Friday, September 25, 2009

selamat hari raya lah!


whoaa! gambar introduction memang teramatlah buruk (siap ada sinki kat belakang)..adoyai! tapi, saya tidak kesah! tidak kesah dengan itu semua. ini menunjukkan semangat makan mi di petang raya di rumah mak long terserlah dan semangat kekampungan yang telah ditonjolkan dengan memakai baju kurung kain cotton bunga kecik-kecik oh memang selesa! ini of coz baju raya saya yang sumpah selesa gila kalau boleh nak tidur pun dengan baju ini lihatlah lengan disinsing tidak perlu risau kuah mi tumpah merechek atas baju! but of coz, orang di kampung lebih vogue dari i, i redha sahaja..yang penting i gumbira...

bercakap mengenai baju raya, semasa beli baju raya ini (mahu cerita juga tak kira!) memang sudah jatuh chenta pandang pertama terus mahu memiliki dan buat peluk di waktu mimpi. tambahan pula, di otak sudah terfikir akan jadi amah tanpa gaji (tanpa rm25 sejam) tukang basuh cawan, tukang basuh pinggan, tukang bancuh air, tukang lap meja, tukang hidang, tukang top up kueh dalam balang...memang impian menjadi amah tanpa rm25 sejam menjadi nyata memang sayalah yang menjadi tukang itu semua kerana saya adalah cucu paling comel dan paling tua tapi masih tak sedar diri tanak kawen-kawen lagi (terus mahu kawen masa itu juga melihat sepupu yang satu geng dahulu menimang anak dan menguruskan hal anak tanpa perlu berfikir mengenai pinggan yang membukit di singki). OMG azurah memang rajin!

sudahlah, saya akan nangis bile baca entry sendiri yang panjang sangat..



well,

tidaklah saya berniat untuk merasa rendah diri atau mengutuk baju raya sendiri namun inilah sebahagian famili saya di hari raya, sempat juga menangkap gambar ini (cameraman adalah saya of coz tak termasuk dalam gamba sebab baju adalah paling kampung dan selesa, kasut pula crocs berharga rm45 sahaja), agak kecewa juga sebab tak ada gambar kenangan beramai-ramai macam raya tahun lepas.

anyway,

perlu ucap selamat juga, selamat makan untuk majlis rumah terbuka pula. saya pula akan terus-menerus mengontrol makan sebab saya sudah hampir demam kerana makan!

ye, selamat makan ya semua!

No comments:

Post a Comment