Tuesday, September 1, 2009

kelas 5 balkis



backstreetgirls..heh, salah. kelas 5 balkis. saya, belle, farah, joe, mizah.


selamat bersahur..
dah pi semayang subuh sekarang!
dah masuk waktu nih...

yesterday punye cerita;
di waktu merdeka yang mulia, of coz saya bangun pukul 10 ke atas (can't tell ya the exact time hokeh! malu i). so bile lihat henfon canggih saya, terus ada 1 miscoll dan 2 msg. 1 msg dari azma kata mau pulang ke johore bile, and 1 dari farah;

"0it makcik! jadi datang tak?"

terus teringat hadiah baby bagak besar kat dalam kereta owh, perlu melawat farah dan baby barunya sekarang. kalau tak bile lagi nak datang nengok.

dan 1 miscol itu adalah dari farah.

farah adalah rakan masa sekolah. masa saya datang tengok amirul zafran, farah kata kat anak dia yang comel bile senyum terus nampak lesung pipit itu;

"ini kawan ibu, kawan ibu masa sekolah dulu.."

how time flies...

kalau dihitung, kitorang kawan sudah hampir 9 tahun..and she is among my bestest fwen arh beside joeniza, mizah, simajamaluddin, rose, lin...kat skolah, rakan-rakan satu kelas adalah wajib berkawan baik kerana mereka perlu bekerjasama mengejutkan rakan sebelah depan tepi belakang untuk bangun menumpukan perhatian kat kelas add math cikgu wang. owh! dan juga kelas bahasa melayu cikgu muhammad..er..dan kelas sejarah papa ya (or cikgu zakaria). juga kelas fizik cikgu er..woh! cis saya tak ingat nama cikgu fizik sendiri..watever..

dan rakan-rakan ini juga diberi tanggungjawab untuk menjadi teman tapi mesra di kala asrama kering kontang dan tandas sekolah menjadi medan permandian dan kelas menjadi medan segala suka duka dan lara. belakang kelas di balik rak buku kecik jangan kata, ada tikar getah tempat baring baik punye dan juga baldi baju prep petang, sabun selipar jamban dan segala bagai..

saya ingat lin kata semasa kami sedang bersuka ria di waktu prep;

"woi jangan bising aa! kalau nak bising masuk hutan!"

walaupun time itu lin adalah sangat annoying namun, selepas itu menjadi bahan lawak juge..saya and mizah (partner sebelah meja) selalu berkata sesama sendiri "woi, jangan bising nanti lin suwoh kita masuk hutan a..woi jangan bising, nanti lin suwoh kita masuk hutan aa woi jangan bisin a nanti lin suoh masuk hutan aa woi jangan aa bising nanti lin suoh masuk hutan.." okay annoying tak? padan muke kau lin..muahaha..

and saya juge pernah marah farah tahap jerit satu asrama siriyes semua orang ingat saya amuk marah junior;

"kau ingat kau bagus! dah la memekak kat blok orang berambus a kau bising gile a minah ni ... bla bla bla...!"

mungkin kerana masa itu perang dingin mogok, tak mahu cakap dengan farah selama 4 bulan. so saya rasa saya boleh marah dia sesedap rasa (saya rasa farah mungkin - mungkin ya - nangis dekat mizah). and sebab kami dua ketul budak ini tak mahu cakap sesama sendiri adalah kerana ayat saya pada mizah semasa farah sedang nyanyi dengan riangnya di dewan makan.

"farah nyanyi sebab nak goda put dut(put dut adalah abang dewan makan).."

terus farah merajuk lari balik blok dan tak makan kat dewan makan selama 4 bulan. dan 4 bulan itulah juge we all tidak berkata-kata sesama sendiri. walhal farah selalu lepak depan meja mizah, saya pulak memang partner meja sebelah mizah dan of cos mizah pening kepala melayan kerenah egoistik gila babi kitorang. of coz la situasi seperti "ko bagila kat dia, ko cakap kat dia dia nak apa..aku nak benda ni dari dia, amek kat dia a benda tu" padahal memasing duduk tak sampai sepelaung (depan mate) nak jugak mizah jadi tukang sampai mane tak pening mizah masa tu. dah la dalam masa dopopat jam itu, 8 jam je berpisah yang lain hadaplah muka klasmet kau yang belen lagi 16 jam tu (sebab prep juga di sekolah, maka sekolahku, kelasku, kehidupanku). itu sebab mizah banyak kali juge pujuk;

"kau cakap aa balik ngan dia."

dan saya balas;

"selagi dia tak cakap ngan aku, aku tak kuase nak cakap ngan dia.."

masa scene itu, satu tin biskut weatameal bapak besar ada kat bawah meja sebagai bekalan masa lapar.

and bila i start cakap dengan farah? ye saya pun dah malas nak jadikan mizah sebagai penyampai tengok mizah bermuka stress ape la perangai member dua ekor ni macam kanak-kanak rebina. maka semasa itu sedang buat majalah sekolah and nak buat column kelas sendiri terpaksa tanya;

"farah, ko nak letak gamba kepala ko ni kat mane?"

siriyes, kalau bisik pun farah boleh dengar saya cakap ngan dia memang tahap ego gile kalau time nazak macam ni pun tak nak cakap juga. and i memang ingat gila-gila ekspresi muka masing-masing (farah n mizah) masa tu; mizah dah senyum sinis i rasa u nak tahan gelak kan, mizah?! kan?! kan?! and farah senyum malu-malu sambil point kat tempat dia nak letak gambar tuh..

"kat sini pun boleh"

and lepas tu sumpah tak gaduh dah..

haish, rasa macam nak menitik air mata bile story kisah klasik ini kat u oll..

and farah,

ade tak aku mintak maaf kat ko selama ini atas perbuatan aku yang gila annoying itu?



aku rasa macam tak de..kan?

so memandangkan saya still ego + diva (bila usia meningkat) terus saya nak kata pada farah

" i'm sorry hokeh"

of coz aku doakan anak ko kacak bergaya dan ko akan berbahagia dengan abang zaki hingga ke akhir hayat...(muahaha, kat sini boleh le..kat depan mata ces, gile segan..)



budak 5 balkis AGAK terjal sikit. maka ini dikira sebagai gambar kelas kami yang rasmi..


*nak lap air mate..ceh tipu..i nak gerak gi solat..
*saya rindu zaman sekolah woh!

No comments:

Post a Comment