Sunday, July 12, 2009

rindu zaman sekolah

zaman high school (ceh high school konon) sekolah menengah saya memang best. saya tahap maintain kurus dan hanya perlu fikir belajar dan buat hal. namun antara perkara menarik waktu itu adalah semangat sukan yang tinggi usah kata. saya rindu aktiviti sukan saya (nak cakap sangat aktif sukanla tu..bukanla..bukan..)

hari ni pada pukul 12 tengah hari saya dan roommate saya arbainah sangat bersemangat main badminton di dewan. masa inilah nak menggunakan sepenuhnya kemudahan universiti yang ada pasnih konfom tak bleh suka hati melainkan dah jadi staff universiti. kenikmatan jelas terasa selepas main selama sejam tanpa henti (henti minum air saja) tambahan pula kami berdua saja yang wujud di dewan tersebut. yang lain mane tah padahal ramai je yang tempah court tadi pagi. (ayat skema tak tahan!). mungkin sebab mereka semua kemaruk nak makan tengahari tanpa memikirkan betapa bagusnya semangat kesukanan yang selalu diuar-uarkan oleh perdana menteri kita Dato seri Najib Tun Razak (ceh ceh karangan time SPM dulu woh!).

jadi selepas penat, terus pergi beli McD drive tru ni semua arbainah punya pasal (walaupun bukan ko punya pasal aku tetap nak salahkan ko juga). konon nak sedap hati saya pun kata 'sebab kita main sejam, mcD ni kita boleh makan 5 kali' ceh konon nak kurus ke hapa burger spicy mcdeluxe memang sedap sampai menjilat jari. sambil makan arbainah terpaksa tadah telinga dengar cerita kisah sekolah zurazura dan zurazura si perempuan terjal itu sebagai eat time story.

memandangkan sangat komited terhadap kerja lab, saya 'yang dah terasa kurus sebab main badminton sejam' pun pergi lab, buat lab dengan tekun dan pulang singgah taman u isi minyak di shell nak basuh kereta puteh yang berbelang hitam itu tapi ramai pulak. balik terus online tanam potato kat farm town. selepas penat bercucuk tanam tido sampai tengah malam nah inilah akibatnya tidor siang hamek kau! sekarang sudah pukul 1.53 mata masih bundar-bundar mampus aku besok konfom ngantok haih!

sebagai penghias entry yang bosan tak da gamba ini, saya hidangkan gambar poyo-poyo di pangkor and teluk intan (memang tak puas hati kalau boleh nak tunjuk semua gambo!).



spek vouge tetap ade weh!

*i miss him-dah seminggu tak dengar khabar berita..

No comments:

Post a Comment