Friday, November 6, 2009

drug discovery dan ape tah.

bila balik dari kl, drive pulak tu, hari isnin pulak tu --tiba-tiba hari selasa mereka berkata 'khamis kita pergi kl untuk dengar talk di uk.m kl'. ergh!!!!

maka, rabu selepas main badminton dengan semangat nan waja bajet tak mahu tidur langsung sebab bas pukul 3 pagi berikutnya tapi tidur jugak tak tahan mata. bertolaklah jalan kaki dari kolej ke f.ab (sebab kolej gate besar sudah kunci) tempat berkumpul biasa dengn kamini last-last kitorang sampai dulu and bas pulak bertolak pukul 4.30 am ^*&*%^$^$^&(*)_(*(&(..tertekan ako!

tapi nak buat macam mana, dengan semangat juga sepanjang perjalanan tidur saje nyenyak pulak tu terus, makan nasi lemak basi kat pagoh (tanpa disedari) dan makan mi sup pulak. lepas tu sampai muka sememeh gila tanpa mandi (mandi pukul 2.30 pagi) mata pisat-pisat masuk talk. nasib baik talk sedap didengar hanya satu talk memang tak tahan mata terus tidur lagi (kali ni hebat sebab rasanya tidak tersengguk-sengguk. maintain konon dengar talk padahal mata pejam)

4.30 petang terus chow balik johore semula. singgah pagoh makan pau amira yang sedap. sampai bilik terus pengsan..

adoi, what a day!

No comments:

Post a Comment