Monday, December 14, 2009

this is for azza dan lain-lain..




hey remember the time when kita borak-borak about that lompat asrama punya hal?
semalam aku kemas rumah and terjumpa diari aku dan terjumpa satu entry (ceh entry) pasal malam itu..

here goes:

14 april 2000 (jumaat)


hari jumaat lepas, aku, tehah, azza, dina, aiffa panjat koridor maut! dah alang-alang tu konon nak rayau compound skola skali, so oleh sebab aku berkobar sangat dan tangga pon tak sandarkan aku pun terjun dari tingkat satu ke bawah. lepas terjun selamat memangla selamat tapi kaki terseliuh pulak. terus perasan maintain pastu sandarkan tangga then semua orang turun. tehah amek masa lama sekali! ahaks!, pastu jalan-jalan sampai dm cadang nak gi court hijau, lintas asrama putra. masa aku tehah jalan, nampak 3 orang putra menyelinap dari asrama ke mane tah! aku bukak pintu dm belah putri, yang lain tembus. aku nagn tehah memang kat side asrama putra dah! aku kat tepi pintu, tehah kat pokok tengah-tengah asrama putra.
tiba-tiba aku nampak bayang laki-laki tengah jalan dari pintu besar sekolah jalan ke arah dm. aku gelabah lalu jerit "tehah!tehah! pak guard!" dan sebab macam dah tak selamat dah terus aku jerit "lari wei! lari!" langgar semua kerusi dm. sampai kat compound aspuri baru sedar, mane teha??? tertinggal siut!
kitorang menyorok dekat bilik prep from 1. fikir camana nak cari teha. dah kena tangkap ngan pak guard ke abeslaa..!kitorang pun balik aspuri. kaki dah sakit gila tapi stil tahan. tengok-tengok tehah ade kat situ ! dah siap panjat naik selamat dah!
masing-masing cerita; fatehah kate aku buat lawak pulak kata pak guard tuh. dia just nyorok kat pokok je. yang aku rasa penat sakit kaki last-last tido kat bilik prep dengan kaki berbandage (balut sendiri). seme kengkawan lain terkejut besok paginye tengok kitorang kat situ ngan kaki aku berbandage. bila orang tanya aku cakap aku lompat pastu jatuh (tak state lompat kat mane and dari mane). sebelum tu adah yang terseliuh sebab jatuh kerusi masa nak amek makanan. hah, lupe lak nak bagitau. masa operasi adalah 1.30 pagi hingga 2.15 pagi....
end.

hahah, complete tahu cerita ini. dah memang ini yang berlaku sebenarnya maka terungkailah segala kuiz kater siapa lagi sorangla, pukul berapa laa..

i miss that time la..

sepatutnya tangkap gambar kita ramai-ramai kat tempat kita conteng dinding dengan cat kaler peach...!

2 comments:

  1. syoknye borak2 n kumpul reramai!!! argkhhh jeles!! dhla xdpt g kenduri dina,xjupe azza,xborak2 ngan korg...hurmmm dtg tau kenduri wani nnt. bwk hadiah besaq punye...hehe

    ReplyDelete
  2. wani!
    don worry, akan datang ke rumah anda tungguuuuu!

    tula, jangan jeles wani..nanti kita hang out and borak sampai pengsan. plus, azza will be around next yer..!

    ReplyDelete