Thursday, December 31, 2009

sesi buang masa part 1

there's a lot to tell. lepas balik langkawi boleh pulak balik kedah semula untuk angkut barang lebih ke rumah di sungai petani. woi penat woi back and forth pi mai pi mai kedah kl.


bilik lama yang telah kosong..babai ya'll!
sebab kawan mak dari kl juge datang, maka pergi bawa mereka ke pekan rabu alor setar. jauh woh! namun sebab tak pernah pergi, maka pergi lah.

sebab kawan mak juga mahu pergi ke muzium padi melihat lukisan paling cantik dalam dunia menggambarkan suasana kedah dari gunung ape tak ingat nama, maka pergilah juga sebab saya juga tak pernah pergi. honestly, percutian begini memang buat saya muntah (melawat muzium dan pekan rabu - golongan makcik dan budak sekolah saje yang suka).

part paling digemari adalah pergi ke pusat sains negara cawangan utara. penulis sedang cuba untuk menguji minda namun tidak berjaya. huhu..

lepas tu hari ni bila dah ada kat kl, konon nak buat pasport secara beria, dan ajak mak pergi. mak tahu tempatnya merayaulah kami dua orang ke taman sri sinar (kot) lepas tu ramai pulak orang buat pasport (apesal ni? semua orang nak melarikan diri ke luar negara ke?). tujuan berpasport? -->konon ni pergi singapura. tapi sori rakan-rakan, saya tidak berjaya buat pasport. lain kalilah kita pergi singapura. lepas tu balik, mak ajak datang singgah sini pulak..

cendol wahab's. maggi goreng memang sedap gile, begitu juga cendol menyesal tak pilih cendol aiskrim main taram je kate nak cendol biasa. rasa bangga sebab dapat berjumpa dengan wajah sebenar gambar dalam sticker itu (:P). lepas tu balik buat kaca mata. amoi kaca mata kata saya jarang pakai kaca mata tu sebab selalu pening (yang mana memang pening pun sebab kaca mata sudah ketinggalan di mana tah) jadi sekarang, terpaksa jadi budak nerd perlu pakai kaca mata selalu.

dan malamnya pula:

encik azmi bawak pergi tengok raptai penuh (haha skema tak ayat raptai penuh?) di dataran merdeka. oklah sebab tak mahu poyo tangkap gambar pakai kamera phone dan jalan ke depan pentas dan snap muka budak-budak bunkface ini, maka tangkap gambar dari tempat duduk sendiri dan zoom. inilah hasil sampah saya, tapi still nak tunjuk jugak sebab bunkface best (tiba-tiba).

ok dah. nanti jangan lupa ikuti sesi buang masa part 2 saya pulak..

No comments:

Post a Comment