Saturday, January 30, 2010

aku freak out dengan jiran depan rumah

aku malas nak cerita what has happened to my neighbour ini (hah rojak terus). tapi berita itu adalah sedikit sebanyak menakutkan aku. ok tak, memang sangat menakutkan aku. then mereka pindah, kejiranan mula aman..tapi tak lah aman sangat, encik boifren tetap kena teman aku naik ke atas rumah sebab aku bukan takut naik lif sorang-sorang tapi sebab macam-macam orang yang naik lif tu termasuk orang itam (aku memang sangaaaaaat takot!).

dan dua hari lepas aku memang ada orang baru masuk (bukan warganegara). aku cuak! aku sangat cuak! sebab perkara yang berlaku sebelum ni pun melibatkan mereka! arrgh! dan semalam aku dengar ada orang datang kat rumah depan ni, lepas tu macam nak bukak pintu tapi tak boleh. dah lamaaaa tu baru dia pergi..

jadi pagi ini seperti biasa sedang mengulit mimpi tiba tiba aku dengar seperti orang sedang memotong grill. woh! kau tak rasa takut ke kalau berlaku keada kau hah? ada orang nak merompak rumah aku weh! hah? aku nak buat macam mana ni? aku terkejut, bangun lepas tu baring balik mungkin kejiranan depan rumah. tapi tak sedap hati, bangun balik dan jenguk ikut lubang tingkap.

OOOOAAAAAARRRGHHH!

ok, dah cukup dramatik. memang jiran depan rumah tengah bukak grill dan macam pasang grill baru. aku cuak, adakah dia akan potong grill rumah aku jua? aku teruskan berjalan-jalan sekitar rumah. aku buat-buat berani. aku intai lagi luar rumah. gila memang cuak siut memandangkan aku duduk sorang masa tu..

tapi aku memang over react. kejiranan depan hanya pasang grill baru dan pintu baru...

tapi aku berhak untuk takut..kaaaaan?

No comments:

Post a Comment