Thursday, October 1, 2009

srk jalan kuantan satu.

lagu sekolah pun masih ingat okeh..

cuti boleh tahan lama jugak, jadi bercadang untuk beraya di tasik titiwangsa. tahu tasik titiwangsa? tahu? yang dulu ada eye on malaysia tapi sekarang dah lenyap whoosh? ye. tasik titiwangsa itu.


masa dari lahir sampai umur 10 tahun, kehidupan saya di betul-betul di tengah kota kuala lumpur. tahu flat pekeliling? flat pekeliling itu? ya, itulah flat yang saya tinggal selama 10 tahun. sekarang agak glemer jugak sebab selalu masuk tv - last sekali saya baru discover cerita anak halal ada satu scene belasah dibuat di situ. lagu 'bila aku sudah tiada' juga buat di situ. bila tengok scene yang dibuat di situ, terus rasa nak nangis, terus rasa nak tinggal situ lagi walaupun rumah macam sarang burung.


eh, ni cerita rumah atau cerita sekolah?


ok, sambung cerita sekolah. jadi, bila duduk di flat pekeliling maka ramai anak penduduk akan sekolah di sekolah rendah kebangsaan jalan kuantan. ada 2 sesi, jalan kuantan satu, dan jalan kuantan 2. ada sekolah jalan temerloh juge. naik trak kalau nak pergi sekolah, siap berlumba trak no 2 lawan trak no 3 sebab trak no 1 ke sekolah jalan temerloh. sekolah jalan temerloh kitorang semua tak geng so babai!


jadi bila pergi ke tasik titiwangsa dan lalu depan sekolah terus macam nak nangis jugak. RINDU SANGAT! terus tunjuk kat encik boyfriend (sebab dia yang bawak saya ke situ) tempat ni tempat saya tangkap belalang dulu, tempat ni tempat kitorang tunggu trak, dulu ada satu pokok beringin besar yang sumpah scary sebab pokok tu budak kecik baya-baya kami boleh masuk dan duduk sembunyi. dan ada juga satu pokok yang ada darah beku kat akar pokok tu bila kakak-kakak tu bagitau tu darah orang jepun dulu sebab sekolah tu bekas hospital masa zaman jepun dulu. uish, sangat sejarahlah sekolah saya tapi tak pasti kesahihan sejarah tersebut, heh..


lepas tu, bila waktu pendidikan jasmani, ayat cikgu rosli yang paling best dalam dunia masa tu adalah;


"ok, hari ni kita joging kat tasik titiwangsa"


terus kanak-kanak riang lagi comel jerit YEAY...!


haish memang muka masa dulu sangat comel TAK macam sekarang.


tapi sekarang memang berubah sangat, kawasan pundah tak berapa selamat. petang-petang, jangan harap suasana tenang sunyi tapi ramai pulak mat rempit lepak tepi tasik, setiap kerusi ada pasangan bercinta, ramai sangat orang. mungkin sebab pergi hari ahad, tapi zaman 20 tahun dulu hari ahad pun tenang siap boleh berkelah tak ada pasangan bercinta cuma family berkelah tepi tasik. best tau..bila pakcik melayu jual aiskrim kring! kring! kring! lalu, terus lari-lari beli aiskrim 50 sen yang ada perisa coklat dan vanila. bila abah dan emak beli aiskrim jugak terus kate mak ngan abah macam budak-budak la sambil jilat aiskrim lepas tu makan laaaambat sangat sebab nak bertanding dengan adik siapa makan palik lambat.

ye, balik jalan kaki dari rumah ke sekolah pun tak perlu risau pakcik saiko culik rogol dan sebagainya..zaman sekarang agak ngeri bila fikir balik..

sudahlah..

zaman dulu memang merindukan...

5 comments:

  1. nak tanya.saya sekolah jalan kuantan dari darjah dua hingga darjah 5(panilaian)dari tahun 77-80. say confuse saya sekolah satu ke dua. tapi yang saya tahu sekolah saya takde dua loceng yg suruh budak2 freeze lepas tu second bell baru gerak.yang saya ingat gurubesar pn rajendran. saya pun ade kawan dok kat pekeliling ank polis. kalau ntak silap nama dia khalid.

    ReplyDelete
  2. hai...
    tahun 77-80 lama tu..
    saya 1991-1994 punye batch tapi ye, bile awak kata pasal 2 kali loceng bunyi lepas tu kena freeze lepas tu loceng kedua kena bertempiaran lari untuk beratur tu memang ada!haha!thanks tolong ingat kan. and, saya tak kenal kot budak nama khalid.batch yang sudah sangat lama..

    ReplyDelete
  3. Saya bersekolah rendah di sekolah Jalan Kuantan 2, KL (85-90)- lahir tahun 1978. CIkgu masa darjah 1 kuning: Cikgu Azizah. Anak dia nama Zit Azran. Cikgu masa darjah 2: Cikgu nayagam. Cikgu masa darjah 3: Cikgu maziatul akmal. Cikgu masa darjah 4-6: Cikgu Ilham b Ismail. Guru Besar waktu tu En Osman B Ludin.

    Kawan2 saya semasa sekolah rendah (yg masih boleh recall): Fadly Pilus, Fardlie Ibrahim, Fadzrul Hisham, ilham latif, johan chong, vijay kumar, rajinder kour, zit azran, ahniza aznin, andy putera yahya.

    Tak pernah jumpa kawan2 dan cikgu2 sejak habis darjah 6. Teruskan ke tingkatan 1-5 di Sek Alam Shah, Cheras, dan ke U. Malaya.
    Sekarang berkhidmat dgn national oil & gas company.

    Kepada kawan2, cikgu2: boleh lah kita berhubung.

    mindshoppe at yahoo.com

    - man.

    ReplyDelete
  4. alamak ni zura mane lak ek?
    same lak kite dok flat pekeliling n skolah jln kuantan tp aku jln kuantan (2) la hehe

    bile bace posting yg nih so bajet ko nih mesti jiran2 lame aku je kan hehe

    aku ejam anak cik ina n saipul yg dok blok F tgkat 3 hehe

    bile flet pekeliling kene kosongkan tros smua kene pindah huhu
    aku lak pindah cheras, ada yg pindah keramat n sg besi n laen2.

    yg jln kuantan (1) yg aku igt xsalah Afiq Afham , arwah Palie abg si jijie, khairi n khafidz, Man anak si braim n ramai lg
    huhu

    rindu btol zaman kanak2

    ReplyDelete
  5. sy smpat bljar cni smpai drjah 1 smpai dua ja,,batch 1998-1999,,,n sy stay kt flat pekeliling jgk dlu,,

    ReplyDelete