Saturday, January 30, 2010

prektis jadi perempuan...

well, aku dulu masa sekolah bukan perempuan sangat pun. aku masak tak reti, aku tau nyanyi je..aku tak pandai jalan ayu, aku tau jalan kawad je. aku pakai tudung kaler krim je tak sama dengan baju pun tak pe (tu sampai sekarang). aku cakap kasar, aku bukan lemah gemalai, aku cold-hearted, aku dulu boleh angkat jari tengah tanpa rasa was-was.

tapi itu dulu weh! dulu, sumpah aku tak pernah angkat jari tengah dah sekarang. aku angkat ibu jari je, tu pun sebab nak menunjuk arah kat orang. tu pun ibu jari tangan bukan ibu jari kaki..aku pun tak tau, orang selalu tanya aku jalan atau arah keretapi komuter berhenti atau pun arah rumah pak cik rahim kat sungai petani. aku macam kaunter pertanyaan tapi tu semua cerita lain..

semalam aku kan ketakutan. walaupun dalam ketakutan itu, aku berdaya maju jugak untuk buat kek (salah satu cara untuk menunjukkan diri ini perempuan sejati). aku bukan sekali buat kek ni, sebelum ni pun pernah. aku memang poyo aku sebenarnya buat kek pakai tepung kek segera je tu pun nak kecoh. tapi aku tetap mahu kecoh. aku baru tau kalau kek tu boleh bakar maka ia boleh kukus jugee..sebab aku punye oven bawah dapur tersorok kena tindih dengan raga plastik suratkhabar WXYZ, jadi aku malas nak guna oven jadi aku kukus je..menjadi okeh! menjadi..sekarang selamat dalam peti ais dan encik boyfriend pun kata sedap. nanti aku nak buat cup cake lepas tu aku jual kat kawan-kawan aku nanti aku bagi harga kawan kawan je. aku kasi up 20%. haha berangan nak bisnes dalam internet sebab aku tak ada kerja sekarang.

dan hari ni, aku pergi sampai shah alam. saje jalan-jalan teman encik boyfriend jumpa adik dia kat situ hantar motor. besok dia nak ke UK, aku sedey...satu minggu tak jumpa n tak boleh calling malling.. tak pe argh! aku cari entertainment lain, aku main layang-layang ke, bagi ikan makan ke, main congkak ke, tulis blog ke..gambar kat bawah ni aku lukis time busan tunggu encik boyfriend order A&W lama sangat. aku lukis atas tisu. walaupun hodoh aku tetap mahu tunjuk..haha

dah argh.tetiba aku down pulak..aku nak layan cerita merlin..

No comments:

Post a Comment