Sunday, January 31, 2010

aku penat dan ingin papa roti

gambar memang ada kena-mengena



aku tak paham dengan diri aku ni, bebal sangat ke? ok, aku tak bebal cuma aku tak reti baca signage. ok, tak bukan aku tak reti baca signage, signage tu yang buduh kasi arah tah hapa-hapa. aku bukan expert jalan kl/selangor. aku sesat lagi tadi setelah sesat lagi semalam. aku memang kaki sesat aku pusing-pusing kl adelah dekat 180 kali untuk minggu ini sahaja. aku tahu LDP, faderal highway pergi shah alam sampai midvaley (sahaja) dan jalan kuching. dan jalan nak balik rumah aku dari ldp, jalan dari rumah aku pergi rtm, jalan dari rumah aku pergi tol sungai besi sampai johor. aku tau dan sangat expert jalan ke jusco taman u dari u.tm. malah aku boleh mencilok ke jalan yang bertentangan deangan selambanya. tapi aku balik dari larkin ke u.tm pun sesat. tu boleh dimaafkan. tapi aku macam tak boleh maafkan diri aku dan signage kl/selangor sebab aku rasa tertipu, sebab aku dah sesat 3 KALI dari sunway nak balik rumah aku tadi.

aku dah buat pusingan U. aku dah jalan dengan slow untuk lihat signage. aku dah ikut arah kanan yang dia tulis KEPONG/DAMANSARA, kiri pergi SHAH ALAM/KLANG/FADERAL HIGHWAY. aku pun pusing kanan. aku rasa aku salah ikut kereta. aku rasa nak maki batu kerikil atas jalan raya tu. aku rasa nak nangis pun ade sebab aku penat bawak bumper car dalam sunway pyramid tadi. last-last aku tembus ke arah PUCHONG. what the...?

dalam kamus hidup aku, aku tak ada istilah patah balik. kalau aku tensi aku sesat aku terus bawak kereta laju macam pelesit, tak caya tanya ina. lalu bila dah aku tensi tadi, aku terus amek jalan ke JALAN KELANG LAMA. tak ke haru? boleh pulak aku masuk situ jalan-jalan sampai OUG konon nak pergi AMPANG. aku rasa macam orang gile. aku yang tak tetap pendirian pun ikut signage tulis FADeRAL HIGHWAY. padahal aku lalu matriks uia kl ni, dekat aje dengan ttdi (tak salah aku) dekat aje dengan umah aku. seriously, aku jumpa gak highway yang aku nak tapi aku ended up jalan yang aku sesat semalam (aku dari jalan kelang lama semalam). aku redha jelah, aku tobat tak nak amek jalan menghala ke istana negara dari jalan keluar midvaley tu sebab nanti jalan itu akan membawa aku ke johore dah pulak aku tak bawak baju spare untuk aku lepak johore tu... aku ikut je jalan tulis dataran merdeka. yang tu aku tau..

seriously, aku perlu tengok google map balik. basic things macam nak dari midvaley ke rumah aku dan sunway ke rumah aku. klcc ke rumah aku, aku dah expert. sekarang aku tengah cari jalan nak pergi shopping complex baru nama tropicana, tah kat mana tah. oh ye, aku expert juga nak pergi SACC mall, PKNS shah alam dan sebagainye. as long as lalu LDP. haha, aku memang tokey LDP nasib baik dia amek singgit enam je (je kau kate?).

dah aku penat sangat. dah lama tak exercise, krem bontot aku weh!

getting ready..

for today's meeting.

:)

Saturday, January 30, 2010

prektis jadi perempuan...

well, aku dulu masa sekolah bukan perempuan sangat pun. aku masak tak reti, aku tau nyanyi je..aku tak pandai jalan ayu, aku tau jalan kawad je. aku pakai tudung kaler krim je tak sama dengan baju pun tak pe (tu sampai sekarang). aku cakap kasar, aku bukan lemah gemalai, aku cold-hearted, aku dulu boleh angkat jari tengah tanpa rasa was-was.

tapi itu dulu weh! dulu, sumpah aku tak pernah angkat jari tengah dah sekarang. aku angkat ibu jari je, tu pun sebab nak menunjuk arah kat orang. tu pun ibu jari tangan bukan ibu jari kaki..aku pun tak tau, orang selalu tanya aku jalan atau arah keretapi komuter berhenti atau pun arah rumah pak cik rahim kat sungai petani. aku macam kaunter pertanyaan tapi tu semua cerita lain..

semalam aku kan ketakutan. walaupun dalam ketakutan itu, aku berdaya maju jugak untuk buat kek (salah satu cara untuk menunjukkan diri ini perempuan sejati). aku bukan sekali buat kek ni, sebelum ni pun pernah. aku memang poyo aku sebenarnya buat kek pakai tepung kek segera je tu pun nak kecoh. tapi aku tetap mahu kecoh. aku baru tau kalau kek tu boleh bakar maka ia boleh kukus jugee..sebab aku punye oven bawah dapur tersorok kena tindih dengan raga plastik suratkhabar WXYZ, jadi aku malas nak guna oven jadi aku kukus je..menjadi okeh! menjadi..sekarang selamat dalam peti ais dan encik boyfriend pun kata sedap. nanti aku nak buat cup cake lepas tu aku jual kat kawan-kawan aku nanti aku bagi harga kawan kawan je. aku kasi up 20%. haha berangan nak bisnes dalam internet sebab aku tak ada kerja sekarang.

dan hari ni, aku pergi sampai shah alam. saje jalan-jalan teman encik boyfriend jumpa adik dia kat situ hantar motor. besok dia nak ke UK, aku sedey...satu minggu tak jumpa n tak boleh calling malling.. tak pe argh! aku cari entertainment lain, aku main layang-layang ke, bagi ikan makan ke, main congkak ke, tulis blog ke..gambar kat bawah ni aku lukis time busan tunggu encik boyfriend order A&W lama sangat. aku lukis atas tisu. walaupun hodoh aku tetap mahu tunjuk..haha

dah argh.tetiba aku down pulak..aku nak layan cerita merlin..

aku freak out dengan jiran depan rumah

aku malas nak cerita what has happened to my neighbour ini (hah rojak terus). tapi berita itu adalah sedikit sebanyak menakutkan aku. ok tak, memang sangat menakutkan aku. then mereka pindah, kejiranan mula aman..tapi tak lah aman sangat, encik boifren tetap kena teman aku naik ke atas rumah sebab aku bukan takut naik lif sorang-sorang tapi sebab macam-macam orang yang naik lif tu termasuk orang itam (aku memang sangaaaaaat takot!).

dan dua hari lepas aku memang ada orang baru masuk (bukan warganegara). aku cuak! aku sangat cuak! sebab perkara yang berlaku sebelum ni pun melibatkan mereka! arrgh! dan semalam aku dengar ada orang datang kat rumah depan ni, lepas tu macam nak bukak pintu tapi tak boleh. dah lamaaaa tu baru dia pergi..

jadi pagi ini seperti biasa sedang mengulit mimpi tiba tiba aku dengar seperti orang sedang memotong grill. woh! kau tak rasa takut ke kalau berlaku keada kau hah? ada orang nak merompak rumah aku weh! hah? aku nak buat macam mana ni? aku terkejut, bangun lepas tu baring balik mungkin kejiranan depan rumah. tapi tak sedap hati, bangun balik dan jenguk ikut lubang tingkap.

OOOOAAAAAARRRGHHH!

ok, dah cukup dramatik. memang jiran depan rumah tengah bukak grill dan macam pasang grill baru. aku cuak, adakah dia akan potong grill rumah aku jua? aku teruskan berjalan-jalan sekitar rumah. aku buat-buat berani. aku intai lagi luar rumah. gila memang cuak siut memandangkan aku duduk sorang masa tu..

tapi aku memang over react. kejiranan depan hanya pasang grill baru dan pintu baru...

tapi aku berhak untuk takut..kaaaaan?

Thursday, January 28, 2010

pangkor zaman dulu

aku memang sengaje letak post rawak tak ada motif dan sebagainya. bagi aku gamba ini adalah speechless..kalau budak kecik 2 ketul itu tidak ada (atau lompat same) pasti boleh masuk pertandingan twisties ke, pertandingan melompat paling tinggi ke, pertandingan gambar terhappy ke..

takkan ada gambar begini lagi *sigh*

this is an emo post

kadang-kadang kau rasa manusia di sekitar kau sangat kejam. mereka tak kan memandang tinggi pasa kau selagi kau tak berlagak tinggi dan akan memijak kau macam semut kalau muka kau macam sampah. tapi kalau perangai macam sampah muka tak macam sampah itu boleh dikecualikan. kejam kan manusia?

kau harap pada something atau kau harap pada seseorang, kemudian something itu reject kau atau seseorang itu reject kau adakah kau rasa sakit hati? ya sakit hati. kau tak tau apa salah kau kau macam main teka teki. aku bersalah sebab mak aku salah sebab salah itu adalah disebabkan keturunan kah, atau aku salah sebab aku tak tau apa yang aku salah (hah, amek kau pening kepala kau nak fikir). jadi aku rasa perkataan 'HARAP' tu yang jadi kata kunci.

aku benci perkataan 'HARAP' especially bila "sistem terganggu, harap maklum" atau "lantai licin harap pakai selipar asadi".

dan sebab 'HARAPAN' tu juga manusia boleh berubah. kalau tak wujud perkataan harap, aku rasa dunia akan lebih ceria. aku kata diri aku positif, tapi aku tak pernah harap. sebab harap dengan positif tu lain.

aku harap aku dapat jumpa kau hari ini. aku harap aku dapat call kau hari ni. aku harap dapat tengok lubang hidung kau pun jadilah. tapi sebab aku tak dapat jumpa kau, aku tak dapat call kau dan tengok lubang hidung kau pun aku tak dapat, aku kecewa. bila aku kecewa, satu hari aku rosak! sebab aku berharap...lepas tu aku mula maki orang lain.

tapi bila aku fikir positif yang aku aku akan jumpa kau hari ni, tapi takpelah kalau tak jumpa pun tak apa sebab aku tak harap sangat pun (key point dia 'harap' ye). jadi bila kau tak muncul depan aku, aku tak sedih pun sebab aku tau benda tu ada 50% tak jadi. tapi bila kau muncul depan aku, gembirala sebab aku tau benda tu ada 50% jadi.

tapi aku takla gembira sangat seperti aku harap aku dapat jumpa kau dan kau muncul. dan aku taklah sedih sangat macam aku harap dapat jumpa kau tapi kau tak muncul. jadi perasaan aku dah bahagi kepada 50% macam aku bagitau kat atas tu.

sebab aku dah belajar untuk tidak berharap, maka lama-kelamaan aku hanya berperasaan 50% sahaja. bila aku nak ekspresskan perasaan aku, aku hanya dapat beri 50% sahaja sebab itu je yang dapat aku bagi. sebab perkataan harap, kurang dalam kamus hidup aku.

mula-mula memang rasa best. sebab kau takkan rasa sedih langsung bila sesuatu terjadi tak mencapai harapan kau. tapi lama-lama tak best jugak sebab bila harapan kau menjadi realiti kau senyum sikit je.

aku lagi suka benda terjadi di luar jangkaan. itu lagi best. sebab ia di luar harapan. kau neutral bila aku tak muncul depan mata kau sebab aku memang tak janji pun nak jumpa kau. tiba-tiba aku muncul kat situ bawak nasi lemak kegemaran kau lepas tu kita makan sama-sama kat tasik titiwangsa. kau tak harap aku muncul, tapi aku muncul jugak. nampak tak - tak harap..kan best perasaan tu?

aku yakin sebab tu aku tak ada perasaan. kau buatlah macam mana pun, paling kuat aku sedih, aku nangis sikit je. paling kuat aku suka aku ketawa je. kadang-kadang tak ada ekspresi pun.

dah ini memang tak ada kena mengena dengan kerja atau boyfriend. HARAP maklum..

Wednesday, January 27, 2010

trust me!

i'll change this lay out AGAIN - tops: two days.

Tuesday, January 26, 2010

pengalaman pergi 'walk in interview'

3 hari lepas, pergi interview konon berangan nak join petro.nas sebab yelah petro.nas kan macam mantop gittew aku dah mula berangan-angan kalaula aku dapat kerja kat situ, kat bangi pulak tu, besoknye jugak aku ajak boifwen aku kawen. dah kita sudah boleh duduk bersama wahai kekasihku!

jadi selepas berangan-angan tu, berialah aku pergi dengan gigih dan penuh berkarisma sambil bawak segala dokumen yang diperlukan. gigih-gigih aku pun aku datang pukul 11. heh. sebab nama adalah walk in interview, dalam kepala otak aku yang sedikit geliga ini ingat datang terus ambil borang ke hapa, terus masuk terus cakap hai my name is azurah, was born in kedah graduated form blah blah bah...haha, jangan harap. depan pintu masuk je dah kena tanya awak dah habes master ke belum.

sebab bibir sudah tanam tebu maka dengan mulut manis yang ada (sebab kater konfom viva sebelum bulan 3 padahal...) baru boleh dapat masuk. ada juak peserta lain yang sedih sebab ada degree and xperience tak cukup 5 tahun. macam ujibakat one in a milion pun ade. tiba tiba rasa uish best jugak ada (bakal) master sebab macam okay u master boleh masuk and pergi meja belah kiri untuk dapat sticker oren.

nak dapat sticker oren pun satu hal..

beratur sikit punye panjang. aku ingat sambutan adalah suam-suam kuku sahaja. tapi hangat woih! hangat. memang macam ujibakat akedemi fantasia cuma tak ada nombor kat baju je. dekat kaunter sticker oren pun kena screen jugak. aku bagi borang aku, alhamdulillah lepas jugak. ada jugak yang terkandas kat situ. tiba tiba dalam hati uish, bagus juga aku canang-canang kos aku yang tak relevan ni. bunyi macam hebat padahal..

tapi tulah sempat sampai stage 4 saja. tak dapat masuk bilik interview pun. dia kate kos aku (yang aku canang hebat tu) masih belum diperlukan untuk pengambilan kali ini. nanti dia akan forwardkan resume aku kat devision lain untuk direview dan tunggu sajalah panggilan temuduga sampai saudari berjanggut (tu aku reka). aku tau dia hanya nak sedapkan hati aku je..kata tak relevan, cakap jela tak relevan dari awal. tak payahlah aku tunggu sampai pukul 5.30. penat tau..

tapi aku tak hangin pun. aku suke je.. aku dapat kenal dengan ramai orang, aku dapat berjumpa dengan orang yang tidak berpuas hari dengan kerja lama dan ingin menukar angin, orang yang kerja kontrak yang ingin kerja tetap, orang yang kerja gaji ciput yang ingin gaji besar, orang yang student (macam aku). jadi isu yang dibualkan pun banyak contohnya macam mana nak push external examiner untuk check thesis dengan lebih cepat supaya sebulan kemudian boleh terus viva. ataupun wow hebatnye thesis kau berapa banyak dah publish paper, uni korang best ke tak, taknak sambung phd ke, best ke belajar kat jepun, hah aku memang banyak mulut hari tu semua orang aku sebok tanya.

tapi, memang oklah menimba pengalaman macam ni rupa. bila aku kata aku datang nak cari pengalaman interview or walk interview, orang lain kat sekitar pun kata, tak pe cuba je, bukan rugi ape ape pun, lepas ni tryla pulak cari kat sini, sini..gila supportive stranger-stranger ni.

dah tu je..

Sunday, January 24, 2010

layout baru

perasaan tak your's truly ini selalu tukar-tukar layout? actualy yours truly ini berada dalam fasa tak tetap pendirian maka tolong maafkan.

aku asyik busan dengan heading yang direka sendiri dan tengok kemudahan layout yang disediakan pun hati tak berkenan (bila tengok layout blog orang lain cantek pulak). tunggula, nanti aku tukar lagi sampai aku puas hati.

yours truly.

Friday, January 22, 2010

iced milo perks me up



hari hari minum milo ais bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi aku. sebab bukan susah pun nak buat milo stail mamak yang boleh cecah harga sampai rm1.70 secawan. lagi gila kalau milo sekotak kecik jual dekat food court shopping complex lagi lah sampai rm3 dia cas engkau sebab nama dia food court, sebab nama dia shopping complex.

aku buat milo tadi sebelum tu aku panaskan air dulu. sementara aku nak tunggu air panas, aku pi cuci jamban sebab tengok jamban rumah dah tak menarik pandangan mata. nak buat macam mana, sudah aku suri rumah pun bukan, pekerja am pun bukan, aku pun ambil keputusan cuci jamban plus aku nak try juga berus jamban baru yang aku beli kat jusco tadi. boleh tahan juga kualitinya. sebagai anak yang bertanggungjawab, aku kenalah bantu-membantu family aku, walaupun bukan dari segi kewangan dari segi kerahan tenaga pun jadilah.

cakap mengenai bantu membantu (haha, aku teringat iklan petronas pulak) tadi pergi dating dengan mak aku. konon girls night out - walaupun bukan malam dan mak aku bukan girls dah (ok, both of us bukan girls dah) kitorang pun pi lah makan bersama. aku sound mak aku sebab dia excited main fesbuk lagi melampau dari aku. aku takpela aku remaja. fesbuk hanya untuk remaja. aku takpela aku remaja (eh, terulang dua kali pulak). tiba-tiba aku terasa seperti aku yang emak dalam sektor kekeluargaan ini. lepas tu bila aku dah sound begitu, terus mak aku sound aku balik biasalah pasal apa lagi - pasal kerja.

aku baca blog orang lain, aku dengar keluh kesah bersama kak esah, aku tengok aku lihat aku pandang, semua kata kerja mereka teruk. aku paranoid weh, paranoid! aku bukan tak mahu kerja, tapi dalam situasi sekarang ni, aku rasa Tuhan dah takdirkan aku untuk tidak berdana. well, azza je best sebab dia suka kerja dia..

anyway, aku pun sebenarnya tak tahu arah tuju hidup aku. aku pergi je mana orang pergi, aku tak pernah melawan arus. oh tak, aku pergi je ke mana orang nak pergi, tak pun aku duduk diam statik kat situ. walau aku ada bangga sikit sebab aku tidak ditimpa bebanan kerja dan ada juga yang kata 'ui besnya jadi azura sebab boleh foya-foya' atau 'kau nak ikot dia si penganggur moden tu buat apa' tapi aku tak kesah semua tu. aku dah usaha, aku rasa Tuhan juga tengah uji aku.

aku rasa keputusan terbaik adalah jadi diri aku sendiri dan jangan PEDULIKAN apa kata mereka. mereka tu bukan kita..

sabah gateaway - part 3

it's time to make other people jealous..
this was our fourth day in Sabah. Suddenly, it was not rain and we can see the sun. we decided to go to Gaya street and after we had our breakfast, we walked and asked people around 'where is actually the Gaya Street'. it was quite easy to find, just look for DBKK building. it's near to each other.

looks like petaling street rite?

they sell EVERYTHING! from crystals, to cats, to traditional musical instruments, to sea shells, to kopi tenom (a must have item), skin art, GAJAH!, and rabbits.

and after that, because of the great weather (the only day that did't rain) and not really sunny either, we went to jesselton, a jetty to taman laut tunku abdul rahman. the price? rm200 perboat, rm15 for a snokerling set per person, rm6 for tax per person. we went to 3 islands, manukan, memutik and sapi.

read: selamat datang ke jesselton

the boss's name is apek. so all of the life jackets have his name on them.

look how happy i am.

the troop.

we actually didn't plan to snorkel that day, so my dad wore jeans, while me and my mom wore cargo pants. main belasah pergi snorkeling sebab tak bawak baju lain. we just head back to jetty and walked to our hotel with the same clothes (kan i dah cakap, motel itu dekat dengan semua! i loike...)

so that's it. no sabah gateaway part 4. the next day, we just went to pasar kk to buy some kueh cincin. but i really love to come here again. siap cakap dengan semua, balik ni terus pergi book tiket untuk next year punye trip (sebab we booked these flight tickets last year) next time kita buat trip lepak kat kundasang and naik gunung..hopefully tak hujan...heh..

end..

Thursday, January 21, 2010

aku mahu kerja aaaa...

sebab aku dah sangat bosan duduk rumah. kerja pun sudah separa habis. separa je..sebenarnya kerja seciput macam tu, sehari pun mungkin boleh siap paling kuat pun sehari setengah. tapi sebab banyak sangat pengaruh luar yang menular macam syaitan hasut-hasut aku suruh main internet sampai pagi tanpa bukak folder my computer apatah lagi bukak folder my thesis, haish memang jangan harap boleh habislaa..

lepas balik dari sabah, aku excited nak update pasal aktiviti gi sabah, nak letak watermark lagi (poyo) nak pikir nak letak gambar kat mane lagi, nak tulis ape, nak rangka karangan bahasa inggeris aku yang broken lagi..

lepas tu aku boleh pulak aku masuk pertandingan nuffnang lagi konon boleh menang tiket tengok citer valentine's day sebab ada taylor lautner nagn taylor swift (hehe) dengan karangan broken begitu tipula kalau aku kata aku tak harap nak menang. at least perlu juga aku tahu aku ni bertuah ke tak sebab asyik menang cabutan bertuah tanpa henti tapi masuk pertandingan bertuah tak aku ni?

lepas tu dua hari ni berpuasa aku tak keluar dengan encik boyfriend tu pun atas permintaan aku sebab kalau keluar, sama ada duit dia terkikis atau duit aku terkikis. kalau kikis mengikis berlaku secara pukal mahu tak bankrap aku dah la aku tak berduit.

dah pulak aku ni asyik bosan duduk rumah dah rasa nak muntah pun ada. satu hari tak pijak tanah kepala aku dah pening. tapi serius, duduk johore lagi best woh boleh hang out ngan member. kan bagus kalau encik azmi duduk johore juge. boleh kita dating hari-hari sebab kalau ayang duduk johore, i tanpa ragu-ragu merembat tawaran prof untuk sambung phd kat sane. konfom-konfom dana aku bersambung semula. dahla aku sudah hutang keliling pinggang ni. mungkin nak tunggu dapat kerja dan dapat gaji BESAR PUNYE baru aku nak bayar balik.

mak pulak dah bising kate bile aku nak cari kerja. mesti dia dah busan tengok aku menghabiskan beras kat rumah tanpa rasa ragu malah riang lagi. tapi serius aku target aku kerja next month. jadi promoter kat jusco pun jadila kot. sekarang aku tengah mintak kerja kat merata-rata. hopefully dapat.

orang kata rezeki ni tak ke mana..

dulu aku pun ade masalah ni jugak. aku dok rumah hampir 6 bulan jugak tanpa kerja. dulu lain, dulu aku tak da self esteem yang tinggi maka aku takut-takut nak mintak kerja. bila boyfriend aku kata ada career fair kat library kl, aku terus pergi. tu pun sebab boyfriend aku datang kl buat lawatan. yang aku dok kl pun tatau. maka aku pergi, bila aku pergi, aku dapat join InSep ni, bila aku join, aku dapat member, aku dapat pergi Imr, aku belajar macam-macam benda yang aku tak boleh imagine pun aku belajar, aku dapat pergi johore. bila aku dapat pergi johore, aku dapat jumpa boyfriend aku, aku dapat dating dengan dia hari-hari tanpa henti, aku dapat rasakan suasana berkasih-kasihan jarak dekat - yela asek jarak jauh aku muntah hijau jugak. tiba-tiba dah habis training, dapat pulak praktikal kat johore, bile dapat praktikal kat situ, dapat lagi aku belajar benda macam-macam. lepas tu boleh pulak dorang offer aku sambung master kat situ. tambah lagi 2 tahun aku duduk johore.

tak boleh imagine langsung; sebab boyfriend aku punye info, aku ended up kat johore sampai hampir 3 tahun..aku rasa semua tu berbaloi..

minggu ni ada walk in interview aku nak pergi. aku better try je sebab small step macam ni mane tau dapat ubah hidup aku macam kat johor tu..

mane tau kan?

sabah gateaway - part 2

ok, mari sambung!

previously i told u about 2 days of sabah gateaway. on day 3, which was raining and cold (it was raining all day long from the day we arrived) we booked a van and decided to got to Sandakan, or the Kinabalu Park. The journey took around 2 hours and it was raining all the way and actually we hope that it would not rain when we arrived there. we were in pekan nabalu, where the scenery is very nice and cold. we can't see the lower side of the mountain because of the fog..:(



read: selamat datang ke pekan nabalu..

me in the cold and mom with a sabahan girl.

they actually sell variety of rice. beras bukit la beras perang beras pulut hitam bla..bla..bla..

a lot of flowers blooming here. its like the flowers are easily grown and they look very beautiful and you can see beautiful colours of flowers along the way up.

we went to the poring hotspring and unfortunately, the rain was even heavier there. but it never broke our intention to go and see what's inside, we bought a poncho each and off we walked. there, we can see the hotspring (and it is 'suam-suam kuku' maybe because of the rain and cold). and we went to poring canopy walkway.


this is daniel the only one who dipped his leg inside and enjoying the hotspring and me on he canopy walkway! see that poncho - orang tu kata takkan basah punye and he's true!



this is me at the kinabalu park first checkpoint. we couldn't climb up because of the rain. it was sooooo cold i think it reached 5 degres kot! and because of the rain, we couldn't take much pictures here. sad :(

tengok tupai ni jinak gila and gumuk sangat!



on the way back, we dropped at the stalls and bought this famous kueh cincin. my mom's friend's friend said (she's sabahan), buy kueh cincin from papar - delicious!

we also went to pekan tamparuli and the famous jambatan tamparuli!. and the song jambatan tamparuli ligered through my head. the first pic is the actual jambatan (obviously sudah tenggelam dengan sungai because of the heavy rain) and the second pic is the bridge for pejalan kaki sjaak..

to be continued - sabah gateaway part 3

Wednesday, January 20, 2010

my valentine's day

i am not celebrating valentine's day for sure, but it is not wrong to feel the heat of love on that day! and watch this;




as requested by nuffnang for me to watch this for FREE i need to pick a star to spend my valentine's day with and if i had a chance, i would definitely pick TAYLOR SWIFT! she's definitely a down-to-earth person and yet beautiful and gorgeous.



we will spend our time together, go shopping for a day and we will hang out together, watching movies and have pop corns. have a great dinner at a restaurant which has a valentine's day decoration (like sex and the city movie - will find one) and a girls day out will definitely be great with a half day spa for both of us! and yes, a home karaoke would be very nice and of course that night we will be spending time talking to each other and i will definitely ask her to sing a couple of songs. and i want her to teach me how to play a guitar! before the day ends, we will exchanging a valentine's gift



i know it's a very lame valentine's day, but if we could spend a quality time together, it would be the very best valentine's day with dear friends ever!

sabah gateaway - part 1

yeeehaaa!

i just got back from Sabah, er..two days ago, heh (baru nak update sekarang). and this post is quite much pictures in it, so enjoy...

we arrived here on thursday afternoon and this is the motel that we stayed for few days. guess what? rm90 for this big, its very affordable! it's in Api-Api business centre, very near to Centrepoint Sabah, near to the Philipine Market, near to the ikan bakar port, near to everything! but u know, it's not as 'cantik' as a 5 starz hotel, its just an apartment area with few houses transformed into rooms. but still it is a nice place to stay. that evening we walked around town and went shopping. at centrepoint. hehe..


friday, we went jalan-jalan around kk by KIA (eh promote pulak) my mom's friend's friend drove us to see Nexus, Karambunai (i think its the best place here because everyone is talking about nexus). it is very beautiful, just in front of the sea, the landscape is wonderfull.


and off we went to one borneo. i think that sabah is quite a shopping heaven. everything here is cheap compared to kl! that's why me and my mom kept on buying clothes (even kat kl pun ade jee).

that evening, we went to pusat kraftangan kota kinabalu or famously known as pasar philipine. this is the place where women can get to buy PEARLS AND CRYSTALS at bargain price. it's like a heaven to women i can go crazy just by watching them. a xet of pearl brooch is rm10, fresh water pearls (like in the pics below) is rm80. the price never go over rm100 (unless if it sea pearls) so go bargain!



outside the premise, there are tailors with a sewing machine each and they are all guys, altering jeans.

after that, just behind the philipine market, there is a huge area of ikan bakar spot. people there will call you to eat at their place u just need to choose because for us, we didn't know which place is better or cheaper, so we just pick randomly.


the white big fish is call 'Ikan ayam'. and the rest is ikan kerapu, sotong bakar, udang bakar and lots more. they even serve u sea algea, i don't even know the names. the air asam was serve freshly in front of you and it is fresh, and delicious, and the air asam is marvellous. oh, and its quite cheap to.
to be continued.. :)