Thursday, December 17, 2009

kalau dah ada 20 tanda lanjut usia..

setelah lebih kurang 2 minggu jugak tak ada apa-apa ditepekkan ke muka, akhirnya beli juge yang ini. tahu apa ini? ye, olay total effect konon boleh mencegah 7 tanda lanjut usia. tapi i yang dah ada lebih kurang 20 tanda lanjut usia ni macam mana? malah sudah seperti nenek! ada harapan mencegah ke? sungguh tua! arrgh!

jadi bila letak ini di muka berdoa lah juga harapan menjadi sedikit jelita. tak banyak, sedikit pun jadilah! ni pasti terpengaruh dengan ning baizura (er ning baizura iklan total effect kah, regenerist itu yeh?)

sudah banyak kali survey benda apa yang patut di apply pada muka agar jerawat tidak mencanak naik dan kulit kusam melampau bagai. last week, kulit kat sekitar bibir gatal. terus besoknya bertompok apehal nih! nightmare siot! adakah kerana tak apply ape-ape? terus sangat phobia dan berazam beli total effect..sebab before this pakai tea tree body shop pencuci muka memang sangat okay sebab ade cooling effect sikit, tapi moisturiser biasa saje..sebab mahal, maka takut-takut nak guna. bila habis dan takde effect sangat; mogok tak mahu beli dah..

mak cadangkan neutrogena pulak. sebelum ni dia pakai ROC tengok macam ok. i tanya apesal tak pakai ROC dah? dia kata salesgirl tu asyik takde (sebenarnya i tau mahal woh terus tukar neutrogena) i pulak ofkos tak ada dana, maka jangan berangan beli penempek muka yang mahal.

terpaksalah mengeluh sekarang tengok muka lagi tua dari emak. takpe, nanti i gonyoh dengan berus sabut. compact powder pun dah pecah berterabur dalam bekas, perfume kegemaran juga dah habis stok. ni apahal macam tau sudah tak ada dana, semua nak habis dah. tensen i! semalam mintak tolong mak belikan bedak cina dalam kotak kalau dia singgah kat kedai apek jual tikar tu. mak kata bedak tu elok. murah pun murah. cuba ajelah. kearah kehidupan natural nih..

siapa tanak muka licin mulus ooooi..!

No comments:

Post a Comment