Friday, January 1, 2010

sesi buang masa part 2

ok lah adik-adik, kita bertemu lagi dalam rancangan sesi buang masa part 2 (terpengaruh dengan iklan cuti sekolah). anyways, mari sambung. hari ini sudah berjanji dengan anak kawan emak untuk membawa beliau dan adik berjalan-jalan secara ilmiah. sebab terpengaruh dengan permainan menguji minda di pusat sains utara, jadi mahu pergi tengok pusat sains di mont kiara pulak. terpaksalah kakak yang bertanggungjawab ini bawa mereka pergi. bukannya apa, sebenarnya i yang terexcited lebih.

sebab kepala tiba-tiba kena serangan pening melampau, maka dah tak excited sangat dah. sebab sudah datang perlu tengok ini juge;



oh sangat ilmiah ye. tapi pameran ini memang sangat menarik, kagum dan best. kalau tak kena serangan pening kepala pasti lebih best (masih mampu tersenyum untuk menangkap gambar secara curi-curi). owh, saya suka sangat leornado da vinci. kalau kamu orang mahu datang, silalah datang dan mempergunakan waktu di dalam pameran sebaiknya sebab tiket sangat mahal.


kagum..kagum..kagum..

lepas busan, terus merayau pergi one utama untuk tonton chipmunks (aktiviti kanak-kanak). oh saya memang kakak yang baik lagi berbudi pekerti. dahla belanja tengok chipmunks, lepas tu belanja pulak secret sampai kopak duit kakak ini. sudahlah kakak ini tidak berdana mulai hari ini (januari 2010 *sigh*). takpelah, kakak redha ajewrh!

sebab hari ni menabur jasa kepada kanak-kanak berumur 17 tahun ke bawah, maka sebagai balasan tolonglah doakan kakak ini dapat kerja ye supaya bila kakak sudah kerja tetap dan kaya dan sudah dapat beli sebijik honda city, bolehlah kakak belanja lagi tengok wayang dan makan di secret recipe.

No comments:

Post a Comment