Tuesday, January 12, 2010

aku nak follow tapi tak mau follow

honestly, aku tak mau follow..

sebab mati-mati mak aku ingat kitorang semua pergi sabah khamis depan, maka relax-relax sambil minum air sirap. ok tak, sebab atuk ada kat sini jadi sebagai tanggungjawab anak dan menantu, perlulah hantar atuk besok (selasa) sebab kitorang sebenarnya pergi sabah KHAMIS NI!

aku memang tak sabar nak gi sabah sebab tiket pun dah book setahun yang lalu, jadi sangatlah murah. tapi bila fikir nak hantar atuk balik ke kedah semula, mula aku mual-mual macam nak muntah. bukan sebab aku mengandung, sebab aku pening fikir perjalanan jauh naik kereta. dalam minggu ni je mau aku ke sana ke mari seluruh malaysia 3 kali. aku macam tak sanggup.

jadi adakah tanggungjawab seorang cucu juge untuk menghantar neneknya ke kedah itu? adakah? adakah? (tolong jawab soalan aku sekarang sebab aku nak buat keputusan drastik)

cakap mengenai drastik, aku sudah mula buka laman web jobstreet (ade kan sync die tu?). bukan sebab aku tak tahan dengan tohmahan orang, tapi aku sudah ada kesedaran sivik di situ. aku fikir nanti bulan depan aku mungkin akan dapat gaji at least dari kerja aku bukan hanya menghabiskan beras mak bapak aku. jadi aku mintak kerja. tapi tak bersungguh pun sebab aku akan away seminggu. dah pulak internet connection pasti gagal didapati di mana-mana semasa bercuti nanti. gua bukan ada modem bergerak.

bila aku bersuara kata nak kerja, bapak aku tanya kerja apa. aku jawap nak kerja jadi sales executive. bila bapak aku dengar kata sales terus dia tepuk meja kata 'saya tak setuju!'. oklah, hyperbolalah sangat tapi dia memang tak setuju a. aku pun masam muke dia ingat jadi sales executive yang aku maksudkan ni macam jual avon ke? aku pun buat tak tau je. terus apply tadi satu post. entah dapat entah tidak. aku pun suke travelling, dah pulak ada transport, ape salahnye aku mulakan misi aku mencari kerja sementara tunggu yang u.sm tu. hmm. yang u.sm tu pun belum tentu dapat weh. tah ape tah masa depan aku. nanti kalau aku dapat bile aku kawen macam mana? berjauhan jugak laki aku nanti macam kawan-kawan aku yang lain. kena pulak tubuhkan kelab. lepas tu nak kena bayar yuran kelab pulak.. dah dah apa yang kau merepek ni.

ape-ape hal pon rezeki kan di tangan Tuhan. kadang-kadang orang dengki tengok kita senang goyang kaki memperabihkan harta mak bapak sambil simpan harta sendiri. tapi nak buat macam mana, kena la terima jugak yang diri sendiri hidup senang mati tak mau (eh). tapi ye, marilah hadapi hari muka dengan bahagia. kan live life to the fullest...!

No comments:

Post a Comment