Wednesday, September 9, 2009

masa dulu masa sekarang.





hampir 9 tahun sudah berlalu (baca dengan nada syair - dan nangis kalau perlu) bukan nya senang nak berkumpul macam ni gaya. thanks pada azmilia and all the ajks yang bersemangat merealisasikan iftar/reunion ini (huahuahua walaupun i ajk, i tetap suka curi tulang- sori guys, boleh tolong sikit saja sebab matrix ina sedang melalak mintak pulang ke pangkuan keluarga, ceh padahal)..

dan saya jumpa semua orang termasuk ustazah nasriah yang dirindui. bila saya salam tangannya, of coz muka pelik nak ingatkan nama saya terserlah saya sudah sedia maklum, saya memang tidak fofuler di sekolah saya juga tidak terer bahasa arab komunikasi walaupun masa pmr dulu dapat A (dah diam), saya juga budak baik jadi tidak melibatkan diri dengan ustazah yang bertindak sebagai warden (padahal lagi) dan ustazah juga tidak pernah ajar saya mana-mana subjek pun sebab tingkatan 4 saya sudah babai sama itu sekolah. jadi saya juga tidak terasa bila ada di kalangan putra-putra kata 'eh siapa yang cun tu?' ok bukan -- buang perkataan cun tersebut.

jadi mix and mingle berlaku bagi mengeratkan ukhwah, of course, i yang tidak dikenali remain diam namun masih mencari publisiti dengan menganounce diri sendiri sebagai seorang beriman (di depan ustazah nasriah lagi konon nak buat statement). azmilia yang senantiasa peramah itu melaung dari hujung meja ke meja saya

"jue-a (nama manja) kau nampak bersinar-sinar duduk kat situ"

jadi saya juga melaung " oh, itu kerana sinaran keimanan" nampak sangat tidak sopan kerana masa itu sedang menyuap makan dalam mulut. haish, konon nak menjaga reputasi, terus reputasi sebagai gadis senyap lagi bersopan santun lenyap.

bila solat isya' dan terawih dijalankan dah pulak yang mengimamkannya adalah uztaz aziz sendiri, terus sayup-sayup teringat zaman sekolah 9 tahun dulu, ustaz aziz juga yang jadi imam, dan sebelah yah juga saya berdiri menjadi makmum dan rakan-rakan sekolah yang lain. -sama- cuma tempat je yang berbeza. tapi semangat sekolah macam datang bertimpa-timpa..oh!saya rindu zaman sekolah.

yelah selalu hu ha hu ha hau hua time reunion, hari tu hamek kau terus mendukung misi dan visi sekolah menjadi insan yang soleh dan solehah. hee.. anyways, i really miss you guys.. nak raya ni terus nak susun jari mohon ampun dan maaf jika pernah terjal kepada anda semua satu ketika dulu..


selamat membuat kuih. jangan lupe teraweh malam 10 terakhir banyak hikmatnyee...(cakap untuk diri sendiri juga)



No comments:

Post a Comment