Thursday, January 21, 2010

aku mahu kerja aaaa...

sebab aku dah sangat bosan duduk rumah. kerja pun sudah separa habis. separa je..sebenarnya kerja seciput macam tu, sehari pun mungkin boleh siap paling kuat pun sehari setengah. tapi sebab banyak sangat pengaruh luar yang menular macam syaitan hasut-hasut aku suruh main internet sampai pagi tanpa bukak folder my computer apatah lagi bukak folder my thesis, haish memang jangan harap boleh habislaa..

lepas balik dari sabah, aku excited nak update pasal aktiviti gi sabah, nak letak watermark lagi (poyo) nak pikir nak letak gambar kat mane lagi, nak tulis ape, nak rangka karangan bahasa inggeris aku yang broken lagi..

lepas tu aku boleh pulak aku masuk pertandingan nuffnang lagi konon boleh menang tiket tengok citer valentine's day sebab ada taylor lautner nagn taylor swift (hehe) dengan karangan broken begitu tipula kalau aku kata aku tak harap nak menang. at least perlu juga aku tahu aku ni bertuah ke tak sebab asyik menang cabutan bertuah tanpa henti tapi masuk pertandingan bertuah tak aku ni?

lepas tu dua hari ni berpuasa aku tak keluar dengan encik boyfriend tu pun atas permintaan aku sebab kalau keluar, sama ada duit dia terkikis atau duit aku terkikis. kalau kikis mengikis berlaku secara pukal mahu tak bankrap aku dah la aku tak berduit.

dah pulak aku ni asyik bosan duduk rumah dah rasa nak muntah pun ada. satu hari tak pijak tanah kepala aku dah pening. tapi serius, duduk johore lagi best woh boleh hang out ngan member. kan bagus kalau encik azmi duduk johore juge. boleh kita dating hari-hari sebab kalau ayang duduk johore, i tanpa ragu-ragu merembat tawaran prof untuk sambung phd kat sane. konfom-konfom dana aku bersambung semula. dahla aku sudah hutang keliling pinggang ni. mungkin nak tunggu dapat kerja dan dapat gaji BESAR PUNYE baru aku nak bayar balik.

mak pulak dah bising kate bile aku nak cari kerja. mesti dia dah busan tengok aku menghabiskan beras kat rumah tanpa rasa ragu malah riang lagi. tapi serius aku target aku kerja next month. jadi promoter kat jusco pun jadila kot. sekarang aku tengah mintak kerja kat merata-rata. hopefully dapat.

orang kata rezeki ni tak ke mana..

dulu aku pun ade masalah ni jugak. aku dok rumah hampir 6 bulan jugak tanpa kerja. dulu lain, dulu aku tak da self esteem yang tinggi maka aku takut-takut nak mintak kerja. bila boyfriend aku kata ada career fair kat library kl, aku terus pergi. tu pun sebab boyfriend aku datang kl buat lawatan. yang aku dok kl pun tatau. maka aku pergi, bila aku pergi, aku dapat join InSep ni, bila aku join, aku dapat member, aku dapat pergi Imr, aku belajar macam-macam benda yang aku tak boleh imagine pun aku belajar, aku dapat pergi johore. bila aku dapat pergi johore, aku dapat jumpa boyfriend aku, aku dapat dating dengan dia hari-hari tanpa henti, aku dapat rasakan suasana berkasih-kasihan jarak dekat - yela asek jarak jauh aku muntah hijau jugak. tiba-tiba dah habis training, dapat pulak praktikal kat johore, bile dapat praktikal kat situ, dapat lagi aku belajar benda macam-macam. lepas tu boleh pulak dorang offer aku sambung master kat situ. tambah lagi 2 tahun aku duduk johore.

tak boleh imagine langsung; sebab boyfriend aku punye info, aku ended up kat johore sampai hampir 3 tahun..aku rasa semua tu berbaloi..

minggu ni ada walk in interview aku nak pergi. aku better try je sebab small step macam ni mane tau dapat ubah hidup aku macam kat johor tu..

mane tau kan?

2 comments: