Friday, December 31, 2010

bye!

bye bye 2010. welcome 2011..

hope that this coming year will give me prosperous and an endless joyous.

ameen...

Thursday, December 30, 2010

2 months old


nanti orang tanya, berapa lama kahwin?

baru dua bulan..

hehe..


Tuesday, December 28, 2010

red hot!


the red hot chili papers - not.. kasut wedding nora merah menyala! i loike! hehe...

---

bila lagi nak pakai kasut merah mak ngah macam ni selain dari yang berani? aku tak berani. untuk sesiapa yang nak kahwin, bertemakan warna merah, seswaaaaai lah sangat! bila lagi? time wedding sendri lah..

i like the theme. hot red and black.. black tak mendominasi. merah cili nampak menyerlah sangat.. but i can't imagine myself wearing bright red..aku silau sendiri nanti..


oh sibuk nye yours truly, pengantin lelaki dah tukar baju sebab kami lambat sampai. majlis start 12.30 lagi, aku samapi 3.30.. dah tak de orang. felda sungai koyan sangat jauh tahu! jadi aku boleh dimaafkan kan?

to my dear friend NORA, congrates! nanti mai la kl lagi. u kan teman shopping i sampai duit kopak..:P


Monday, December 27, 2010

gamelan untuk majlis perkahwinan anda..

DSCN0838-Copy.jpg wedding

bunyinya gemersik, sedap didengar, sayup-sayup buat tetamu rasa tenang dan happy... :)


Sunday, December 26, 2010

kerja oh kerja!

aku sudah malas mahu kerja. sudah tak ada motivasi, sudah tak ada semangat. aku sudah malas nak bersiap-siap pergi kerja dengan bangganya.

dengan bangganya aku ada kerja...

kononnya..

kan bagus kalau aku ada perniagaan internet jadi boleh berniaga dari rumah. jadi boleh online je 24 jam, jadi boleh lepak sambil duduk depan komputer lepas tu pasang tv jugak sambil tengok csi atau bones..

kan bagus juga kalau aku macam dexter ada lab sendiri jadi boleh suka-suka hati pergi lab sendiri dan ada semua equipment sendiri lepas tu suka-suka boleh publish paper sendiri...

main point nya kerja dari rumah lah!

dan main point nya supaya aku boleh suka obses gemar gembira dengan kerja aku...

dan dapat duit..

jadi bagaimanakah?

ada idea lain ke?

Saturday, December 25, 2010

short posto~


this is arina. my pengapit (or ex pengapit) and beside her is me. the fat me! oh suka whining about kegemukan diri tapi tak henti makan sejak hmm...sejak azali maybe??

masa ini di wedding ruzaini, instead of mari tangkap gambar dengan pengantin ramai-ramai, apa kata tangkap gambar kita berbackground kan pengantin, boleh?

Friday, December 24, 2010

PMR straight A's!

semalam result PMR keluar, jadi adik aku adalah salah satu candidate nyer.. maka berdetup detap lah jantung budak kecik ni sebab takut result tak straight. dia target nak straight jerh..

jadi semalam result keluar, alhamdulillah straight A's. congrates to her...

11 tahun dulu, aku ambil PMR juge.. tapi tak harap sangatlah keputusan yang cemerlang. dulu aku sekolah arab, maka 9'A lah kiranya kalau dapat straight A's pun...arab aku tak pandai, kemahiran hidup last-last minit baru nak baca, bahasa melayu mungkin lah ada harapan sikit, yang lain aku tak ingat sangat tapi aku suka matematik puan azizah ajar masa form 3. oh ye, geografi juga selalu tidur dalam kelas sebab bagi aku tak best. eh sejarah pun. hmm, macam semualah! kirenya muka aku ni memang muka tak ada harapan lah!

tapi Alhamdulillah dapat juga straight A's. lepas tu pindah sekolah kat kelantan, lepas tu nangis banyak kali sebab sekolah tu tak best.. T_T

tu bukan main point nya..

main point kat sini, even PMR tak dapat straight pun tak semestinya tak boleh jadi doktor or engineer..

adik aku yang lelaki tu tak dapat straight A's jugak masa PMR, boleh je pergi oversea...

member aku ramai je yang tak dapat straight A's dalam PMR boleh je pi oversea. dah jadi doktor pun..

yang aku dapat straight A's masa PMR dulu hah, sekarang tengok jadi ape?? - gaji pun tak sampai rm3k even dah nak masuk 27 tahun.

jadi kalau tak dapat straight A's pun takpe. A sekarang macam dah tak da makna sangat pun...

even masa SPM kalau tak dapat straight A's pun boleh jadi doktor. tapi itu zaman aku lah. zaman sekarang tak tahulah..tapi zaman sekarang mereka-mereka gilakan A tu macam melampau sangat pulak aku tengok. macam bilangan A tu adalah penentu segalanya. aku memang tak faham. tapi cikgu-cikgu mungkin faham kot...

itu sebab aku tidaklah teruja sangat bila ramai dah dapat keputusan cemerlang. cemerlang sekarang tak semestinya cemerlang untuk selamanya. tak cemerlang sekarang tak semestinya tak cemerlang pada masa depan. yang penting, pandai menguruskan diri sendiri. kalau tak pandai pelajaran, boleh ambil bidang teknikal. jadi technician gaji lagi tinggi apa, dengan OT nye... jadi macam cousin aku amek job buat wiring pun duit masuk dengan hebatnya..

yang penting belajar mesti ikhlas lah kan... jangan kejar A je..

bunyi sangat pasrah kan? haha.. belajar dari kesilapan sendiri. aku bersyukur je dengan diri aku sekarang ni.. :)

anyway, congratulation again to all PMR student and to my sister. lepas ni pandai-pandailah memilih hala tuju masing-masing...

adios amigos...

Thursday, December 23, 2010

I love Christmas decos!!

one utama new wing

mid valley

this coming Christmas, its worth searching for a parking spot for AN HOUR so that we can see those lovely Christmas decorations. because Christmas is near with new year and year end sale, all those big shopping complex like mid valley and one utama are like compete with each other with their decos!

my fave;

mid valley - tu pun sebab compare 2 tempat je...

sebab apa mid valley? - those teddies are super huge!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! and still look cute.. and i saw this one toddler meronta-ronta nak teddy bear tu...nak bawak balik rumah kot. i wonder macam mana bapak dia nak masukkan dalam kereta kalau dia boleh beli bear itu. masukkan dalam lori kot..i wonder macam mana diorang bawak masuk teddy bear besar tu kat centre court. pakai kren ke weh?!

super nice, super cute..love it.... hehe :)

Wednesday, December 22, 2010

semalam down hari ni okay balik.. :)

entah mood swing macam menopause pulak. i sedih gile semalam tanpa sebab lalu menangis atas tikar sejadah...

.
.
.
.
.
.

eh ayat last tu tipu je.. jangan percaya...

tapi pasai tempat kerja la ni..stress sebab takde kerja..eh boleh tak macam tu? aku doalah supaya aku boleh duduk di kawasan yang aman damai sampai dapat cari rumah sendiri..haha..menimbulkan persoalan tak?

anyway, aku tak mo ah pergi subang.. :)

Tuesday, December 21, 2010

perasaan: tiada..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

kosongnya..

risau pun iye jugak..... tak bersemangat dah ni..
macam mana ye?

Monday, December 20, 2010

Saturday, December 18, 2010

The Season of the Witch is Here

aku kena buat post mengenai perkara paling aku takut dengan WITCH?

okay, fine bukan kena buat, tapi sebab aku nak dapat hadiah menarik untuk honeymoon aku jadi nak buat, jadi nak tulis, jadi nak uar-uarkan pada semua apa yang aku takut sangat dengan WITCH..

huhuu..

semalam aku tengok satu cerita kat tivi. nek tam (bukan nama sebenar) seorang pengamal ilmu hitam dan suka pada jali (eh jali ke-aku lupa) seorang lelaki hensem yang dilakoni oleh zed zaidi - okay, aku bukan nak promote cerita ni tapi tolong arh baca seterusnya sebab benda-benda macam ni lah yang aku sangat takot!

nenek berbongkok tiga, rumah dihiasi kain kuning dan asap kemenyan, tersenyum-senyum nak menggoda si jali yang sudah ada makwe bernama ros. sebab nenek itu adalah pengamal ilmu hitam yang tegar, maka beliau minum minyak dagu, terus besok jadi berkeyakinan tinggi dengan pakai kebaya dan lipstik warna merah jambu...

dan pergi menggoda jali...

dan tak semena-mena jali menyerah diri pada nenek itu......

ros ditinggalkan, jali jadi bodoh memperhambakan diri pada nenek 'vogue' tersebut...aku pun tak tau apa yang di'beri' oleh jali pada nenek tu. lu pilkirlah sendiri kot....

jadi kalau macam tu berlaku pada diri sendiri macam manakah????

takut tak?

takut tak?

aku menganggap 'WITCH' paling menakutkan adalah witch kat mesia yang macam nek tam tu... ' 'WITCH' mat salleh yang ada pointy hat tu aku sergah kan aje, tak takut pun (ceh berlagak!)..

sebab witch kat mesia adalah pengamal ilmu melibatkan syaitan iblis dan jin. mandi atas bumbung supaya "peliharaan" dapat makan dan minum sisa mandi. ayam golek dan lilin puja memuja adalah agenda utama. hantu dalam botol, kumpul darah manusia (atau ayam) secara pukal untuk beri makan pada 'benda' peliharaan, huhuuuuu..

well tu witch malaysia yang aku fahamlah...

tapi witch mat saleh macam Nicholas Cage berlakon tu macam mana pulak??

poster

pergi kat website nuffnang tengok vt kat situ.

wooooohhh....terujaaa!! lagi hebat dari nek tam kot! eh tak lagi ngeri dari nek tam kot!!

dah jom pi tengok 6 jan ni..

and

nuffnang, tolooooonglah bagi i bermalam kat hard rock cafe hotel tu secara percuma...

pleaseeeeeeeeeee....... ;P

good breakfast....



good breakfast do make my day... ;)

Friday, December 17, 2010

today is his birthday...

tapi si dia tak ada sebab dia outstation pulak..

oh sedih...

sedihnye!

happy bufdae sayang.... :'( *sedih lagi..

it's a long journey part 2

wokeh sambung carita seminggu lepaih...

selain daripada berjalan-jalan melihat alam, camwhoring macam banyak juge. oh ye, bukan ke kata nak sambung cerita...?

baiklah...

pergi wedding yang makanannya memang sedap tahap sedap giller memang puas hati jugelah berjalan jauh selama berejam-rejam.. kerabu kaki ayam, masak lemak daging, gulai nangka..pergh....bajet nak diet taknak makan banyak, tapi bile dah amek sikit macam tu lauk sedap pulak, menyesal kemudian hari T_T. gambar pengantin takde. sebab pengantin tak datang lagi...

selepas tu, berpisah lah dua kereta, satu kereta menuju ke selatan, satu kereta bajet menuju ke utara. tapi aku cuba goda azmi untuk pergi lihat-lihat pantai pengkalan balak. dah malas nak bising lagi..let's enjoy the pics..:)


pantai tak biru macam kat perhentian...:P

lepas tu ambil gambar sendiri..dah takde sape nak amekkan..

then konon nak amek gambar kmm, tapi sipi-sipi je, nak turun ambil gambar i segan pulak...rinduuuuu...

i pulak jadi tukang bawak kereta sebab mak tertinggal kunci dalam kereta jadi patah balik ke johor nak pulang kunci...

mak abah tak sampai lagi rumah, letak kunci terus blah pergi taman botani johor. tasik cantiiiikk..dan tempat kami buat outdoor wedding photoshoot..:)

urs truly..
curi tangkap gambar pengantin yang tengah photoshoot kat situ..kalau nak tangkap gambar outdoor meh le datang sini..

:)

us..:) oh tak, our kakis...

lepas tu balik rumah, sambil tengok matahari terbenam kat tepi lebuhraya.

so itulah dia perjalanan yang panjang...panjang tak panjang tak?


Thursday, December 16, 2010

it's a looooooooooong journey part one... :P

that Saturday, mati-mati ingat adalah hari pergi kenduri kahwin di melaka. rupanya jatuh pada hari ahad. i didn't realize that 12/12 was on sunday.. :)

we headed to batu pahat on saturday because my p.i.l will be going together with us to the kenduri. so mengembaralah kami ke batu pahat, and that sunday, at 9.30 am, off we went to malacca.

i didn't expect it to be a long journey ahead. 10 minutes later i just realized that i forgot my precious hand phone at home. we turned around and let the in laws continued their journey and we catch up later.

after struggling myself searching for the hand phone, we went straight to malacca, through muar. we met my in laws at petronas after the famous muar bridge. they were waiting for 1/2 and hour. aku cuak sebab menantu, mereka kena tunggu di ketengahan panas mentari selama setengah jam, haish, bahasa rojak..so this is the storyline...


jumpa jambatan muar yang hubby kata glemer...(glemer ke yang? saya tak pernah dengar punn..)


then, jumpa melaka sentral yang aku pun tahkehapabende nih? well, aku pernah duduk melaka for one year tapi benda ni tak wujud pun lagi time tu..


sampai masjid tanah, berhenti di tepi jalan berhampiran BSN time zaman muda-muda dulu adalah tempat cucuk duit yang rasmi...


oooh! nampak tak kolej matrikulasi melaka...? rindunyeeeeeeee....


tiada hadiah jadi kiriman wang melalui tangan saje (salam kaut)...

bersambunglahh..

Tuesday, December 14, 2010

please watch 'chef at home'


usually early in the morning, I will woke up and prepared breakfast for my husband. but these few days, there was no breakfast to serve (or cook) -we are broke, no kidding - but i did shirt ironing for him.

but that's not the point. every morning, after saying goodbye to my husband (note: good wife ;P) i will do all the house chores like sidai baju, siram pokok, kemas ruang tamu and watching chef at home which is on air every day at 8.30 am. but sometime, i just turned on the tv and had my shower and just listening to it made my day. secretely, i like watching cooking programme. but this chef at home is different!

he cooks simple meal that looks complicated, for valentines, for cookout, for kids, for every occasion. and besides cooking, he gives tips and whys and how to. he gives simple explanation of something complicated like cooking yeast, bake cake and bread. as a so called scientist, i want to know WHY instead of HOW. that's what he did.

so instead of tossing everything inside that pot, he gives the WHY. why do we need to put that sugar with yeast (yeast again) why do white sugar and brown sugar give different taste in your food, why do we need to wait until the oil is feakingly hot before frying your chicken (okay, i dont know that). so it is very usefull to me...!

so those who do not know how to cook, those who don't like to 'remember' recipes, and love experimenting, please watch chef at home. if there's other cooking programme that you guys wanna share with me, please! i nak menimba ilmu rumahtangga..:)

regards.

Sunday, December 12, 2010

cuti 2 hari.....

yup...cuti 2 hari...

dan memenatkan...

*sigh*

Friday, December 10, 2010

review baju nikah

baju nikah

kan pernah mengomel pasal baju nikah tak siap lagi sebab beads tak jahit lagi. jadi ini adalah beadings yang i jahit nak dekat separuh mati tu. well, it turned out nice. cuma berpeluh sikit masa nak sambungkan ke baju. kena jahit. and i don't know how to. sama ada nak tampal terus dengan lining-lining dia tu sekali atau hanya pada kain chiffon tu..

seriously, kain chiffon itu sangat renyah!

and i dont know there's another type of chiffon, yang kasar sikit. itu pun aku tau bila aku mencuri dengar perbualan taukeh butik dengan customer beliau yang nak tempah baju schiffon beliau (customer). well, next time cari kain chiffon yang kasar sikit tu untuk buat beadings yeh! dekat butik pesona asmara tu, ada satu baju (untuk nikah or tunang) yang pakai kain schiffon jenis kasar sikit, dan hujung lengan dan leher dia letak pearl beads berbagai warna. memang cantik. and senang. and tak kuat berlubang macam kain chiffon aku ini...

dan seperti yang aku kata, aku recycle balik baju tunang aku. hope that nobody notice it. tapi aku dah bagitau kat sini, jadi dah tahu semua ya! aku hanya tukar hujung lengan dan tambah di kaki baju...


simple je..tidak fancy pun. but as i advised you before, better belilah chiffon beads tu ye..harga mahal sikit, but tak sakit badan membuatnye.. ;)

Wednesday, December 8, 2010

the flowers are blooming!

oh so nice.

lebihan bunga boleh buat letak kat tepi tv... ;)

siapa setuju kalau aku kata bunga segar adalah sangat best! aku setuju aku setuju!

so instead of letak bunga plastik, it is much much better to put fresh flowers as decos in your house. fresh flowers do give;

Emotional Impact

  • According to an April 2005 Rutgers University study, flowers bring about positive, happy emotions and a general sense of well-being about life.


  • Medicinal Benefits

  • Flowers have healing properties. For example, roses are used extensively in the alternative medicine area for their ability to ease digestive issues and promote healing in the liver.


  • Mental Health Benefits

  • Fresh flowers also have an impact on your mental health. According to the Harvard University Home Ecology of Flowers Study, individuals have lower levels of anxiety and depression upon viewing fresh flowers, particularly in the morning.


  • Read more: Benefits from Flowers | eHow.com http://www.ehow.com/list_5904063_benefits-flowers.html#ixzz17UJ7qc7C


    then how to say no to fresh flowers?! hehe..ok pergi kedai bunga sekarang...:)

    Tuesday, December 7, 2010

    petani moden


    sejak menjadi petani moden ni, semua pokok excited nak tanam. nasib baik officemate juga begitu. mungkin mula dari pergi cameron highland lepas tu kak su and aku pergi beli bunga kat sana dan operasi menjaga bunga pun bermula. aku gagal lah... kak su je yang berjaya...

    jadi sekarang dah kahwin, rumah pun dah ada beranda, marilah jalankan operasi. hari tu dah ada bunga hydrengea, sekarang, kak su bagi pokok cili pulak..


    pokok lain aku beli kat jusco seremban hari tu..memang cantik and sangat suka..pergi maha beli baja je..sekarang dah boleh hidup subur! ^_^ *gembira!

    Monday, December 6, 2010

    membeli barang dapur..

    sekarang harus menjalankan tanggungjawab membeli barang dapur. barang dapur di sini boleh bermakna milo, halia, bawang, ikan bilis, IKAN, AYAM, udang dan sebagainya. sayur tak ada sebab tak makan sayur. tapi azmi pun tak makan..


    nak tanya...


    kalau korang semua pergi beli barang dapur apakah yang korang consider kan????


    sesetengah orang akan consider untuk lihat harganya. lihat kualitinya. ikan tu ala-ala hancing atau tidak, ayam tersebut banyak darah tak? kotlah ayam lagi banyak darah lagi segar?


    aku sangat tidak pandai beli barang basah. azmi apatah lagi. jadi bila kami pergi pasar malam dengan harapan dapat beli barang basah dengan lebih murah, kami blur...macam mana nak beli ayam ni?


    call me jakun, aku memang fail bab-bab ni. kt rumah dulu semua tugas abah yang buat! segala ilmu pasar haram tak pernah tahu. tengok ayam dari jauh je, ikan pun sama. rasa cetek ilmu untuk pergi pasar beli barang basah..


    kalau beli ayam, tunjuk aje. nak tekan-tekan ke? nak sebelah ye kak, kasi potong kecik sikit (sebab kat rumah tak ada pisau besar nak potong ayam). itu jelah modal aku nak berkomunikasi pasal ayam dengankakak penjual ayam.


    tapi ayam macam mahal kan? seminggu habis setengah ekor kot (cuba untuk habiskan, kan tak elok simpan lama-lama). setengah ekor mahu dekat rm8.50. beli udang sepinggan macam tu rm10. ke aku dah kena tipu?

    Chickencartoon


    maafkan akak baru nak belajarilmu masak memasak ni..

    malu i..;P

    ada tips tak?


    Sunday, December 5, 2010

    pakaian orang matang..

    seronok tengok para remaja pakai apa yang disukai. aku juga suka tiru para remaja. lelaki pun suka tengok remaja berpakaian. tapi pernah dengar tak orang-orang tua amacam aku buat resolusi begini;

    "after kahwin nak pakai baju kurung sepanjang zamanlah agar nampak seperti orang yang sudah berkahwin"

    atau

    "after kahwin hendak pakai tudung pemalas."

    sometimes, kita akan letak benchmark untuk kita melakukan perubahan. terang lagi nyata adalah after kahwin, or after beranak, or after beranak 2, what ever. tapi selalunya perubahan yang kita nak buat tu suami kita tak suka pun kan...

    aku kata kadang-kadang..

    well resolusi kat atas tu sebenarnya aku pun macam nak buat jugak..heh..konon nak menggembirakan hati suami..

    tapi bila aku fikir balik, mengapa, mengapa kita kena berubah diri untuk ke tahap seterusnya bila suami tak kata apa-apa pun kan? takde pulak suami suruh pakai baju kurung sepanjang zaman sebab dah tukar title. sendiri nak tukar. end up berperangai tua.

    jadi stay the same. unless kalau suami bersuara.

    stay the same means, buatlah perangai macam sebelum kahwin dulu. or berpesonaliti macam sebelum kahwin dulu. lagipun dia suka kita sebab keadaan kita yang sebelum kahwin tu kan..

    nanti bila suami dah bersuara "tukarlah baju yang elok sikiitt..." then baru tukar okay?

    hehe..

    Katie Holmes in a White Shirt
    motif sebenar: nak baju putih macam ni!


    Saturday, December 4, 2010

    masih mengintai..

    still browsing the b2b's blogs. apakah maksudnya?

    maksudnya, i miss my wedding day..

    there's so much thing that i wish i can mend it. but seeing them preparing their wedding adalah sangat best tahu? even though i've been 'there' before and stressed like hell before, kenangan itu manis bila dikenang. well, manis - if everything was according to plan..

    dan melihat kecantikan sesebuah perkahwinan juga adalah sangat best. melihat baju kahwin yang cantik juga best. memakai baju kahwin lagi best. melihat pelamin juga best, duduk dengan baju pengantin dan berada di atas pelamin juga best. just love the moment.

    semangat membuat hantaran juga precious, semangat buat bunga telur juga sangat precious, membeli bunga sendiri juga sangat precious. seperti kata mantan pengantin from her blog 'at least do something diy' - pasti puas hati dan berbaloi bila melihatnya.

    di sudut hati yang kecik ni, aku nak buat semula bunga telur yang super nice, aku nak buat semula hantaran yang super nice juga, baju nikah yng lebih elegant, doorgift yang lebih relevant dengan zaman moden. so i need to wait. i need to wait for my brother's wedding. and if he ask. jadi hati ini berharap ;).

    well, teringin untuk merasai suasana menguruskan wedding orang lain..

    need help? :)


    Friday, December 3, 2010

    tips kurus cara mudah part two

    ok rajin.. sambung balik..

    6. minum air sejam sebelum makan! - kajian mendapati, entahlah aku pun tak ingat, yang pasti boleh mengempiskan perut. tambahan pula, lepas kita minum air lepas tu kita makan, kita akan makan dengan kuantiti yang lebih sedikit dari biasa. aku rasalah!

    7. jangan minum air lepas makan - nak minum air boleh, sejam selepas tu. dia punya reason same kot dengan yang atas, untuk mengempiskan perut. kena amalkan le kalau tak biasa, boleh try sikit-sikit.

    8. janganle makan sambil minum air - nanti perut buncit! nak kee? tak mau kan...tapi aku buat jugak..hehe..prektis bebeh prektis....

    9. jangan ada junk food merapu dalam simpanan - sebab kalau ada junk food, akan menggalakkan kita untuk mengunyap. eh gua rasa nak berkudap-kudapanlah, gua punggah nugget pastu masak lah. eh, ada kepok tam-tam 1 kilo lah kat sini. ok gua nak habiskan..jangan buat perangai macam tu!

    10. bergembiralah dengan saiz baru anda!! haa, dah berusaha, bergembiralah! boleh pegi shopping cari baju yang lebih kecil..

    haa, senang tak? of course lah senang kalau amalkan kan..

    actually, itulah yang aku buat sepanjang hidup aku kat uni dulu. tapi ini mengambil masa yang lama tahu! lebih kurang 6 bulan macam tu jadi kena sabar..once dah bajet kurus, dah muat baju saiz s, memang ambil masa yang lama lah jugak nak naik balik as long as tak langgar tips tips berikut. tapi i langgar jugak sebab eh lepas makan tak naik-naik pun then dah habis zaman uni, cara hidup berubah, pola makan berubah, pola jalan berubah jadi naiklah balik....*oh sedih*.

    oh i sekarang? from saiz S to almost L. ok lah kena berusaha dari sekarang sebab dah banyak langgar pantang..*nangis*

    Thursday, December 2, 2010

    tips untuk kurus dengan cara senang

    oh, macamlah senang sangat kan..

    well, tidak ada benda senang dalam dunia ini. tapi ONCE aku pernah rasa kurus..

    jika dilihat pada gambar-gambar lama - 2 years ago aku rasa best sebab aku rasa ringan dan tidak menggelebeh..sekarang tidak lagi! this is me, two years ago..

    yah, ME, yatie, azmilia, saadah, piah and ina.

    me now boleh tengok post sebelum ini. latest! after kahwin! my GOD!

    jadi di sini aku bagi tips kepada diri sendiri untuk mencapai tahap BMI normal *sekarang overweight -_-"* sebab aku berazam nak kurus ni!

    1. berjalan kaki sekurang-kurangnya 30 minit sehari - setiap hari! ~ ya, tips ini tidak mudah. tapi, tapi cara hidup memang penting doh! kalau asek malas memanjang terdampar macam singa laut nak ambil air kat dapur pun MALAS jangan HARAP nak kurus...

    pengalaman aku: dulu aku tak ada transport. jadi dari kolej ke fakulti, aku jalan kaki, around 15 minute jugaklah untuk PERGI sahaja. balik pun 15 minit juga. jalan adalah berbukit bukau, melibatkan anak tangga setinggi sejengkal setengah. lunch hour juga kena jalan 5 minit, balik lunch naik tangga lagi.

    2. kurangkan makan nasi - oh, nasi memang makanan ruji negara kita, tapi jika mahu kurus, nasi adalah penyumbang kepada lemak degil di perut kita. you know, from carbohydrate turns tu sugar to simple sugar, to fat. aku ingat asid lemak dan gliserol je! sungguh pathetic terlupa mata pelajaran biologi masa matriks dulu..-_-"

    pengalaman aku: dulu, satu hari satu kali je makan nasi. bila makan, penuhkan pinggan dengan lauk kemudian baru letak nasi so that nasi tu tempatnye sikit je. haaa kuranglah makan nasi! :)

    3. tak salah nak makan semua - tapi berpada-padalah! kalau teringin makan burger, makanlah! tapi janganlah makan sampai setiap minggu or setiap hari...sebulan sekali pun ok. nak air coke, minumlah! janganlah digogok sebotol dalam satu hari. secawan sebulan cukuplah. kalau teringin makan je! tapi dalam amaun yang sedikit...

    pengalaman aku: dulu aku makan semua, cuma dalam kuantiti yang sedikit. eh macam kat atas tulah!

    4. makan malam yang ringan - malam boleh makan juga. tapi yang ringan-ringan aje.

    pengalaman aku: dulu aku hari-hari pergi dating. setiap kali berdating mestilah pergi makan. setiap kali makan, aku akan order bihun tomyam atau bihun sup dan air suam. itu memanglah tak dikira ringan. tapi ringan jugaklah bagi aku! sebab dah 30 min jalan kaki setiap hari jadi bolehlah makan kan..

    5. makan malam sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur - takkan lepas makan terus macam ular sawa. jadi lebih baik kasi rehat perut tu dulu, then baru tidur.

    pengalaman aku: balik dating pukul 9 pm *baiknye* jadi lepas tu memang tak makan dah. terus pergi lepak bilik member sampai 11.30 lepas tu tidur.

    kalau ada mood sambung lagi..

    bai!

    Wednesday, December 1, 2010

    welcome December!

    right now i'm staring at a bunch of words - solvent classifications. seriously, tidak faham satu haprak pon! my friend kamini told me few weeks ago that i'll be having my viva last 29/11. when i confirmed back to the faculty, they said that one of the examiner was not free.. jadi apa boleh buat..?

    viva ditangguhkan.

    i need to wait patiently without knowing the exact date. berdebar tak? serious tak berdebar.. rasa bengaaaang je.. aku nak grad cepatlah gile!

    but it's okay. it means that i have more time to study, more time to update those slides, and more time to godek-godek tambaha-tambah tolak-tolak apa yang perlu dan tak perlu. but still, oklah i mengaku ada nerves sikit di situ.

    oh and more time to eat..

    you know what? i'm getting fatter each day? setiap hari lemak terkumpul di perut adalah bertambah. haruslah menjalankan tanggungjawab masak hari-hari walaupun hubby kata hmm i pun makin gumuk juga..jadi kami berdua berhadapan masalah bersama. marilah jadi obes bersama-sama! *stress*

    dah lah, nak pi cari resepi menguruskan badan..


    Friday, November 26, 2010

    the love moment..


    love moment. love moment. love moment..

    luv you!

    Wednesday, November 24, 2010

    azzara cottons

    i jumpa azzara...

    i letak sini so that i tak lupa...

    cotton sini sangat fantabulous!


    cute kan?

    teaser nikah yang hampir sebulan lalu..


    thanks rizal for the gorgeous pic..

    macam nak kahwin balik je..;P

    *pic credit to rizal rapor facebook...

    Tuesday, November 23, 2010

    gua nak rambut pixie crop boleh tak?

    emma watson pixie crop

    gua nak haircut macam ni bole

    haircut mase zaman remaje...

    full article here. picture from here

    emma watson cantik kan?

    Monday, November 22, 2010

    satu keburukan nyata selepas berkahwin..

    hujung minggu merupakan hari yang ditunggu...

    itu dululah..

    sekarang lepas kahwin, sama ada balik rumah emak di kepong atau bermalas-malasan di rumah..

    ooooh, bermalas-malasan di rumah atau membuat kerja rumah...

    tak perlu ke shopping kompleks atau tengok wayang dah..sebab dah duduk bersama. dulu lain, nak jumpa kena pergi tempat-tempat macam tu lah! dating kannn...

    sekarang dating kat rumah je..

    tapi feveret i pergi jalan tengok baju kat pusat membeli belah! biarlah tak beli pun..

    atau pergi pantai sambil tengok ombak...biarlah tak mandi pun...

    atau jalan-jalan naik kereta tengok bunga..!

    haish tak kira, weekend ni kena pergi jalan jugak mane-mane pun okay, ye encik azmi? ;P

    Saturday, November 20, 2010

    bertukar menjadi purple

    it's hydrangea

    i bought this flower last week around bangi, lily's garden 9 o'clock at the first round about from bangi toll exit. dalam banyak banyak bunga, cari bunga yang paling rendah.,yang nampak senang nak jaga, dan cantik juga.

    jadi beli yang ini. walaupun nampak macam susah nak jaga..

    azurah juga peminat bunga hidup dalam pot ada tanah dan perlu komitmen untuk siram dan belai dan jaga.

    jadi sebab konon ikut tema rumah, beli warna putih, putih yang suchi. cantik je nampak. budak office kata macam bunga plastik. hehe. still, cantik sangat dipandang mata...

    jadi aku buat research sikit macam mana nak jaga pokok bunga ini - seperti mana aku buat research masa jaga adan dulu, turned out to be very smart, akhirnya kena langgar kereta sebab lompat keluar tingkap. dem, dalam manual tak beritahu arnab kecil boleh lompat keluar tingkap yang tinggi..

    oh berbalik kepada cerita bunga ini, tak banyak info yang dapat sebab mostly website dari luar negara untuk pokok bunga ini memang tak boleh pakai sebab cuaca sangat berbeza. jadi google dalam bahasa melayu eg bunga hydrengea.

    jadi bunga ini sangat magik - ilmu baru aku dapat yang bunga ini bertukar warna berdasarkan pH tanah. tanah acidic the flowers will turn blue, tanah alkali the flowers will turn pink. so, kalau masa beli tu dah sedia merah, then subalah tukar pH tanah nya ke acidic supaya bunga jadi kaler biru. magik kan? tapi penukaran warna tidak kepada bunga putih. itu yang aku baca..

    jadi sebab aku dah terbeli warna putih, baru tahu yang dia boleh tukar warna, jadi babailah, putih lah hendaknya sampai habis waktu berbunga. tapi sejak kebelakangan ini, warnanya bertukar sikit sikit ke purple. nampak oh so sweet nye!

    dah la i suka gila warna purple..

    jadi sekarang makin semangat nak tengok pokok itu hari hari. plus, macam nak beli satu pot lagi. i know that tempat ni jual bunga macam mahal sikit. but this is the nearest place dan banyak juga bunga cantik. ceh, macam tak boleh beli kat sungai buluh sane kan? dekat pulak dengan rumah mak.. hehe. nanti cari kat sana pulak..

    according to penjual pokok tu siram hari hari. tak payah letak baja. senang nak jaga. nanti bila bunga dia gugur (bunga itu akan gugur jugak mungkin dalam 3 bulan) baru letak baja baru. so far okay, aku letak bawah tempat redup. tanah kena hari hari basah, biar siram sampai keluar sikit air kat bawah pot (menunjukkanair dah turun sampai bawah). kalau in case layu (macam pokok ni pernah juga bunganya kecut macam layu sangat dah sebab terlupa siram) jangan putus asa, siram je sampai basah semua tanah. sejam lepas tu, bunga akan segar semula..tapi janganlah dibiar tak siram sampai 8 hari!

    oh, jadi penasihat penanam bunga pulak..

    Friday, November 19, 2010

    sudahlah, mari kita lupakan perkara lalu...

    aku nak berhenti mengomel pasal wedding aku. cukuplah kot..even hal dejay hal inai hal-hal sewaktu dengannya semua tak report lagi di sini tapi cukuplah kot. nanti diri sendiri muntah sebab terlampau bosan dengan penulisan sendiri. nanti kalau rajin, aku cerita lagi itu pun kalau ingat..hehe..

    jadi, apakah perasaannya menjadi seorang Puan?

    haruslah bahagia. tipulah kalau tak bahagia..kahwin pun atas dasar cinta, bukan kena paksa.

    tapi ada sekali bergaduh sebab azmi kata aku marah nak pergi ikea..tapi last-last gelak gelak jugak sesama sendiri.

    sebab dah bersama hampir 7 tahun, kebanyakan perangai suami aku dah jangka. tak delah culture shock sangat. azmi bantu jugak buat kerja rumah, pasang mesin basuh, sidai baju..basuh pinggan sendiri..

    cuma aku fail bab masak ajelah...

    dengan bangga hari ke tujuh, aku masakkan megi aje. lauk-lauk sebelum-sebelum tu makan lauk kenduri berbaki je selama seminggu. jadi yang itu kerje aku panaskan aje. masak nasi ketiaw goreng pedas sangat, masak mihun sup pun so-so ajerh. tapi sekarang sudah pandai sikit buat sambal kicap. jadi sekarang kena rajin-rajin sikit tengok resepi dan belajar sikit-sikit. setiap hari aku tanya malam ni nak makan apa? dia minta aku improve skill goreng menggoreng supaya sempurna. nanti tak delah dia segan kalau kawan dia datang rumah aku jamu mihun goreng tak cukup rase.

    tapi adatlah baru kahwin. tambah pulak orang macam aku ni yang dari kecik kerjenye duduk asrama aje.. cuti balik bermalam makan banyak dan tidur banyak. jadi orang bujang pulak perkakasan tak cukup...nak bake cake takde oven, nak masak ikan masak lemak cili api satu kerje pulak nak beli ikan santan dan sebagainya. orang makan sikit nanti bakinya buang. sayangnye. ewah, sungguh tegar aku memberi alasan kan..

    tapi hal masak boleh ambil masa belajar. duduk dengan suami bukan seminggu dua je. sepanjang hayat. setahun dua lagi pandailah aku masak...(sedap hati sikit)

    jadi itulah..

    tengah cari masa untuk pergi bercuti. ingat nak pergi minggu ni, tapi entahlah aku ni bukan boleh merancang. bila fikir balik cuti sekolah dah start, harga hotel sure naik, orang mesti berpusu-pusu. nak tunggu weekdays aku pulak ada 1.8 hari je cuti..adoi!

    Thursday, November 18, 2010

    drama-cake

    aku mahu cerita pasal cake pula. owh, kahwin sudah hampir 3 minggu drama-drama macam ni masih tak boleh nak lupa. mengeluh-ngeluh juga dengan azmi tapi nak buat macam mana, perkara dah berlalu. perjalanan akan datang kan masih jauh.. :)

    jadi mari gelakkan ajelah!

    drama cake bermula apabila si pengantin itu sendiri tak boleh nak decide nak cake ke tidak sampai malam pengantin. adik call kate nak cake ke tak? dia ada kat secret recipe. err....er....si pengantin mula fikir nak ke tidak nak ke tidak. padahal ada dekat setengah tahun boleh decide malam pengantin masih hesitate lagi.

    ok lah nak! beli chocolate brownies.

    dalam pemikiran pengantin, dia mahu cake yang simple aje with fresh flowers on top. nak beli cake fondant terlalu mahal dan tidak mampu tambahan pula pengantin yang tak boleh nak decide ni. jadi sudah terlambat bagimu untuk cake fondant mahal.

    so idea asal ialah begini;

    oh so cute! credit to amanda flickR

    end up like this....

    nooooooooo..........

    if aku adalah makcik joyah sebelah rumah, for sure aku akan kata, "ish hiaslah sikit kek tu ni nampak tak cantik langsung. kek pengantin ke tidak ni?"

    well, sebab on that day meja tak ada, jadi aku anggap kek itu tidak akan dikeluarkan. jadi aku diamkan saje. BUT tiba-tiba seseorang telah berjalan jalan sekitar dewan sambil membawa kek tersebut dan aku dalam baju pengantin dan bermuka horror kata noooo noooo noooooooooo!

    terus aku gelarkan kek itu kek bogel.

    and there u go, on the table it was. and there you go, the dj announced "kita mulakan acara potong kek" dem. talk about the dj - ini pun drama jugak.. then of course all eyes on our "bogel wedding cake".

    aku terlalu penat untuk berfikir masa itu. takkan tak ada siapa mahu fikirkan untuk aku? takkan orang yang mengeluarkan kek itu kata eh ni kek pengantin ke? eh kejap, ada bunga apa-apa tak plastik pun tak pe, meh nak letak atas kek tu sikit!

    but nobody think of that..

    itu yang terkilan sangat tu...tapi tak pelah, hopefully op dapat capture moment menarik without revealing to much of that cake. segan i..huhu....

    but semua itu pengajaran. aku adalah jenis orang yang buat kerja semua sendiri dan ala-ala segan nak meminta orang lain bantu. jadi beginilah hasilnya kan. kan bagus kalau aku suarakan pendapat aku terhadap kek itu kepada makcik ku dan serahkan bunga segar pada beliau dan beliau akan tolong hiaskan what so over..

    tapi macam kata azmi, benda dah lepas. bolehlah beri pengajaran kepada b2b yang lain juga. kan?

    regards.


    Tuesday, November 16, 2010

    close up bunga tangan?

    oli me and ina
    credit to helmi


    owh, i browsed over those mantan pengantins blogs. jelesnya lihat majlis mereka close to perfect. membuatkan aku rasa down seketika even dah jadi mantan pengantin.


    Sunday, November 14, 2010

    how's life today? - hantaran and bunga tangan

    hi peeps...
    almost two weeks kami kahwin. kami tak pergi honeymoon sebab kami sudah papa kedana. haha, just kidding. maybe tunggu few weeks lagi untuk pergi bercuti. sekarang dalam mood lovey dovey duduk rumah yang indah ini. *smile widely*

    my hantarans...

    hantaran aku simple aje. seperti mana hantaran aku buat sebelum ini masa tunang dulu. tapi ada upgrade sikitlah. aku kurang gemar hantaran yang berbunga sangat. kadang-kadang sesetengah hantaran aku tengok bunga je lebih tapi barangnya tak nampak langsung. jadi bagi aku lebih baik barang yang kita nak bagi tu nampaklah barangnya. itu pandangan aku dan selera aku.

    sebab aku kedekut jadi bunga beli sikit-sikit. sebab tak suka bunga besar jadi beli bunga kecik-kecik. last-last huh, beli jelah bakul senang cerita. satu bakul rm5.90 kat nilai 3. beli 8 rm 48. jadi kos semua tak sampai seratus termasuk bunga dan polisterin tapi bagi aku mahal jugak kot sebab last-last buang jugak..huhu...dah dah tak patut fikir demikian kan?

    hantaran yang aku beri pada suami termasuklah baju kemeja, tali pinggang dan wallet, kasut, kek, gula-gula, buah-buahan, perfume, tafsir dan sirih junjung. dari suami untuk aku termasuklah air tin, kek, perfume, gula-gula, sirih junjung, jam dan beg tangan. jadi semuanya tetap, 7 balas sembilan.

    hantaran dari pihak aku

    hantaran dari pihak suami

    jadi untuk hantaran aku, baju wallet and tali pinggang, kasut dah dibeli siap-siap. perfume adik aku yang belikan miniature sahaje sebab mamat ni nak habiskan satu botol pun sikit punya payah, jadi beli yang kecik-kecik aje. the rest beli seminggu sebelum majlis. kek aku beli kat carrefour aje haha sungguh tidak sentimental value, tapi aku bungkus cantik-cantik lah. bungkus pagi nikah tu, hiasan pun buah pagi nikah sebab honestly, pukul 5.30 dah bangun mata terkebik-kebil tak tau nak buat ape, jadi tengok hantaran yang tak complete tu. jadi puas hati sangat dengan hasil kerje sendiri. orang tengok tak lawa pun takpe asalkan aku puas hati...hehe..sangat gila kuasa..

    by the way, diy bunga tangan juga aku suke sebab aku sendiri yang buat kenelah suka kalau tak down gile sebab tak suka kerja tangan sendiri. bunga dibeli di kedai bunga dekat manjalara. kedai borong bunga. memang heaven and rambang mata. aku beli habis jugak rm55 tai dengan rm 55 apa yang aku dapat? 1 bundle yang merangkumi 24 kuntum bunga ros - aku beli dua bundle, satu bunga kecik ape ke tah nama dia tapi ala-ala baby breath sikit, and 8 gerbera merah. aku rasa berbaloilah jugak cuma kena pandai pilih bunga sebab aku pergi pagi jadi pekedai tu malas nak layan aku sangat sebab dia tengah sebok distribute bunga naik masuk lori untuk hantar ke kedai lain. tapi nasib baik jugak dapat yang elok.

    jadi malam tu, mulakan operasi. dengan bantuan oli yang best menemani si pengantin ni, kami berjaya jugak susun-susun and jadilah bunga tangan aku untuk hari itu. bunga tangan juga simple. hanya kumpul-kumpul dan ikat heh. tapi seriusly di sedang sedang majlis sedang sedang pegang aku cium baunya, oh bestnye...seriusly bunga tangan YANG SEGAR memang penting untuk penghilang gentar, penghilang penat sepanjang hari. seriously aku tak lepas langsung bunga tangan aku haha gila kuasa lagi.


    red gerbera untuk nikah

    roses untuk sanding

    cadang untuk tiru macam ini (credit to mr google)

    oli dan gerbera dan hantaran :)

    giliran i pulak nerves..

    bunga masa di sandingan.. lurve..

    by the way di sebalik cerita bunga tangan dan baju sanding, mak aku boleh pulak lupa bawak ke dewan. masa tu dah pukul 12. aku cuak, dengan baju nikah aku pergi dewan besar, tanya semua orang mak mana? bukan ke mak kata nak ambikkan baju pengantin dan bunga tangan sebelum nikah tu? well, seperti yang aku kata, family aku tak besar, jadi harapkan adik aku and mak and abah aku je nak ambik barang kat rumah. dah macam nak nangis, jadi adik lelaki aku yang pi ambik. aku cakap jangan lupa bawak bunga tangan sekali! dia boleh konfius bunga yang mana satu. dia boleh ingat bunga kat dalam baldi tu. aku cakap kat dapur! rumah aku dah takda space jadi terpaksa letak kat dapur. huhuuu..jadi mak andam make up kan aku dulu, dia kata rileks, boleh make up dulu, nanti pakai baju kendian. lepas tu semua dah okay bile semua dah sampai. nasib baik jugak ada awek adik aku datang membantu, oli dan ina juga sangat-sangat membantu. aku sangat terharu....*mengalir air mata terharu* terima kasih korang...!

    jadi itu sahaje. gambar masih tak banyak. masih menunggu op untuk send pada aku. mungkin bulan depan kot.

    ok dah.