Saturday, September 19, 2009

sebelum sampai mid valley,



saya pergi ke shopping complex bernama mid valey..
sangat rindu..sangat-sangat rindu.. terus teringat pada zaman muda-muda dulu yang seminggu paling kurang sekali pergi sana untuk cuci mata..at least beli satu majalah buat penghibur hati..atau beli air kat kedai mamak depan pintu masuk keluar mid valey yang dekat dengan stesen komuter itu. .
sekarang tempat itu sudah maju.. sudah jadi lain macam mana tah sebab dah lama tak pergi midvaley naik komuter malah naik persona sajee. itupun setahun dua kali sajee pergi ke sane..

talk about komuter yang lembab itu...

setiap kali naik komuter, mesti dalam hati mahu sumpah seranah %&*$%*&). ye, stesen komuter di bank negara memang sudah cantik. dan menyenangkan pengguna dengan membahagikan kepada 2 bahagian di satu platform. satu ke arah pelabuhan kelang, satu lagi ke seremban. namun bila time pukul 5 ...

haih..selepas pukul 5 suasana memang tegang! dah jadi macam satu cabaran dah maca nak pergi perang, dah macam nak pergi berjuang pun ade! bila komuter macam sardin, ketiak masing-masing dah bau macam belacan, malah diangkat tinggi lagi kasi aircond pada semua manusia sejagat di dalam train itu, tambahan pula di bulan puasa sekarang ni, memang macam-macam boleh jadi..

dulu masa zaman saya muda-muda tolak menolak lah kau tak ada siapa nak marah..

sekarang...

"woi jangan tolak-tolak boleh tak!""kau kenapa dah penuh a tak boleh masuk dahla""yang kat depan pintu ni boleh ke dalam lagi tak?" kata-kata demikian adalah dalam nada marah ye. nada yang kalau kau tak bertindak mengikut arahan pasti kena debik..

orang kl sekarang makin kejam..

ada beberapa benda yang obvious sekarang ni...

pertama;

orang yang marah itu; bawaklah bersabar kerana suasana train macam itu. tolak menolak adalah biasa. jika tak mau kena tolak, kau tunggu train lagi satu yang kurang sikit orangnya atau kau buat train kau sendiri..

kedua;

orang yang menolak itu. apa kau tu mengapa sangat tak sabar nak naik train? jika dah sangat obvious depan mata engkau adalah sangat penuh, engkau main tolak je apa kes? tak boleh sabar jugak? nak jugak naik train itu? kau tak tau perasaan orang kena tolak dihimpit sesak nafas dan segala bagai, kau nak tolak jugak. kang tolak kau atas landasan kang, padan muko!

ketiga;

orang yang bertenggek depan pintu. kalau engkau naik train dari kl sentral dan niat engkau adalah nak turun di sungai buluh atau kuang, kenapa engkau BERUK sangat duduk di depan pintu. boleh tak kiranya kau masuk dalam sikit, berdiri kat dalam sikit sebab orang lain pun nak masuk juge. kalau kau tak duduk depan pintu, orang lain boleh masuk dengan aman, tolak-menolak takkan berlaku, pintu train takkan sepit orang yang dekat pintu tu. mintak tolong aa beringat..!

ke empat;

orang mereng sandar kat tiang. woi, orang sikit punya ramai, dah pulak tempat berpaut adala seikat dua je, yang engkau selamba sangat sandarrrr baik punye kat tiang tu apa kau tak da tulang ke? meh sini i nak sound sikit, tiang itu tmpat berpaut bagi mereka yang berdiri. tiang utnuk dipengang dipaut, bukan di sandar. apa kau bajet orang lain bersandar dan berpaut pada engkau ke? gila betoi..

ke lima;

si kaki raba gatal bodoh nak mampus ke hapa. hah, ni saya malas nak komen banyak. kesian woh warga perempuan berasak-asak. berhempet-hempet terpaksa redha je bersandar dengan bontot bangla kat blakang..kalau pikir lagi muntah! so malas nak komen lagi..lagipun ada blog lain juge yang komplen pasal ni..

dah, cukuplah kutukan-kutukan tersebut..oh ya;

ke enam (yang paling penting!);

boleh tak time puncak (balik dan pergi kerja) train tu dibanyakkan sikit? saya rasa perkhidmatan komuter ni dah dekat 15 tahun dah tapi perkhidmatan macam tu jugak! ada la tukar sikit seperti train tukar cantik sikit, stesen pun dah ada bumbung, bla-bla-bla..

tapi saya rasa kalau masalah orang ramai dan sesak di waktu puncak ni diselesaikan sangat-sangat lah saya suke, orang lain pun suka.. kan?

banyak dah blog yang komplen pasal ni, macam ini, ini dan ini...

dah, cukuplah..komplen kat suratkhabar pun tak ada tindakan, inikan pulak blog kecik macam ni kan?

heh..


No comments:

Post a Comment