Thursday, January 7, 2010

dengan happy dan riangnye

namun banyak lagi perkara yang perlu difikir ni. lah, saya lupa nak tukar alamat rumah di s.ps nanti hantar result kat rumah lama pulak. kena masuk dalam to-do list..

sekarang!

dah..

jadi these few days tidak hectic malah bahagia. masa drive masuk kampus tengok kiri kanan banyak tak berubah pun (mungkin sebab rasa sangat lama duduk di rumah) eleh, tiga minggu saje pun. sampai pintu gerbang tanpa disedari mengeluh sebab jumpa bumper, yeah, welkam, bumper..kampus saya ini memang banyak bumper, tanpa sangkalan lagi. jadi hari selasa lepas baru nak jumpa supervisor dan hantar literature riview. bila tanya 'prof dah check saya punya result and discussion?"

selamba prof kata 'sejak awak pergi saya tak usik pun result discussion awak.."

ooooh! kechewa siut! takpelah sebab prof bizi and kata nak jumpa balik saya this friday maka, saya maafkan prof. hari jumaat ini, mari kita bertentang mata.

and these few days juga melepak di rumah cozy arbainah (thanks, nanti aku bayar sebahagian sewa rumah, harap kau menolaknya, hehe) dan rezeki saya melimpah ruah sejaksampai sini. thanks to arbainah, kak dhila, mr lee dan mukriz yang sudi belanja makan ye. saya akan ingat sampai mati peristiwa makan secara melampau ini tanpa mengosongkan beg duit kulit saya itu. orang kata rezeki jangan ditolak. heh.

cadangannya pula, mahu pulang minggu depannya! tambahan pula banyak aktiviti yang telah dirancang (konon) seperti pulang ke kl bersama dengan kak dihah dan sambutan hari jadi kak ana yang comel itu. tapi setelah difikir semula, lebih baik saya pulang sabtu ini sebab hal keluarga. kesian kat mak abah pulak.

maka, iye, arbainah, i know you read this i tell you latter ye face to face. saya balik sabtu tau..mungkin tak sempat jumpa oli. takpelah oli kita jumpa kat kl je nanti (macam janji kosong macam kes pergi singapore itu). jadi terpaksa minta sori pada kak sam sebab konon kate nak ajar dia buat lab, sori pada kak ana sebab semalam beria juga plan itu ini, sori kepada kak diha juga sebab nanti akak kena la balik sendiri pulak. takde 'chan' nak naik kereta kecil warna putih yang comel kepunyaan saya itu. ok, itu semua akan diberitahu secara life nanti (tak bagitau semua lagi).

oklah itu sahja!

No comments:

Post a Comment