Tuesday, January 26, 2010

pengalaman pergi 'walk in interview'

3 hari lepas, pergi interview konon berangan nak join petro.nas sebab yelah petro.nas kan macam mantop gittew aku dah mula berangan-angan kalaula aku dapat kerja kat situ, kat bangi pulak tu, besoknye jugak aku ajak boifwen aku kawen. dah kita sudah boleh duduk bersama wahai kekasihku!

jadi selepas berangan-angan tu, berialah aku pergi dengan gigih dan penuh berkarisma sambil bawak segala dokumen yang diperlukan. gigih-gigih aku pun aku datang pukul 11. heh. sebab nama adalah walk in interview, dalam kepala otak aku yang sedikit geliga ini ingat datang terus ambil borang ke hapa, terus masuk terus cakap hai my name is azurah, was born in kedah graduated form blah blah bah...haha, jangan harap. depan pintu masuk je dah kena tanya awak dah habes master ke belum.

sebab bibir sudah tanam tebu maka dengan mulut manis yang ada (sebab kater konfom viva sebelum bulan 3 padahal...) baru boleh dapat masuk. ada juak peserta lain yang sedih sebab ada degree and xperience tak cukup 5 tahun. macam ujibakat one in a milion pun ade. tiba tiba rasa uish best jugak ada (bakal) master sebab macam okay u master boleh masuk and pergi meja belah kiri untuk dapat sticker oren.

nak dapat sticker oren pun satu hal..

beratur sikit punye panjang. aku ingat sambutan adalah suam-suam kuku sahaja. tapi hangat woih! hangat. memang macam ujibakat akedemi fantasia cuma tak ada nombor kat baju je. dekat kaunter sticker oren pun kena screen jugak. aku bagi borang aku, alhamdulillah lepas jugak. ada jugak yang terkandas kat situ. tiba tiba dalam hati uish, bagus juga aku canang-canang kos aku yang tak relevan ni. bunyi macam hebat padahal..

tapi tulah sempat sampai stage 4 saja. tak dapat masuk bilik interview pun. dia kate kos aku (yang aku canang hebat tu) masih belum diperlukan untuk pengambilan kali ini. nanti dia akan forwardkan resume aku kat devision lain untuk direview dan tunggu sajalah panggilan temuduga sampai saudari berjanggut (tu aku reka). aku tau dia hanya nak sedapkan hati aku je..kata tak relevan, cakap jela tak relevan dari awal. tak payahlah aku tunggu sampai pukul 5.30. penat tau..

tapi aku tak hangin pun. aku suke je.. aku dapat kenal dengan ramai orang, aku dapat berjumpa dengan orang yang tidak berpuas hari dengan kerja lama dan ingin menukar angin, orang yang kerja kontrak yang ingin kerja tetap, orang yang kerja gaji ciput yang ingin gaji besar, orang yang student (macam aku). jadi isu yang dibualkan pun banyak contohnya macam mana nak push external examiner untuk check thesis dengan lebih cepat supaya sebulan kemudian boleh terus viva. ataupun wow hebatnye thesis kau berapa banyak dah publish paper, uni korang best ke tak, taknak sambung phd ke, best ke belajar kat jepun, hah aku memang banyak mulut hari tu semua orang aku sebok tanya.

tapi, memang oklah menimba pengalaman macam ni rupa. bila aku kata aku datang nak cari pengalaman interview or walk interview, orang lain kat sekitar pun kata, tak pe cuba je, bukan rugi ape ape pun, lepas ni tryla pulak cari kat sini, sini..gila supportive stranger-stranger ni.

dah tu je..

No comments:

Post a Comment