Monday, October 26, 2009

please help me, i'm homesick!

kerinduan betul lihat rumah sendiri. kerinduan betul lihat mak abah, kerinduan betul lihat adik yang annoying..

kerinduan betul dengan dia..wawawaaaa....


tiba-tiba masuk gamba huduh sendiri watever. semalam cakap dengan encik boyfriend

"dah berapa lama saya tak balik eh?"

"baru minggu lepas balik kan?" kata beliau.

huaaa.....what the..? baru seminggu sudah rasa begini? sangat rinduu!!!!!

cis tua-tua masih nak homesick tak hengat. masa muda dulu boleh pulak bertahan setahan-tahannye. ok, memang sebenarnya sebab duduk kat kelantan selama setahun setengah lepas tu kalau nak balik terpaksa fikir 10 kali sebab perjalanan naik bas 9 jam dan naik flight mahal. lepas tu terpaksa redha je tengok kat papan hitam "lagi 95 hari cuti semester" lagi besar tulisannya dari "lagi 75 hari SPM".

oh dan masa tu ada jugak rakan seperjuangan tukang nganga sama tengok "lagi 95 hari cuti semester" itu. lepas tu excited bile nak suruh cikgu belikan tiket bas. kalau cuti panjang, terus pergi beli tiket awal sehari dari cuti (dan niat untuk ponteng sekolah sehari) lepas tu cakap

"betoool cikgu, tiket dah habis semua. yang tinggal tiket bas 9 pagi hari khamis ni."

lepas tu khamis pagi terus tunggu kat tepi kantin mintak tolong Cikgu yahya (papaya) hantar ke pekan pasir puteh nun. lepas naik bas, sampai kl, terus hati berbunga tengok menara berkembar KLCC (ceh-ceh nak kata lambang kuala lumpur konon). tunggulah dengan mata berpisat-pisat (sebab tidur lama sangat dalam bas) abah dan mak ambil kat Hentian Putra..

lepas tu bile time nak balik kelantan balik terus sedih. :(

eh eh..

No comments:

Post a Comment