Friday, October 23, 2009

bila orang itu 'BRAG' maknanya dia bukan mahu menunjuk-nunjuk

brag-brag-brag...



bila orang itu 'brag' maknanya dia bukan mahu menunjuk-nunjuk..

tetapi dia memang tidak yakin dengan diri sendiri dan cuba untuk menaikkan diri sendiri supaya orang lain tidak pandang rendah padanya..orang ini akan sentiasa 'brag' kerana beliau merasakan bahawa beliau sangat tidak secure dengan keadaan diri sendiri. jauh di sudut hati, beliau akan rasa puas kerana apa yang beliau kata tidak berapa betul pun sebenarnya tapi tetap puas sebab apa yang dia 'brag' itu walaupun dia tidak buat, tapi dia akan buat. seperti contoh;



'aku try buat kuih koci terus jadi tau!'



di sudut hati beliau, beliau akan kate, sebenarnya tak berapa jadi sangat pun, keras nak mampuih tapi next time, i akan buat kueh koci yang paling sedap dalam dunia..



dan para pendengar pula, tidak perlu rasa ambil hati kecik hati atau sakit hati kerana seni 'brag' tidak ada pada anda. tadahkan telinga dan kasihanilah beliau si kaki 'brag'. sebab macam saya kata tadi orang yang 'brag' ini tidak secure akan keadaan dirinya. percayalah, jika beliau mula 'brag' tentang diri sendiri, bermakna beliau dengki dengan anda, kerana anda mungkin lebih baik dari beliau, atau beliau tidak suka dipandang rendah. maka pandanglah beliau dengan tinggi. dan janganlah menjauhkan diri dari beliau, sokonglah beliau dan pujilah beliau dengan nada ikhlas (dalam hati nak ikhlas ke tak, suka hati..)

dan jika perkenalan pertama dia terus brag (macam salesman ke mlm punye orang yang suke menunjuk-nunjuk figure gaji yang ada 10 digit itu) maka nxt time tak payahlah contact mereka lagi, jauhkan diri dari beliau kerana brag jenis begitu memang brag asli, dah menular di dalam darah, dah tak dapat dibendung lagi. lari!

oklah, apa yang i merepek ni.

No comments:

Post a Comment