Tuesday, September 29, 2009

i miss u guys!

well,,

hehe, masih berada di rumah rasa sangat malas nak memandu balik ke selatan tanah air weh! schedule sepatutnya semalam namun pening kepala yang teramat sangat (bukan alasan) maka tak jadi pulang, merbahaya kepada pemandu juge.

weekend hari itu macam biasa suasana hari raya haruslah pergi rumah terbuka jemputan rakan-rakan sebaya..



azmilia's



tak sempat nak tunggu yang lain sebab ada hal lain (perlu berterima kasih kepada encik boifren di atas gambar ini)..oh rindu kamu semua!

selamat hari raya!



Saturday, September 26, 2009

mengail lah!

first day of hari raya, of course lah pergi mengunjungi sanak-saudara sahabat handai.. dan bila hari raya kedua sudah mula bosan sangap, mogok tak mahu tengok televisyen kerana asyik terpampang muka fasya sanda itu maka saya terpaksa tidur siang, juga sudah tukar costume t shirt dan track bottom sahaja (baju raya hanya bawak satu). saya juga melarikan diri dari menjalankan tugas amah dan melepak di beranda jika mata tidak terpejam.

bila petang raya kedua menjelma, terus tensi tak tahu nak buat apa lalu memaksa abah bawak pergi mengail. abah yang banyak alasan itu terus menerus memberi alasan katanya pancing tak ada, tali tangsi tak da bla bla bla..terus, Paktam terus bawak keluar segala alatan memancing dari bonet kereta, hah! amek..abah jom kita pergi sekarang!













haish, perlu pergi selalu..

Friday, September 25, 2009

selamat hari raya lah!


whoaa! gambar introduction memang teramatlah buruk (siap ada sinki kat belakang)..adoyai! tapi, saya tidak kesah! tidak kesah dengan itu semua. ini menunjukkan semangat makan mi di petang raya di rumah mak long terserlah dan semangat kekampungan yang telah ditonjolkan dengan memakai baju kurung kain cotton bunga kecik-kecik oh memang selesa! ini of coz baju raya saya yang sumpah selesa gila kalau boleh nak tidur pun dengan baju ini lihatlah lengan disinsing tidak perlu risau kuah mi tumpah merechek atas baju! but of coz, orang di kampung lebih vogue dari i, i redha sahaja..yang penting i gumbira...

bercakap mengenai baju raya, semasa beli baju raya ini (mahu cerita juga tak kira!) memang sudah jatuh chenta pandang pertama terus mahu memiliki dan buat peluk di waktu mimpi. tambahan pula, di otak sudah terfikir akan jadi amah tanpa gaji (tanpa rm25 sejam) tukang basuh cawan, tukang basuh pinggan, tukang bancuh air, tukang lap meja, tukang hidang, tukang top up kueh dalam balang...memang impian menjadi amah tanpa rm25 sejam menjadi nyata memang sayalah yang menjadi tukang itu semua kerana saya adalah cucu paling comel dan paling tua tapi masih tak sedar diri tanak kawen-kawen lagi (terus mahu kawen masa itu juga melihat sepupu yang satu geng dahulu menimang anak dan menguruskan hal anak tanpa perlu berfikir mengenai pinggan yang membukit di singki). OMG azurah memang rajin!

sudahlah, saya akan nangis bile baca entry sendiri yang panjang sangat..



well,

tidaklah saya berniat untuk merasa rendah diri atau mengutuk baju raya sendiri namun inilah sebahagian famili saya di hari raya, sempat juga menangkap gambar ini (cameraman adalah saya of coz tak termasuk dalam gamba sebab baju adalah paling kampung dan selesa, kasut pula crocs berharga rm45 sahaja), agak kecewa juga sebab tak ada gambar kenangan beramai-ramai macam raya tahun lepas.

anyway,

perlu ucap selamat juga, selamat makan untuk majlis rumah terbuka pula. saya pula akan terus-menerus mengontrol makan sebab saya sudah hampir demam kerana makan!

ye, selamat makan ya semua!

Saturday, September 19, 2009

henna raye..

sempena hari nak raya ini, saya ingin mengucapkan

sElAmAt HarI RayA, MaAF ZaHir dAn BatiN!

sesiapa yang terasa dan saya terkasar bahasanya maka ampunkanlah beta (terus tukar beta) ya, beta memang kadangkala suka terlepas cakap, bersikap annoying tahap nak muntah, kadangkala sengaja terlepas cakap, sakit hati tidak bertempat, suara tertinggi, kadangkala terambil tissue lawa-lawa buat harta sendiri, meminjam stepler seperti harta sendiri, tersiku, terlempang dan tertampar (rasa macam tak ada), maka maafkanlah beta.

jadi;

sengaja, beta mahu tunjuk hasil tangan beta dan adinda beta of coz menjadi mangsa..



oh, beta boleh buat bisnes tak?

hihi..

selamat hari raya dan selamat balik kampung!

sebelum sampai mid valley,



saya pergi ke shopping complex bernama mid valey..
sangat rindu..sangat-sangat rindu.. terus teringat pada zaman muda-muda dulu yang seminggu paling kurang sekali pergi sana untuk cuci mata..at least beli satu majalah buat penghibur hati..atau beli air kat kedai mamak depan pintu masuk keluar mid valey yang dekat dengan stesen komuter itu. .
sekarang tempat itu sudah maju.. sudah jadi lain macam mana tah sebab dah lama tak pergi midvaley naik komuter malah naik persona sajee. itupun setahun dua kali sajee pergi ke sane..

talk about komuter yang lembab itu...

setiap kali naik komuter, mesti dalam hati mahu sumpah seranah %&*$%*&). ye, stesen komuter di bank negara memang sudah cantik. dan menyenangkan pengguna dengan membahagikan kepada 2 bahagian di satu platform. satu ke arah pelabuhan kelang, satu lagi ke seremban. namun bila time pukul 5 ...

haih..selepas pukul 5 suasana memang tegang! dah jadi macam satu cabaran dah maca nak pergi perang, dah macam nak pergi berjuang pun ade! bila komuter macam sardin, ketiak masing-masing dah bau macam belacan, malah diangkat tinggi lagi kasi aircond pada semua manusia sejagat di dalam train itu, tambahan pula di bulan puasa sekarang ni, memang macam-macam boleh jadi..

dulu masa zaman saya muda-muda tolak menolak lah kau tak ada siapa nak marah..

sekarang...

"woi jangan tolak-tolak boleh tak!""kau kenapa dah penuh a tak boleh masuk dahla""yang kat depan pintu ni boleh ke dalam lagi tak?" kata-kata demikian adalah dalam nada marah ye. nada yang kalau kau tak bertindak mengikut arahan pasti kena debik..

orang kl sekarang makin kejam..

ada beberapa benda yang obvious sekarang ni...

pertama;

orang yang marah itu; bawaklah bersabar kerana suasana train macam itu. tolak menolak adalah biasa. jika tak mau kena tolak, kau tunggu train lagi satu yang kurang sikit orangnya atau kau buat train kau sendiri..

kedua;

orang yang menolak itu. apa kau tu mengapa sangat tak sabar nak naik train? jika dah sangat obvious depan mata engkau adalah sangat penuh, engkau main tolak je apa kes? tak boleh sabar jugak? nak jugak naik train itu? kau tak tau perasaan orang kena tolak dihimpit sesak nafas dan segala bagai, kau nak tolak jugak. kang tolak kau atas landasan kang, padan muko!

ketiga;

orang yang bertenggek depan pintu. kalau engkau naik train dari kl sentral dan niat engkau adalah nak turun di sungai buluh atau kuang, kenapa engkau BERUK sangat duduk di depan pintu. boleh tak kiranya kau masuk dalam sikit, berdiri kat dalam sikit sebab orang lain pun nak masuk juge. kalau kau tak duduk depan pintu, orang lain boleh masuk dengan aman, tolak-menolak takkan berlaku, pintu train takkan sepit orang yang dekat pintu tu. mintak tolong aa beringat..!

ke empat;

orang mereng sandar kat tiang. woi, orang sikit punya ramai, dah pulak tempat berpaut adala seikat dua je, yang engkau selamba sangat sandarrrr baik punye kat tiang tu apa kau tak da tulang ke? meh sini i nak sound sikit, tiang itu tmpat berpaut bagi mereka yang berdiri. tiang utnuk dipengang dipaut, bukan di sandar. apa kau bajet orang lain bersandar dan berpaut pada engkau ke? gila betoi..

ke lima;

si kaki raba gatal bodoh nak mampus ke hapa. hah, ni saya malas nak komen banyak. kesian woh warga perempuan berasak-asak. berhempet-hempet terpaksa redha je bersandar dengan bontot bangla kat blakang..kalau pikir lagi muntah! so malas nak komen lagi..lagipun ada blog lain juge yang komplen pasal ni..

dah, cukuplah kutukan-kutukan tersebut..oh ya;

ke enam (yang paling penting!);

boleh tak time puncak (balik dan pergi kerja) train tu dibanyakkan sikit? saya rasa perkhidmatan komuter ni dah dekat 15 tahun dah tapi perkhidmatan macam tu jugak! ada la tukar sikit seperti train tukar cantik sikit, stesen pun dah ada bumbung, bla-bla-bla..

tapi saya rasa kalau masalah orang ramai dan sesak di waktu puncak ni diselesaikan sangat-sangat lah saya suke, orang lain pun suka.. kan?

banyak dah blog yang komplen pasal ni, macam ini, ini dan ini...

dah, cukuplah..komplen kat suratkhabar pun tak ada tindakan, inikan pulak blog kecik macam ni kan?

heh..


Thursday, September 17, 2009

CSI woh!



sudah lama tidak menonton CSI secara puas...

selalunya pasti terlupa atau yeah, terlupa..and saya pernah mogok untuk tidak menonton CSI lagi because the story line masih sama begitu saje. dan juge, ye, sangat membohong dan sangat sakit hati melihat alat canggih yang berbagai itu..LCMS GCMS HPLC semuanya laju gila dapat result dan dalam sekelip mata boleh dapat detect compound itu wtf..and yes, DNA extraction! rakan-rakan, kalau DNA extraction itu begitu senang, memang 2 jam sahaja i sudah boleh tahu siapa punya angkara yang menyebabkan kematian kucing kesayangan i di taman depan rumah i inih! tapi ye segala alat canggih yang ditunjukkan di dalam kaca televisyen tersebut adalah sekadar hiburan semata-mata.

pernah nak terjun dalam bidang forensik..

tapi pointer tak cukup untuk itu maka biologi sahaja menjadi pilihan. ini semua gara-gara engkau, CSI.

so just now i watched CSI, haish sedih betul banyak nye i dah termiss! pernah tengok sekali nick stokes ada misai hodoh (1 episode) adn tiba-tiba gil grissom ditukar dengan ray langston, sara sidle hilang, warrick brown dah takde, apehal tah banyak sangat twist and turn nih! so sangat stress..just now i watched csi goodbye and goodluck. seb baik i dah tengok yang previous episode yang ada kena-mengena dengan episode ini. so i wiki-wiki tengok yes, memang sangat banyak saya dah miss and don;t know yang watak warrick sudah dimatikan, sara sidle juge muncul in few episode sahaja, begitu juga dengan gil grissom yang cuti berehat..

last time i watched CSI secara devoted adalah apabila nick stokes terkurung dalam keranda and ditanam hidup-hidup. that was the last season i saw. itupun what, few years back? ye, semasa saya sedang praktikal di kluang dan menjadi penonton setia CSI di rumah fadila dan bertenggek di rumah beliau setiap selasa dan rabu.

yes i miss CSI so bad. biarlah kena tipu dengan alat canggih tak logik yang boleh detect cap jari atas peluru yang dah diflush dalam toilet 2 minggu sebelumnya tuh! biarlah kena tipu setiap kali check bonet kereta mesti ada trace tompokan darah kat situ (mesti ada)! dan biaarlah kena tipu apesal beria pakai glove untuk check itu ini tapi kat kaki tu sikit punya cantik pakai heels tanpa cover dengan sarung kasut - because u know u can bring traces from outside into the crime scene and tiba-tiba jumpa kesan darah kat lantai mane kau tahu kesan darah tu bukan dari kasut engkau watever..and just now, mereka mengorek lubang toilet sangat cantik ye crime scene investigator itu pakai baju dan seluar putih beria sikit kesan najis pun tak terlekat (jika saya, akan pakai plastik cover, glove berlapis-lapis - ini mereka buat - and mask bebeh! mask..suasana pastilah busuk okeh! - ok, i memang over nak protect itu ini pulak)..

but i still nak tengok CSI jugakkan....

biarkan..

Tuesday, September 15, 2009

once upon a time in a place call putrajaya (english version)

do not ask why this post has the English version. if you've read this in bahasa, do not bother to read this entry. :)

the last time i went to putrajaya was in 2003/4.
i borrowed my friend's motorcycle and headed to Putrajaya - with my dearest-we-still-together-until-now boyfriend.the journey took only 30 minutes from my uni in Bangi and i'm sure the shortest way to go there is using Jalan Ayer Itam and Lebuh Perdana Timur (i googled can't remember the name but remember the way).

and this time no more riding motorcycle but my *dearest-we-still-together-until-now-and i-love-him-because-he-owned-a-persona* boyfriend's car (okay, that's long and i love him NOT just because of THAT). and we went there during the fasting month, Ramadhan. my intention is to capture some beautiful picture here and to pray in Putra Mosque and this is my first time ever praying here since its opening in 2000's.

the mosque is so magnificent, i feel like i wanted to cry..


see there? i'm wearing a blue robe! actually, i was given this robe because i was wearing an inappropriate attire (i was thinking that my long sleeve shirt and pants and scarf are appropriate enough).so, yes female visitors are not allowed in pants and jeans and shirt or blouse with short hemline, hot pants, short skirts and stuff. so the muslims were given the blue robe and the non muslim visitors were given the pink rob. the robes were given to those who are not following the dress code.

but i feel so happy to see all the non-muslim come and interested in knowing our holy mosque. from far, i can see the officers gave a brief about the mosque and there's an information board for visitors to know the meaning of each movement in solat. the non-muslim visitors can took pictures from the main entrance (which they can see the mimbar clearly) and amaze by the magnificence of the inside architecture.

after solat, we enjoyed the beauty of this mosque. oh, it really is magnificent!

in front of the mosque, there is a roundabout called Bulatan Perdana Putra where the landscape is beautiful and we can see the building of the Prime Minister's office clearly.



i was so disappointed when the food court near Putra lake was under construction. the view is actually breathtaking because it was nicely built on the lake and we can enjoy the lake view and people actually can cruise around the lake with a big cruiser there.

actually, there's a lot of tourist attraction in Putrajaya. since we were fasting and the weather was hot, we decided to head off to alamanda. here are the list of attractions in Putrajaya;

* Perdana Putra
* Putra Mosque
* Putra Bridge
* Iron Mosque (Masjid Besi)
* Putrajaya Independence Square
* Millennium Monument
* Palace of Justice
* Seri Perdana
* Seri Perdana Bridge
* Putrajaya Landmark
* Putrajaya Wetlands Park
* Putrajaya Convention Centre
* Taman Selatan
* Perdana Leadership Foundation
* Melawati National Palace
* Heritage Square
* Putrajaya Ministry of Finance
* Wisma Putra
* Selera Putra
* Istana Darul Ehsan
* Putrajaya Lake
* Alamanda Putrajaya
* Souq Putrajaya
* Pusat Kejiranan Presint 9
* Pusat Kejiranan Presint 16

wikipedia

and i don't think that pusat kejiranan is also can consider a place for tourist to visit? :)

and i hope that next time, we can go to all of these places and appreciate what Malaysia has.

siapa kata Malaysia tak cantik, heh?

Monday, September 14, 2009

Sunday, September 13, 2009

busy sunday..

ya..ya..

when you are in research, sunday is not an off day for u..

haish...

Saturday, September 12, 2009

kaca mata hitam ray ban abah yang punya!

5 perkara tentang rayban abah yang baru diketahui;

  1. rayban itu dibeli 10-15 tahun yang lalu
  2. dibeli di labuan
  3. abah mintak pakcik belikan rayban di labuan (ceh , jauh tu sampai labuan)
  4. rayban itu pernah ke prancis (mengikut adik lelaki ntuk bergaya sakan di sana)
  5. sudah kembali jatuh ke tangan abah dan di simpan buat kenang-kenangan..

terasa olskul... :)

Friday, September 11, 2009

mengambil kesempatan weh!

ini dinamakan mengambil kesempatan mengambil gambar dengan nama sendiri terpampang di muka banner yang besar. ini tak salah okeh..



sepanjang kehidupan tak kiralah kehidupan seorang student ka, seorang siswi ka, seorang mat rempit ka, pastilah pernah satu ketika diambil kesempatan terhadap kelemahan yang kita ada.

tambahan pula kalau dalam arena research ini, selalulah dengar hal-hal mengambil kesempatan ini. contoh terdekat, penat-penat kau buat lab, fikir macam nak gila macam mana nak dapatkan result, stress macam nak mati bila result keluar macam tahik, cari pulak method baru dengan harapan result akan keluar dengan flying colours, tapi masih tahik, cari pulak lagi method lain yang applicable, tahik jugak (maaf banyak pulak perkataan busuk di situ) sampailah dah nak hujung nyawa ni, tahun depan belum tentu hidup atau tidak dengan belajar tanpa UWANG dan result adalah sikit-sikit yang boleh diguna pakai...tiba-tiba..

TIBA-TIBA...

kau yang belah sana tu konon muka cun terus mintak result kat KAMI..siap nak soft copy lagi..dari result itu, kau yang belah sana itu modified sana sikit sini sikit lepas tu nah, hantar untuk publish paper. nama kau yang belah sana terpampang, nama empunya badan yang berpeluh buat, korek, cipta result tak ada..diulang, TAK ADA..

tak ke sedih macam tu?

diambil kesempatan. kalau kau yang belah sana tu bermulut manis dan tidak bermuka bongkak takpe la jugak sejuk hati nak bagi tapi....

tak, benda ni tak jadi kat saya (saje nak emo tak boleh ke?).

kesian weh!

Thursday, September 10, 2009

si moody mahu bicara



konon letak gambar bunga nak kasi semangat pulih dan kurang sifat moody.

mungkin sebab bunga tahi ayam tu yang tak jalan kot..saya masih lagi dalam mode enthusiastic merundum what ever..

sepagi tadi riang ria teramat sangat! entah kenapa mungkin ada sebab lain. namun dispoil oleh seseorang..

event berlaku di kala sedang cuba (dan berjaya) mengambil tandatangan supervisor pertama.

"dr K ada contact kamu?" dr K adalah supervisor ketiga merangkap mama angkat.

"tak" sebab saya tak ada progress, maka tak tahu nak email apa sama beliau, dan saya pun sekarang ala-ala berfoya-foya tanpa arah.

"bulan oktober ni dia nak datang"

GULP!

teruS mengatakan TIDAAAAAAAK!

terus muka berubah background ada halilintar hujan turun dengan lebatnya, hati sudah nangis.

cis, habislah beta..

cis, sebab sem ini sudah sem akhir..

cis, apa yang harus beta lakukan?!

cis, cis, cis...

lepas tu boleh pulak bloghopping sambil drooling tengok orang kat oversea jalan-jalan sekitar rome, london all around europe dengan hubby kesayangan..

dan sedang sambung belajar juga..

dan sambung phd pulak tu (umur sebaya)..

dan kaya..

dan ada gambar lawa..

terus bertambah stress diri ini taknak tengok tapi nak tengok jugak!
terus kata kat diri sendiri bila nak habis belajar ni? bila nak settle down ni? bile boleh sambung phd kat oversea ni?

seriously, sudah banyak harapan palsu yang telah diberikan kepada emak dan abah dan encik boyfriend..padahal masa depan masih kabur dan sibuk menulis blog..

anyway, perlu habiskan ini..saje nak kasi hilang tekanan..

Wednesday, September 9, 2009

masa dulu masa sekarang.





hampir 9 tahun sudah berlalu (baca dengan nada syair - dan nangis kalau perlu) bukan nya senang nak berkumpul macam ni gaya. thanks pada azmilia and all the ajks yang bersemangat merealisasikan iftar/reunion ini (huahuahua walaupun i ajk, i tetap suka curi tulang- sori guys, boleh tolong sikit saja sebab matrix ina sedang melalak mintak pulang ke pangkuan keluarga, ceh padahal)..

dan saya jumpa semua orang termasuk ustazah nasriah yang dirindui. bila saya salam tangannya, of coz muka pelik nak ingatkan nama saya terserlah saya sudah sedia maklum, saya memang tidak fofuler di sekolah saya juga tidak terer bahasa arab komunikasi walaupun masa pmr dulu dapat A (dah diam), saya juga budak baik jadi tidak melibatkan diri dengan ustazah yang bertindak sebagai warden (padahal lagi) dan ustazah juga tidak pernah ajar saya mana-mana subjek pun sebab tingkatan 4 saya sudah babai sama itu sekolah. jadi saya juga tidak terasa bila ada di kalangan putra-putra kata 'eh siapa yang cun tu?' ok bukan -- buang perkataan cun tersebut.

jadi mix and mingle berlaku bagi mengeratkan ukhwah, of course, i yang tidak dikenali remain diam namun masih mencari publisiti dengan menganounce diri sendiri sebagai seorang beriman (di depan ustazah nasriah lagi konon nak buat statement). azmilia yang senantiasa peramah itu melaung dari hujung meja ke meja saya

"jue-a (nama manja) kau nampak bersinar-sinar duduk kat situ"

jadi saya juga melaung " oh, itu kerana sinaran keimanan" nampak sangat tidak sopan kerana masa itu sedang menyuap makan dalam mulut. haish, konon nak menjaga reputasi, terus reputasi sebagai gadis senyap lagi bersopan santun lenyap.

bila solat isya' dan terawih dijalankan dah pulak yang mengimamkannya adalah uztaz aziz sendiri, terus sayup-sayup teringat zaman sekolah 9 tahun dulu, ustaz aziz juga yang jadi imam, dan sebelah yah juga saya berdiri menjadi makmum dan rakan-rakan sekolah yang lain. -sama- cuma tempat je yang berbeza. tapi semangat sekolah macam datang bertimpa-timpa..oh!saya rindu zaman sekolah.

yelah selalu hu ha hu ha hau hua time reunion, hari tu hamek kau terus mendukung misi dan visi sekolah menjadi insan yang soleh dan solehah. hee.. anyways, i really miss you guys.. nak raya ni terus nak susun jari mohon ampun dan maaf jika pernah terjal kepada anda semua satu ketika dulu..


selamat membuat kuih. jangan lupe teraweh malam 10 terakhir banyak hikmatnyee...(cakap untuk diri sendiri juga)



Monday, September 7, 2009

once upon a time in a place called putrajaya..

the last time i went to putrajaya was in 2003/4.

gigih pinjam motorsikal Nora bersama Encik boyfriend dari U.km ke Putrajaya itu..
peh peh peh...

this time, we went there with persona, during Ramadhan..
and went to solat Zohor in Masjid Putrajaya (first time eva!) - terasa solehah.

masjid cantik macam nak nangis....
isk..




nampak tak? comel gile si penulis (ceh, penulis tau!) memakai jubah berwarna biru laut. ye, memandangkan saya tidak memakai pakaian yang 'appropriate' maka ditunjukkan jalan ke arah almari yang penuh dengan jubah biru (terus berniat nak pakai jubah ke sana ke mari selepas ini terasa seperti mak arab). yang kat sana tuh..ye awak yang pakai jeans tight pon jangan berangan nak masuk gitu aje okeh! sila hormat masjid..oh ye, yang pakai baju kurung dan blouse labuh jangan harap dapat pakai jubah ini dan berlagak mak arab okeh..

tapi serious rasa seperti sejuk hati tenang dan muka sentiasa senyum melihat yang non-muslim pun interested nak tengok dan tahu mengenai masjid ini. dari kejauhan mata, nampak ada pegawai-pegawai yang menjaga kawasan masjid dan ada yang bagi briefing pada tourist mengenai masjid ini dan ada juga board yang bagitau pergerakan dalam solat dan ciri-cirinya. tourist memang boleh ambil gambar, tapi kat depan pintu sajala..oh, mereka pakai jubah pink, tak kira lelaki atau perempuan.

Selepas solat, menikmati keindahan masjid, oh memang cantik sangat!



encik boyfriend memang tak perlu berjubah kerana dia memenuhi ciri-ciri menutup aurat.

depan masjid, ada bulatan kan? ye, bulatan itu memang harus, wajib tidak sunat malah makruh untuk tidak bersakan bergambar di situ. pusat pentadbiran tersergam nan indah macam istana, perlu bercita-cita untuk kerja di situ. jadi tukang bancuh teh untuk PM pun jadi la kot..hehe..


kami memainkan peranan sebagai pasangan cute..

malah terover-excited juge



dan bertindak untuk membuat pertandingan 'siapa lompat paling tinggi'. of course la i menang tanpa bertanding di situ..hehe

sayangnya, konon nak bermodel-modelan di waterfront dekat foodcourt dekat zouq itu. ada construction pula. jadi terpaksa nangis dalam hati sebab tempat target tak dapat nak pergi. cakap dengan encik boyfriend, takpelah kita buat waterfront sendiri. ceh takdelah, i cakap, kita tunggu lain kali kita datang lagi (macam jauh sangat putrajaya dengan rumah, jangan nak ngengada sedih-sedih).

dah balik sekarang..


Sunday, September 6, 2009

i'm not friendly..



i don't know how to be friendly..

mungkin akibat bermuka garang dan sikap ' i don't care' menyebabkan semangat untuk menjadi friendly juga luntur (ceh..ceh..luntur)..dan semestinya bila ingin bersikap friendly, end up bertanya soalan pelik dan bermuka annoying..argh!!

saya bukan tidak berusaha ye untuk menjadi friendly (maybe not trying enough) tapi saya terasa sangat kekok tahap seperti tidak mahu wujud di situ kerana kekok (sambil berdoa weh, orang orang jangan approach aku - lepas tu terasa upset gile kerana menganggap diri tidak dikenali - lepas tu redha dan menerima kenyataan sambil buat statement 'ok, siapa je yang kenal aku..').

jadi nak menunjukkan saya berusaha, saya observed juga rakan-rakan lain yang boleh bersikap friendly dengan orang lain seperti dengan selamba kata "hai tengah buat apa tu" kepada makcik cleaner..ada juga yang pandai bertanya soalan yang pandai seperti "kau sihat ke?macam mana eksiden hari tu ?"(yang obvoiusly saya tidak tahu mengenai eksiden tersebut). kalau saya, saya akan bertanya soalan seperti "macam mana kawen best?" cessss.....

ataupun selalu memuji orang lain seperti "hai kak y yang comel?" "comelnya baju awak!""macam mana awak pakai tudung tu?" "tudung ikin ni sesuai la dengan awak" pastinya akan menimbuklkan perbualan yang rancak hanya sebab tudung..

oh ye, seni memuji bukan expertise saya...

pada pandangan saya, untuk bertanya apa khabar, sihat bila tengok dari segi fizikal memanglah sihat. jadi perlu tanya lagikah? atau pun memuji tudungnya lawa yes, lawa takkan nak beli tudung macam dia pulak lepas tu (pasti berlarutan tanya beli kat mana berapa ringgit dan sebagainya) nanti sama pulak dengan dia nanti kata peniru pulak? plus, i usually feel very uncomfortable bile orang memuji (because i have a very low self esteem) so i feel that other people feels the same to. or definitely saya salah of course semua orang suka dipuji..or maybe saya dengki sebab kasut dia cantik so buat apa puji nanti over bangga pulak dia..

haish..

tak sepatutnya fikir begitu kan?

kan?

so maybe i remain this way. i am not friendly but i appreciate my friends very much, close friends. i'll attend each of your wedding dan pasti menjadi agenda wajib saya and visit u during hari raya if i have the opportunity (i try my best) and visit u bile u dapat baby baru and come to your baby's first birthday party (if i'm invited la) and u can call me if u have any problems, i can be a good listener and maybe be your shoulder to cry on.. i may look tough and macam tak ada perasaan punya orang tapi..

don't judge a book by its cover ait?

Friday, September 4, 2009

check kain sendiri dulu bolehka?




"petanda orang sakit jiwa ialah apabila dia lebih mementingkan kata orang lain tentang dirinya berbanding penilaian dirinya sendiri" - Ibnu Qayyim Al-Jauzi


itu sebabnya saya mengambil keputusan untuk tidak peduli apa orang kata asalkan saya bahagia. apa perlu ke nak puaskan hati orang lain padahal kita sendiri terkengkang-kengkang nak penuhi kehendak semua orang? (saya pun tak tau kenapa saya guna perkataan terkengkang itu-dramatik) dan perlu ke wahai orang lain itu untuk tidak peduli kain kau tu koyak ke tak, nak tegur kain koyak orang lain ke?

saya memang tak puas hati ni..

sebab buat yang ke seratus lapan puluh lima kali untuk tahun ini (saje tulis dalam perkataan kasi nampak panjang dan banyak kali) ye ulangan, buat yang ke seratus lapan puluh lima kali untuk tahun ini, orang di jalanan kata

"wuih garangnye muka"

fine! fine!

wahai orang di jalanan aku ada kacau kehidupan kau ke? ada kau akan eksiden dilanggar kereta kalau kau tak kata muka aku garang bila aku tak pun kacau kau tapi selamba badak kau kata aku bermuka garang? ye memang aku bermuka garang, ada aku kacau kau? ada?!

suka hati aku lah wei aku nak bermuka garang bengis sweet dan sebagainya..aku nak ngorat kau ke?!

^&*(*&#$%^&*%$##^*^%$$##@!$%&*%% -->ok dah cukup panjang sedang berpuasa.

itulah melayu tipikal. dan terus terang saya katakan saya benci melayu tipikal ini bolehka? sibuk dengan muka garang orang lain. pegi a jual kuih yang berlambak tu!

like i said, i don't care..

tapi sebab mereka mengacau kehidupan saya, dengan membuat saya rasa concious ini memang tak boleh tahan. sekali dua takpe lagi, ini dah seratus..er rujuk ayat tadi. mungkin saya perlu buat plastik surgery di bahagian mulut saya yang NATURALLY ke bawah dan MENCANTAS kening saya agar betul-betul macam bulan sabit bukan macam sekarang yang NATURALLY slanting ke atas supaya muka saya sentiasa psycho tersenyum macam <=) dari yang sekarang macam >=( .

itu muka natural okeh! i will change if i want to CHANGE and i don't care what u guys think of me! takkan nak pergi bazaar ramadhan senyum sepanjang jalan. saya bukan gila dan untuk senyum sepanjang jalan adalah penat dan perlukah saya memuaskan hati orang dengan ekspresi yang dibuat-buat?

kalau Tuhan sudah cipta kau sempurna macam brat pitt kau tak da ekspressi pun orang tengok kau macam senyum sampai telinga dah kau diam. jangan nak tegur orang muka garang seperti kau tegur orang cacat tak da kaki

"ei, kaki takdela.."

kau rasa orang takda kaki itu terasa tak?

sudahlah saya berpuasa. siapa yang kata saya garang sebelum ni (verbally abuse kalau dia cakap dalam hati takpe) saya maafkan sebab saya puasa hari ni.

haih...

Wednesday, September 2, 2009

posa paling penat sepanjang hidop!

serius saya tak tahu..!

serius!

bapak aaaaaaaa penatnye bawak kereta time puasa nih!
dengan ngantoknye, dengan lapanye...dengan hausnye..dengan kereta slownye (kereta saya yang slow)..kalau itu kancil boleh bawak 160km/hour sure berbahagia hidup i..





selamat berbuka puasa...

Tuesday, September 1, 2009

kelas 5 balkis



backstreetgirls..heh, salah. kelas 5 balkis. saya, belle, farah, joe, mizah.


selamat bersahur..
dah pi semayang subuh sekarang!
dah masuk waktu nih...

yesterday punye cerita;
di waktu merdeka yang mulia, of coz saya bangun pukul 10 ke atas (can't tell ya the exact time hokeh! malu i). so bile lihat henfon canggih saya, terus ada 1 miscoll dan 2 msg. 1 msg dari azma kata mau pulang ke johore bile, and 1 dari farah;

"0it makcik! jadi datang tak?"

terus teringat hadiah baby bagak besar kat dalam kereta owh, perlu melawat farah dan baby barunya sekarang. kalau tak bile lagi nak datang nengok.

dan 1 miscol itu adalah dari farah.

farah adalah rakan masa sekolah. masa saya datang tengok amirul zafran, farah kata kat anak dia yang comel bile senyum terus nampak lesung pipit itu;

"ini kawan ibu, kawan ibu masa sekolah dulu.."

how time flies...

kalau dihitung, kitorang kawan sudah hampir 9 tahun..and she is among my bestest fwen arh beside joeniza, mizah, simajamaluddin, rose, lin...kat skolah, rakan-rakan satu kelas adalah wajib berkawan baik kerana mereka perlu bekerjasama mengejutkan rakan sebelah depan tepi belakang untuk bangun menumpukan perhatian kat kelas add math cikgu wang. owh! dan juga kelas bahasa melayu cikgu muhammad..er..dan kelas sejarah papa ya (or cikgu zakaria). juga kelas fizik cikgu er..woh! cis saya tak ingat nama cikgu fizik sendiri..watever..

dan rakan-rakan ini juga diberi tanggungjawab untuk menjadi teman tapi mesra di kala asrama kering kontang dan tandas sekolah menjadi medan permandian dan kelas menjadi medan segala suka duka dan lara. belakang kelas di balik rak buku kecik jangan kata, ada tikar getah tempat baring baik punye dan juga baldi baju prep petang, sabun selipar jamban dan segala bagai..

saya ingat lin kata semasa kami sedang bersuka ria di waktu prep;

"woi jangan bising aa! kalau nak bising masuk hutan!"

walaupun time itu lin adalah sangat annoying namun, selepas itu menjadi bahan lawak juge..saya and mizah (partner sebelah meja) selalu berkata sesama sendiri "woi, jangan bising nanti lin suwoh kita masuk hutan a..woi jangan bising, nanti lin suwoh kita masuk hutan aa woi jangan bisin a nanti lin suoh masuk hutan aa woi jangan aa bising nanti lin suoh masuk hutan.." okay annoying tak? padan muke kau lin..muahaha..

and saya juge pernah marah farah tahap jerit satu asrama siriyes semua orang ingat saya amuk marah junior;

"kau ingat kau bagus! dah la memekak kat blok orang berambus a kau bising gile a minah ni ... bla bla bla...!"

mungkin kerana masa itu perang dingin mogok, tak mahu cakap dengan farah selama 4 bulan. so saya rasa saya boleh marah dia sesedap rasa (saya rasa farah mungkin - mungkin ya - nangis dekat mizah). and sebab kami dua ketul budak ini tak mahu cakap sesama sendiri adalah kerana ayat saya pada mizah semasa farah sedang nyanyi dengan riangnya di dewan makan.

"farah nyanyi sebab nak goda put dut(put dut adalah abang dewan makan).."

terus farah merajuk lari balik blok dan tak makan kat dewan makan selama 4 bulan. dan 4 bulan itulah juge we all tidak berkata-kata sesama sendiri. walhal farah selalu lepak depan meja mizah, saya pulak memang partner meja sebelah mizah dan of cos mizah pening kepala melayan kerenah egoistik gila babi kitorang. of coz la situasi seperti "ko bagila kat dia, ko cakap kat dia dia nak apa..aku nak benda ni dari dia, amek kat dia a benda tu" padahal memasing duduk tak sampai sepelaung (depan mate) nak jugak mizah jadi tukang sampai mane tak pening mizah masa tu. dah la dalam masa dopopat jam itu, 8 jam je berpisah yang lain hadaplah muka klasmet kau yang belen lagi 16 jam tu (sebab prep juga di sekolah, maka sekolahku, kelasku, kehidupanku). itu sebab mizah banyak kali juge pujuk;

"kau cakap aa balik ngan dia."

dan saya balas;

"selagi dia tak cakap ngan aku, aku tak kuase nak cakap ngan dia.."

masa scene itu, satu tin biskut weatameal bapak besar ada kat bawah meja sebagai bekalan masa lapar.

and bila i start cakap dengan farah? ye saya pun dah malas nak jadikan mizah sebagai penyampai tengok mizah bermuka stress ape la perangai member dua ekor ni macam kanak-kanak rebina. maka semasa itu sedang buat majalah sekolah and nak buat column kelas sendiri terpaksa tanya;

"farah, ko nak letak gamba kepala ko ni kat mane?"

siriyes, kalau bisik pun farah boleh dengar saya cakap ngan dia memang tahap ego gile kalau time nazak macam ni pun tak nak cakap juga. and i memang ingat gila-gila ekspresi muka masing-masing (farah n mizah) masa tu; mizah dah senyum sinis i rasa u nak tahan gelak kan, mizah?! kan?! kan?! and farah senyum malu-malu sambil point kat tempat dia nak letak gambar tuh..

"kat sini pun boleh"

and lepas tu sumpah tak gaduh dah..

haish, rasa macam nak menitik air mata bile story kisah klasik ini kat u oll..

and farah,

ade tak aku mintak maaf kat ko selama ini atas perbuatan aku yang gila annoying itu?



aku rasa macam tak de..kan?

so memandangkan saya still ego + diva (bila usia meningkat) terus saya nak kata pada farah

" i'm sorry hokeh"

of coz aku doakan anak ko kacak bergaya dan ko akan berbahagia dengan abang zaki hingga ke akhir hayat...(muahaha, kat sini boleh le..kat depan mata ces, gile segan..)



budak 5 balkis AGAK terjal sikit. maka ini dikira sebagai gambar kelas kami yang rasmi..


*nak lap air mate..ceh tipu..i nak gerak gi solat..
*saya rindu zaman sekolah woh!