Friday, September 4, 2009

check kain sendiri dulu bolehka?




"petanda orang sakit jiwa ialah apabila dia lebih mementingkan kata orang lain tentang dirinya berbanding penilaian dirinya sendiri" - Ibnu Qayyim Al-Jauzi


itu sebabnya saya mengambil keputusan untuk tidak peduli apa orang kata asalkan saya bahagia. apa perlu ke nak puaskan hati orang lain padahal kita sendiri terkengkang-kengkang nak penuhi kehendak semua orang? (saya pun tak tau kenapa saya guna perkataan terkengkang itu-dramatik) dan perlu ke wahai orang lain itu untuk tidak peduli kain kau tu koyak ke tak, nak tegur kain koyak orang lain ke?

saya memang tak puas hati ni..

sebab buat yang ke seratus lapan puluh lima kali untuk tahun ini (saje tulis dalam perkataan kasi nampak panjang dan banyak kali) ye ulangan, buat yang ke seratus lapan puluh lima kali untuk tahun ini, orang di jalanan kata

"wuih garangnye muka"

fine! fine!

wahai orang di jalanan aku ada kacau kehidupan kau ke? ada kau akan eksiden dilanggar kereta kalau kau tak kata muka aku garang bila aku tak pun kacau kau tapi selamba badak kau kata aku bermuka garang? ye memang aku bermuka garang, ada aku kacau kau? ada?!

suka hati aku lah wei aku nak bermuka garang bengis sweet dan sebagainya..aku nak ngorat kau ke?!

^&*(*&#$%^&*%$##^*^%$$##@!$%&*%% -->ok dah cukup panjang sedang berpuasa.

itulah melayu tipikal. dan terus terang saya katakan saya benci melayu tipikal ini bolehka? sibuk dengan muka garang orang lain. pegi a jual kuih yang berlambak tu!

like i said, i don't care..

tapi sebab mereka mengacau kehidupan saya, dengan membuat saya rasa concious ini memang tak boleh tahan. sekali dua takpe lagi, ini dah seratus..er rujuk ayat tadi. mungkin saya perlu buat plastik surgery di bahagian mulut saya yang NATURALLY ke bawah dan MENCANTAS kening saya agar betul-betul macam bulan sabit bukan macam sekarang yang NATURALLY slanting ke atas supaya muka saya sentiasa psycho tersenyum macam <=) dari yang sekarang macam >=( .

itu muka natural okeh! i will change if i want to CHANGE and i don't care what u guys think of me! takkan nak pergi bazaar ramadhan senyum sepanjang jalan. saya bukan gila dan untuk senyum sepanjang jalan adalah penat dan perlukah saya memuaskan hati orang dengan ekspresi yang dibuat-buat?

kalau Tuhan sudah cipta kau sempurna macam brat pitt kau tak da ekspressi pun orang tengok kau macam senyum sampai telinga dah kau diam. jangan nak tegur orang muka garang seperti kau tegur orang cacat tak da kaki

"ei, kaki takdela.."

kau rasa orang takda kaki itu terasa tak?

sudahlah saya berpuasa. siapa yang kata saya garang sebelum ni (verbally abuse kalau dia cakap dalam hati takpe) saya maafkan sebab saya puasa hari ni.

haih...

No comments:

Post a Comment