Friday, January 22, 2010

iced milo perks me up



hari hari minum milo ais bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi aku. sebab bukan susah pun nak buat milo stail mamak yang boleh cecah harga sampai rm1.70 secawan. lagi gila kalau milo sekotak kecik jual dekat food court shopping complex lagi lah sampai rm3 dia cas engkau sebab nama dia food court, sebab nama dia shopping complex.

aku buat milo tadi sebelum tu aku panaskan air dulu. sementara aku nak tunggu air panas, aku pi cuci jamban sebab tengok jamban rumah dah tak menarik pandangan mata. nak buat macam mana, sudah aku suri rumah pun bukan, pekerja am pun bukan, aku pun ambil keputusan cuci jamban plus aku nak try juga berus jamban baru yang aku beli kat jusco tadi. boleh tahan juga kualitinya. sebagai anak yang bertanggungjawab, aku kenalah bantu-membantu family aku, walaupun bukan dari segi kewangan dari segi kerahan tenaga pun jadilah.

cakap mengenai bantu membantu (haha, aku teringat iklan petronas pulak) tadi pergi dating dengan mak aku. konon girls night out - walaupun bukan malam dan mak aku bukan girls dah (ok, both of us bukan girls dah) kitorang pun pi lah makan bersama. aku sound mak aku sebab dia excited main fesbuk lagi melampau dari aku. aku takpela aku remaja. fesbuk hanya untuk remaja. aku takpela aku remaja (eh, terulang dua kali pulak). tiba-tiba aku terasa seperti aku yang emak dalam sektor kekeluargaan ini. lepas tu bila aku dah sound begitu, terus mak aku sound aku balik biasalah pasal apa lagi - pasal kerja.

aku baca blog orang lain, aku dengar keluh kesah bersama kak esah, aku tengok aku lihat aku pandang, semua kata kerja mereka teruk. aku paranoid weh, paranoid! aku bukan tak mahu kerja, tapi dalam situasi sekarang ni, aku rasa Tuhan dah takdirkan aku untuk tidak berdana. well, azza je best sebab dia suka kerja dia..

anyway, aku pun sebenarnya tak tahu arah tuju hidup aku. aku pergi je mana orang pergi, aku tak pernah melawan arus. oh tak, aku pergi je ke mana orang nak pergi, tak pun aku duduk diam statik kat situ. walau aku ada bangga sikit sebab aku tidak ditimpa bebanan kerja dan ada juga yang kata 'ui besnya jadi azura sebab boleh foya-foya' atau 'kau nak ikot dia si penganggur moden tu buat apa' tapi aku tak kesah semua tu. aku dah usaha, aku rasa Tuhan juga tengah uji aku.

aku rasa keputusan terbaik adalah jadi diri aku sendiri dan jangan PEDULIKAN apa kata mereka. mereka tu bukan kita..

No comments:

Post a Comment