Friday, September 11, 2009

mengambil kesempatan weh!

ini dinamakan mengambil kesempatan mengambil gambar dengan nama sendiri terpampang di muka banner yang besar. ini tak salah okeh..



sepanjang kehidupan tak kiralah kehidupan seorang student ka, seorang siswi ka, seorang mat rempit ka, pastilah pernah satu ketika diambil kesempatan terhadap kelemahan yang kita ada.

tambahan pula kalau dalam arena research ini, selalulah dengar hal-hal mengambil kesempatan ini. contoh terdekat, penat-penat kau buat lab, fikir macam nak gila macam mana nak dapatkan result, stress macam nak mati bila result keluar macam tahik, cari pulak method baru dengan harapan result akan keluar dengan flying colours, tapi masih tahik, cari pulak lagi method lain yang applicable, tahik jugak (maaf banyak pulak perkataan busuk di situ) sampailah dah nak hujung nyawa ni, tahun depan belum tentu hidup atau tidak dengan belajar tanpa UWANG dan result adalah sikit-sikit yang boleh diguna pakai...tiba-tiba..

TIBA-TIBA...

kau yang belah sana tu konon muka cun terus mintak result kat KAMI..siap nak soft copy lagi..dari result itu, kau yang belah sana itu modified sana sikit sini sikit lepas tu nah, hantar untuk publish paper. nama kau yang belah sana terpampang, nama empunya badan yang berpeluh buat, korek, cipta result tak ada..diulang, TAK ADA..

tak ke sedih macam tu?

diambil kesempatan. kalau kau yang belah sana tu bermulut manis dan tidak bermuka bongkak takpe la jugak sejuk hati nak bagi tapi....

tak, benda ni tak jadi kat saya (saje nak emo tak boleh ke?).

kesian weh!

1 comment: