Sunday, August 30, 2009

nasi goreng sotong



cara untuk memasak nasi goreng sotong ala asrama

bahan-bahan:

-perlu ada rice cooker yang dibawa secara haram
-nasi putih baki sahur yang tak habis pagi sebelumnya
-sambal ikan bilis segera yang juga berbaki dari sahur sebelumnya
-sotong masak sayur campur yang dibeli di bazaar ramadhan depan meranti
-telur yang hampir expired (kalau dah expired lagi sedap)

cara memasak:
masukkan sambal ikan bilis segera ke dalam rice cooker, biar sehingga agak-agak hangit. kemudian, jangan lupa masukkan 'telur kita' (ala-ala chef wan) supaya telur itu masak separa. kacau sehingga sebati dan masukkan pula sotong masak sayur campur yang dibeli sebelumnya. pastikan ianya tidak basi atau dicemari serangga asing (seperti lipas lalat dan sebagainya). akhir sekali masukkan nasi putih dan kacau dengan penuh perasaan (kalau tidak dikacau dengan penuh perasaan, nasi goreng anda tak kan menjadi sedap). letakkan sedikit kicap jalin bagi menambah kemasinan, berhati-hati takut terlajak letak sebab nak tuang kicap jalin dalam nasi perlu kepakaran tinggi (tips, masuk dalam sudu dulu). sedia untuk dihidang...

nota kaki:
enak dihidang bersama pinggan bunga dan secawan milo oligofruktosa.

sekian terima kaseh!

2 comments:

  1. aku ketawa terbahak2 setelah lame tak ketawa.tq ~~olie..

    ReplyDelete
  2. oli!

    jika kau ade pastilah bertambah meriah suasana sahur kami..!

    hihi..

    ReplyDelete