Saturday, October 31, 2009

tayangan perdana the exorcism.



memandangkan hari ini adalah halloween, maka memang tidak ada kena mengena pun dengan saya. tapi AXN kat tv pulak beria-ria menayangkan cerita hantu secara back to back jadi, saya tengok jelah untuk tujuan mencabar jantung dan tahap ketakutan. tapi sempat tengok cerita the exorcism of Emily rose ajewrh. cerita sebelum tu the covenant and sebelum-sebelum itu, the 13 ghost.

cerita emily rose ini dah banyak kali tengok sebenarnya, tapi masih ingin tengok sebab sangat real (and of course, based on the true story kan?) and everytime saya lihat cerita ini, saya mesti ingat 'our frens forever time' during 3rd year cuti semester sebulan tu. azx, nora and me were spending time together sebab masing-masing duduk secara haram di bilik sewaan azx. first sebab nak buat lab, and second, we were one of the volunteers for hari sukan wanita kebangsaan that time. masa tu kebetulan jumpa azx somewhere, i tak ingat but ended up berkumpul satu bilik, sambung katil dan main ayam telur kat laptop azx sepanjang sebulan itu.

and that time we were watching emily rose. konon berani tapi sempat buat lawak bangang tengok aksi kejung emily rose dalam cerita tu. and then azx kate;

"kau bayangkan kalau kau bangun PUKUL 3 PAGI tepat pulak tu, tengok-tengok aku tengah kejung kat bawah. ape perasaan kau?" sambil kau buat aksi kejung itu,

"aku kira la one, two, three, four, five, six!"

and sejak itu, terus one two three four five six and ayat kejung gelemer.

and i remember masa tu henfon nora kena curi dalam bilik lepas tu terus kucing-kucing belaan nora kat depan pintu kena marah dengan azx sebab tak jaga bilik.

and ada satu part, bile semua orang sampai bilik, bilik kena pecah masuk dengan monyet. red bean kena makan, roti hilang sebuku, megi hilang, telur pecah seluruh bilik, sekian terima kasih cik puan monyet.

and ada satu part juga saya berduet dengan azx lagu aerosmith dengan penuh perasaan siap ada part-part jerit and part-part tarik high pitch kasi tinggi sikit. and ada jua duet lagu shaggy you are my angel. of course, azx tukang sambung part shaggy itu (awa, uh, shaggy, yo!).

and that time kami tiga orang gigih naik train pergi upm untuk dapat rm30 sehari sebab jadi volunteer (pengalaman yang best!). and sepanjang 10 hari di bukit jalil itu, hari-hari juge ke endah parade untuk makan kfc dan habiskan 30rm yang dapat setiap 2 hari...

and masa itu juga saya gemuk chubby tembam tak hengat..

i wish i could turn back time. (except for tembam chubby gemuk punye part..)

Friday, October 30, 2009

can i stop whinng already?

yesterday, when i opened up my sacred book of labwork, and browse my chapter 4 of results and discussion, i suddenly tense. i suddenly feel that this is not enough. and my head kept on thinking of what should i conclude here. before this, everythings looked fine and i am confident enough that i can submit my thesis at least on january next year. but after i checked back all the results i don't know how to conclude! oh God please help me!


Wednesday, October 28, 2009

girl of the day - the presenter

for the first time in this few months, i woke up at 7 something and with full of energy and a small plastic bag of nescaffe i headed to N29 to watch see and support our lab girl - kak ana the presenter. yes, she's having a viva today and eh, poyonye kau apesal kau pulak yang excited? nevermind..


and of course she was supported by mama khalisa (named kak sam) and kak dihah. we sat at the back and making noise (the humming noise not the loud one because we are trying to compete with the presenter - siapa paling cepat jawab soalan dulu). however, kak ana is the best and yes, we help a lot! ceh ceh padahal tolong jawab yes and single bond je and continued making noise (pasti prof di depan sangat hangen..)





ceh, gambar phone 2 megapixel macam ni je qualitinya? *tense*

middle chain fatty acid, ok salah, in the middle - kak ana the presenter.

okay dah.. to kak ana, congrates to you! u will be a lecturer soon, yeeha! jangan lupa i pulak eh..thanks for everything..(eh eh ni dedikasi ape pulak..)

Tuesday, October 27, 2009

not in morning mode...

it's hard for me to see the sun rise. usually the windows and curtains still shut, i can't even tell what time it is. wake up for subuh then off to bed again and wake up just before the sun hits straight above the head.

honestly, i'm not a morning person. so, anything invloves morning, i will definitely think is it important? is it worth to go? is it necessary? i will do anything to skip that unimportant stuff which involves morning and make silly excuses like i have other work to do, i have other meetings, i don't know about that because i'm uninformed, something like that.

and i don't like to rush. okay, like if i am the one who given the responsibility that day to book a court and definitely if we want to play at our usual time 9-11 pm, we need to book at 8 am and accidentaly i woke up at 9 and OMG i'm late already. should i rush? should i? no rite?

so i calmly stared at the mirror, took my bath stuff, headed for shower, get dressed, drink milo, and off to the hall and book the court. and i still can get 8-9 pm enough for one hour. it is called fate. if you are late, you are late. if it is what you get, that's what you get. so don;t stress out if you are not a morning person.

i think people around me, some people do not like the way i live. it definitely effect other's life. there will be meeting without 'me' or breakfast without 'me' or morning trip to ladang nanas without 'me' or a car ride with 'me' in the morning (oh, it's all about 'me'). but honestly, i'm not missing out all. i still can come on time during my job as a toy promoter back in 2003. i still can come for my proposal presentation (di mana itu adalah hidup atau mati). and i still know how to manage my time. seriously, i didn't miss out any important things yet (as i remember).

ok dah.

*i can't beleive there is a wikihow in how to be a morning person..ok,ok i 'll save it maybe for the next time sake!

Monday, October 26, 2009

please help me, i'm homesick!

kerinduan betul lihat rumah sendiri. kerinduan betul lihat mak abah, kerinduan betul lihat adik yang annoying..

kerinduan betul dengan dia..wawawaaaa....


tiba-tiba masuk gamba huduh sendiri watever. semalam cakap dengan encik boyfriend

"dah berapa lama saya tak balik eh?"

"baru minggu lepas balik kan?" kata beliau.

huaaa.....what the..? baru seminggu sudah rasa begini? sangat rinduu!!!!!

cis tua-tua masih nak homesick tak hengat. masa muda dulu boleh pulak bertahan setahan-tahannye. ok, memang sebenarnya sebab duduk kat kelantan selama setahun setengah lepas tu kalau nak balik terpaksa fikir 10 kali sebab perjalanan naik bas 9 jam dan naik flight mahal. lepas tu terpaksa redha je tengok kat papan hitam "lagi 95 hari cuti semester" lagi besar tulisannya dari "lagi 75 hari SPM".

oh dan masa tu ada jugak rakan seperjuangan tukang nganga sama tengok "lagi 95 hari cuti semester" itu. lepas tu excited bile nak suruh cikgu belikan tiket bas. kalau cuti panjang, terus pergi beli tiket awal sehari dari cuti (dan niat untuk ponteng sekolah sehari) lepas tu cakap

"betoool cikgu, tiket dah habis semua. yang tinggal tiket bas 9 pagi hari khamis ni."

lepas tu khamis pagi terus tunggu kat tepi kantin mintak tolong Cikgu yahya (papaya) hantar ke pekan pasir puteh nun. lepas naik bas, sampai kl, terus hati berbunga tengok menara berkembar KLCC (ceh-ceh nak kata lambang kuala lumpur konon). tunggulah dengan mata berpisat-pisat (sebab tidur lama sangat dalam bas) abah dan mak ambil kat Hentian Putra..

lepas tu bile time nak balik kelantan balik terus sedih. :(

eh eh..

Saturday, October 24, 2009

fashionable enough!

i just like like love love like this blog.

even it's from foreign country that i totally blank to read the words there, thank God it has translation (which has been added just recently). honestly, i do like fashion but i'm not fashionable enough. i like to dress up but i have limitations to do so. so i just watch watch browse drool over those tight jeans, platform heels and dress and and leather jackets and accessories.



here



it is great to have a great body to fit in those skinny jeans eh? and it is great to live in a country that we can wear layering dress and blouse. sometimes i feel stupid wearing that black tight top underneath a short sleeve (or sleeveles) shirt because seriously, cuaca sangat panas okeh!. but it really doesnt matter because the important thing is, i can wear that cute short sleeves t-shirt yang ada gambar perempuan pegang bunga (apakah?). and they come in a cheap price too. seriously, rasa nak muntah tengok harga baju kotak long sleeves sampai rm80++..gua tak berduit..
and the other thing about being fashionable is dare to try new things. macam tiba-tiba keluar jeggings macam ni; adakah patut untuk saya cuba? adakah? (and seriously, tak patut sebenarnya because it'll make my butt looks HUGE! and its very WEIRD! and it kind of tight sangat kan?). and those levi's curve yang sedari tahun lepas dok drooling tengok, nak, ingin, mahu beli dan pakai tetapi masih simpan duit and fikir berbaloi kah? kah? sebab saya akan pakai kah?


the word jeggings does exist

arggh! menjadi perempuan memang sangat tensi..dan saya yang selalu terpengaruh dengan iklan dalam majalah yang cantik-cantik pakai baju kemeja kaler putih, lalu sangat ingin dan terus pergi beli. tapi bila beli kena kat badan terus tidak padan. maka jika tidak kena dengan mata sendiri tengok apekah saya akan jadi manusia biasa dan tidak body conscious bila memakai ini? terus simpan dalam almari tak mahu pakai dah dan tunggu masa untuk alter atau modified tak tahu bile. oh! i want to be brave to try those things sebelum menjadi tua~!


so, tak pelah. mungkin perlu redha and terus menatap (atau meratap) melihat jaket kulit yang sangat padan dengan dia tetapi tidak dengan saya. dan sekarang i really-really like this one shirt and long cardigan that i just bought last few weeks. serperti ingin memakai sewaktu tidur. and i really-really want to do a massive makeover to my 'almari besi' so that i don't puke and gag when i see the same old thing which i didn't wear but i still keep it 'just in case'..

Friday, October 23, 2009

bila orang itu 'BRAG' maknanya dia bukan mahu menunjuk-nunjuk

brag-brag-brag...



bila orang itu 'brag' maknanya dia bukan mahu menunjuk-nunjuk..

tetapi dia memang tidak yakin dengan diri sendiri dan cuba untuk menaikkan diri sendiri supaya orang lain tidak pandang rendah padanya..orang ini akan sentiasa 'brag' kerana beliau merasakan bahawa beliau sangat tidak secure dengan keadaan diri sendiri. jauh di sudut hati, beliau akan rasa puas kerana apa yang beliau kata tidak berapa betul pun sebenarnya tapi tetap puas sebab apa yang dia 'brag' itu walaupun dia tidak buat, tapi dia akan buat. seperti contoh;



'aku try buat kuih koci terus jadi tau!'



di sudut hati beliau, beliau akan kate, sebenarnya tak berapa jadi sangat pun, keras nak mampuih tapi next time, i akan buat kueh koci yang paling sedap dalam dunia..



dan para pendengar pula, tidak perlu rasa ambil hati kecik hati atau sakit hati kerana seni 'brag' tidak ada pada anda. tadahkan telinga dan kasihanilah beliau si kaki 'brag'. sebab macam saya kata tadi orang yang 'brag' ini tidak secure akan keadaan dirinya. percayalah, jika beliau mula 'brag' tentang diri sendiri, bermakna beliau dengki dengan anda, kerana anda mungkin lebih baik dari beliau, atau beliau tidak suka dipandang rendah. maka pandanglah beliau dengan tinggi. dan janganlah menjauhkan diri dari beliau, sokonglah beliau dan pujilah beliau dengan nada ikhlas (dalam hati nak ikhlas ke tak, suka hati..)

dan jika perkenalan pertama dia terus brag (macam salesman ke mlm punye orang yang suke menunjuk-nunjuk figure gaji yang ada 10 digit itu) maka nxt time tak payahlah contact mereka lagi, jauhkan diri dari beliau kerana brag jenis begitu memang brag asli, dah menular di dalam darah, dah tak dapat dibendung lagi. lari!

oklah, apa yang i merepek ni.

bloghopping and blogging sama penting.



sorrrriiii...
tajuk takde kena mengena,
tapi sebenarnya nak test camera phone baru..
ecececeh...!

Wednesday, October 21, 2009

i don't know what happen to me..

these few days, konon nak salahkan PMS ke hapa, but honestly my mind is going somewhere and start to hate everybody and keep on bragging about how much work that i've done and nagging about people who deosn't know how to put things back to its place, become a silent mode handphone, begin a war with people i love.

these few days, i don't know what's happening to me, i feel like my inner self being drifted away and mix up with 'konon' emotional baggage and feel sad..

am i stress?

nope..

and i feel like i ignored myself truly for not being happy and sad and care. i just being selfish and i don't bother of what people think of me. i am mean and honestly, i am a very bad person. i ignored everything, i ignored my own feeling, i ignored other's feeling. sometimes i hurt them as much as i hurt myself. i can't be a shoulder to cry on. i sometimes don't want to know others happy news. i feel envy, i feel bad to myself. i was down.

ok sudah..sudah..

seriously, i terus nak salahkan PMS..

Saturday, October 17, 2009

sedang lepak di meja dan kerusi bos..

tehehehe..tehehe..
tak berhenti senyum dan terasa bahagia kerana trlibat dengan lelaki ini..
tak pe, i sanggup buat ape saje untukmu kerana telah mendahulukan duitmu untuk membeli henfon baruku bagi menggantikan henfon lama yang memang sangat perlu untuk campak ke tasik fakulti..

yes, boleh campak ke tasik besok..op no maybe luse sebab sekarang masih berada di office hubby (cheh, hubby konon..ok, future hubby..future husband..lalala) dan besok beliau nak bawa saya pergi rumah terbuka sahabat beliau. maka perlu over ayu dan sopan kerana bakal menjadi bini bos.. er dan juga membuktikan bahawa beliau tidak malu untuk menunjuk-nunjuk bakal bini bos ini (dah diam kau over pulak)...

okeh, bos sudah halau bakal bini bos dari kerusi bos..

daa!

Thursday, October 15, 2009

racik-racik


bile time jamuan raye terus bagi daun pandan buat racik untuk bunga rampai..


(padahal baru racik 4 helai daun dah rehat 2 jam..)





bulan raya ni, rezeki lagi murah dari bulan puasa..


malam ni ada jamuan lagi..ngehngeh..

Tuesday, October 13, 2009

Sunday, October 11, 2009

tidak boleh hidup tanpa mu...

nenek tua, 1952

well, well...

tanpa mu itu mungkin boleh di apply pada encik boyfriend yang sangat saya rindu sayang rindu sayang sayang ok dah..tapi seriously, subjek utama 'tanpa mu' adalah speck kaler hitam merah yang sudah senget hantar kedai untuk betulkan bingkai bukan tambah power. tapi betol woh, power mata mungkin sudah mencanak naik tak sedar diri tak mau pakai jugak speck ini..

tapi, apa nak buat. dulu agak excited nak pakai speck konon nampak nerd dan sangat suchi tapi cis bile tengok gambar sendiri banyak kali terus tak nak pakai dah sebab rupa macam nenek 70 tahun..(ok, i memang nampak tua wtf tapi tak mahu nampak lebih tua get it?get it?).so that's why sejak kebelakangan ini memang tak mahu langsung pakai speck letak je dalam kotak, konon bile membaca je dan mengira juga menulis je pakai. namun agak tensi juge bila arbainah melambai dari jauh (dua depa) mata terpaksa dikecik-kecikkan atau disepet-sepetkan sebab konon kalau mata kecik pandangan lebih jelas (yeke?). kalau konfom itu adalah arbainah yang dikenali baru lambai balik. jika saya ingin bertegur sapa dengan sesiapa saja di jambatan cantik milik ce.pp harus tungu beliau yang dikenali tersebut berada kurang dari satu depa baru boleh senyum lambai gelak dengan excited.

atau perlukah saya memakai contact lense kaler biru?

Friday, October 9, 2009

ha..

shortest title i know. i'm so exhausted macam hapa. woke up early, went to the lab and hoping to do some labwork and hoping it will be run smoothly..ya ya ya..smoothly, when u start labwork at 10.00 and you have to attend a n open house at 12. u need to pick up altered baju kurung in taman u and pick up samples from pusat kesihatan...ya ya ya...

and suddenly A LOT of things happen, markers at another block, wire gone missing, no ice cubes and i just realize that the other lab is too far away from my lab. konon nak run agarose gel kat lab kak siti. i ended up walking here and there looking exhausted, kept on forgetting things, run back to my lab. went to kak siti's lab again, forgetting things again..ya ya ya...

and the clock stroke 12. still searching for wires, kept on changing gloves (i'm too paranoid dealing with EtBr - boleh mandul woh!) then call arbainah to wait for another 30 minutes. baru boleh pergi rumah terbuka. and sesat! took around 30 minutes padahal rumah 10 mins tak sampai. ya ya ya...

ok, thank God makanan sedap gila, i'm so hungry i dig in laksa johore and nasi minyak. lantak! and terus mintak resepi laksa johore (balik mesti buat). and pick up my altered baju kurung, kedai tutup pulak! terpaksa balik lab dengan rasa kecewa and continue my labwork. .

after a chaotic situation dengan glove ke mana, positive negative electrode salah, kept on changing gel kejap pusing sana-kejap pusing sini, at last dapat result juga. but ya ya ya..macam tahi, nevermind, first time is always like that kan? and i'm glad i managed to set up a place for us to do DNA laddering. nevermind, nevermind, bebeh. you still got time. do it again next week ya!

da..!

Thursday, October 8, 2009

lepas ni kita jenjalan lagi ye khalisah!

ok lah..ok lah..u buat macam mana rupa pun khalisah tetaplah awak tu comel kan..so makcik zura pun macam redha je sebab awak comel sangat..tapi khalisah baiknye sikit pun tak 'eehk'..sebab seronok jalan ye..makcik-makcik ni je yang over excited tengok taman tasik mutiara rini tu cantik pulak..


mama khalisah (berbaju biru - oh; nama: kak sam) dan bukan mama khalisah (nama: kak ana) juga tidak melepaskan peluang untuk berposing bersama khalisah menggunakan kamera makcik (ceh perlu mention ke?). idea nak bawak khalisah jenjalan petang rabu ni adalah idea makcik dan kak ana bersama sebab kami faham, khalisah suka jalan kan, kan? makcik pun suka jalan juge so makcik tak heran kalau kena angkat stroller khalisah sebab nak lintas longkang..

makcik ni bukannye ape, makcik saje nak tau tips-tips menjaga baby macm khalisah ni. maklumla just in case kan.. makcik ni bukan muda lagi (tapi hati muda) tapi makcik kira hebatlah sebab makcik pandai tolak stroller..kira ok laa tu..

dah la..makcik penat pulak..babai...

Wednesday, October 7, 2009

Tuesday, October 6, 2009

bila kita nak tangkap gambar sama-sama lagi ni?



seronok juge bila hidup dalam kerinduan macam ni. rindu sekolah, rindu kawan, rindu masa dulu..






rindu masa sekarang....

Monday, October 5, 2009

talk about food..

izinkan hamba bercakap pasal makan..walaupun hamba puasa, rasanya tidak salah untuk hamba berangan masakan-masakan sendiri..ceh diam kau tun teja mari sambung cerita pasal makan sambil meleleh air liur..

almaklumlah hari raya, tapi masa tu puasa lagi weh jangan berangan kau buat kek raya azurah..heh..anyway, sebab ikram bagi resepi hebat kek kukus coklat yang pernah beliau bawak beberapa bulan yang lalu dan memang sumpah sedap sampai menjilat pinggan, saya pun cubala resepi nye. agak huru-hara juga kawasan meja makan masa itu sebab gigih nak buat kek walaupun dah pukul 10 malam. gigih mungkin sebab tak sabar nak tengok hasil kek buatan sendiri buat kali kedua sebab kali pertama buat bantat, salah oven bukan salah saya.

bukan barangan ikea

tuan punye kek mesti teruja. buat tak samapi 2 jam sebab main kukus je dalam periuk dengan harapan tidak bantat siap berdoa atas tikar sejadah maklumlah bulan puasa, maka memanglah kek tidak bantat malah sedap woi..sedap tau! (sudah, jgn ngengada puji diri sendiri)..memangla kek tu nampak buruk sikit sebab beli bahan A je, bahan B lupe nak beli (ceh padahal takde kena-mengena) tapi soal rasa, lidah tak boleh bohoooong..

tapi minggu lepas bile ikram bawak kek dia lagi (aku tau kau nak show off kan?) rasa dia lain pulak moist gile memang konfom ada bahan lain yang dia tambah tapi tak nak bagitau kakak-kakak senior yang kepingin buat kek coklat sedap ni. bukan saya saja yang berkata demikian, malah mekna selaku pembuat kek di terengganu juga berkata demikian. ikram, baik kau bagi resepi penuh kat kitorang sekarang jugak! kalau tak, wang atau nyawa...(atau dalam kes ini, resepi kek atau nyawa..!).

sebab dah cerita pasal makan kan, kalau boleh nak letak semua gambar makanan dalam ni kasi diri sendiri terliur (adoiyai sudah laparla nii..) terus teringat rendang mak yang dibuat masa adik nak balik ke tempat dia belajar tu, konon buat bekalan. apela mak ni, time raya tak nak buat time bulan puasa jugak nak buat siap ada ketupat palas lagi (enzim perut merecik-recik..lapar weh! laparrrrrgghh!).

rendang mak..


tapi antara semua makanan dalam dunia ini, makanan ini paling best kalau paris hilton lalu konfom saya tak pandang biarlah di lalu lalang depan saya 10 kali seminit pun tetap i tak pandang sebab hidangan terbaek ini (ok lah paris, i pandanglah u and i ajak u makan sekali ok?hot? yeah, that's hot..).

sambal ikan bilis dan ayam goreng memang menjadi gilaan saya seorang..

tammat

-saya masih berpuasa-

Thursday, October 1, 2009

srk jalan kuantan satu.

lagu sekolah pun masih ingat okeh..

cuti boleh tahan lama jugak, jadi bercadang untuk beraya di tasik titiwangsa. tahu tasik titiwangsa? tahu? yang dulu ada eye on malaysia tapi sekarang dah lenyap whoosh? ye. tasik titiwangsa itu.


masa dari lahir sampai umur 10 tahun, kehidupan saya di betul-betul di tengah kota kuala lumpur. tahu flat pekeliling? flat pekeliling itu? ya, itulah flat yang saya tinggal selama 10 tahun. sekarang agak glemer jugak sebab selalu masuk tv - last sekali saya baru discover cerita anak halal ada satu scene belasah dibuat di situ. lagu 'bila aku sudah tiada' juga buat di situ. bila tengok scene yang dibuat di situ, terus rasa nak nangis, terus rasa nak tinggal situ lagi walaupun rumah macam sarang burung.


eh, ni cerita rumah atau cerita sekolah?


ok, sambung cerita sekolah. jadi, bila duduk di flat pekeliling maka ramai anak penduduk akan sekolah di sekolah rendah kebangsaan jalan kuantan. ada 2 sesi, jalan kuantan satu, dan jalan kuantan 2. ada sekolah jalan temerloh juge. naik trak kalau nak pergi sekolah, siap berlumba trak no 2 lawan trak no 3 sebab trak no 1 ke sekolah jalan temerloh. sekolah jalan temerloh kitorang semua tak geng so babai!


jadi bila pergi ke tasik titiwangsa dan lalu depan sekolah terus macam nak nangis jugak. RINDU SANGAT! terus tunjuk kat encik boyfriend (sebab dia yang bawak saya ke situ) tempat ni tempat saya tangkap belalang dulu, tempat ni tempat kitorang tunggu trak, dulu ada satu pokok beringin besar yang sumpah scary sebab pokok tu budak kecik baya-baya kami boleh masuk dan duduk sembunyi. dan ada juga satu pokok yang ada darah beku kat akar pokok tu bila kakak-kakak tu bagitau tu darah orang jepun dulu sebab sekolah tu bekas hospital masa zaman jepun dulu. uish, sangat sejarahlah sekolah saya tapi tak pasti kesahihan sejarah tersebut, heh..


lepas tu, bila waktu pendidikan jasmani, ayat cikgu rosli yang paling best dalam dunia masa tu adalah;


"ok, hari ni kita joging kat tasik titiwangsa"


terus kanak-kanak riang lagi comel jerit YEAY...!


haish memang muka masa dulu sangat comel TAK macam sekarang.


tapi sekarang memang berubah sangat, kawasan pundah tak berapa selamat. petang-petang, jangan harap suasana tenang sunyi tapi ramai pulak mat rempit lepak tepi tasik, setiap kerusi ada pasangan bercinta, ramai sangat orang. mungkin sebab pergi hari ahad, tapi zaman 20 tahun dulu hari ahad pun tenang siap boleh berkelah tak ada pasangan bercinta cuma family berkelah tepi tasik. best tau..bila pakcik melayu jual aiskrim kring! kring! kring! lalu, terus lari-lari beli aiskrim 50 sen yang ada perisa coklat dan vanila. bila abah dan emak beli aiskrim jugak terus kate mak ngan abah macam budak-budak la sambil jilat aiskrim lepas tu makan laaaambat sangat sebab nak bertanding dengan adik siapa makan palik lambat.

ye, balik jalan kaki dari rumah ke sekolah pun tak perlu risau pakcik saiko culik rogol dan sebagainya..zaman sekarang agak ngeri bila fikir balik..

sudahlah..

zaman dulu memang merindukan...