku akan jumpa kau hari ni, tapi takpelah kalau tak jumpa pun tak apa sebab aku tak harap sangat pun (key point dia 'harap' ye). jadi bila kau tak muncul depan aku, aku tak sedih pun sebab aku tau benda tu ada 50% tak jadi. tapi bila kau muncul depan aku, gembirala sebab aku tau benda tu ada 50% jadi.

tapi aku takla gembira sangat seperti aku harap aku dapat jumpa kau dan kau muncul. dan aku taklah sedih sangat macam aku harap dapat jumpa kau tapi kau tak muncul. jadi perasaan aku dah bahagi kepada 50% macam aku bagitau kat atas tu.

sebab aku dah belajar untuk tidak berharap, maka lama-kelamaan aku hanya berperasaan 50% sahaja. bila aku nak ekspresskan perasaan aku, aku hanya dapat beri 50% sahaja sebab itu je yang dapat aku bagi. sebab perkataan harap, kurang dalam kamus hidup aku.

mula-mula memang rasa best. sebab kau takkan rasa sedih langsung bila sesuatu terjadi tak mencapai harapan kau. tapi lama-lama tak best jugak sebab bila harapan kau menjadi realiti kau senyum sikit je.

aku lagi suka benda terjadi di luar jangkaan. itu lagi best. sebab ia di luar harapan. kau neutral bila aku tak muncul depan mata kau sebab aku memang tak janji pun nak jumpa kau. tiba-tiba aku muncul kat situ bawak nasi lemak kegemaran kau lepas tu kita makan sama-sama kat tasik titiwangsa. kau tak harap aku muncul, tapi aku muncul jugak. nampak tak - tak harap..kan best perasaan tu?

aku yakin sebab tu aku tak ada perasaan. kau buatlah macam mana pun, paling kuat aku sedih, aku nangis sikit je. paling kuat aku suka aku ketawa je. kadang-kadang tak ada ekspresi pun.

dah ini memang tak ada kena mengena dengan kerja atau boyfriend. HARAP maklum..

No comments:

Post a Comment