Sunday, July 5, 2009

mulut sakit (jahat kot mulut ni) tetap teruja dan pening kepala

bila spek patah (actually skrunya tercabut) mulalah mata saya berpinar-pinar kepala ada effect pusar-pusar jadi rabun dan separa buta buat sementara waktu...sangat mahu keluar konon nak cari hadiah bufdae untuk roommate dan diri sendiri dan betulkan spek. tapi bile i boleh online terus macam berat bontot..muahahaha..petang sikitlah i keluar, heh..

spek I yang sudah tahap uzur shar'i

by the way,

semalam segalanya berjalan lancar. drive juga saya ke kluang dengan semangat dan lajunya (sejam lebih saja). memang sangat nostalgik bila sampai bandar kluang. berhenti di stesen keretapi kopitiam kluang saya call fadila;

'jumpa kat kluang parade'

what?kluang suda kluang parade ok! pada zaman muda-muda dulu, terpaksa bertenggek di atas motor selama 45 minit untuk tengok wayang dan bersuka ria di batu pahat nun (encik boifren memang cool sanggup berkorban untuk girlfren baik macam saya).

zaman memang berubah.haih..

anyway, melawat baby baru sima yang bernama fariz, comel sangat even baru two weeks old. and abangnya faisal sangat lah activenya! suka budak active lari sana lari sini sambil cekik kucing (kucing tu redha je). golongan makcik-makcik seronok bersembang (we all la) macam sangat seronok banyak cerita baru keluar. at least, we still keep in touch. balik fadila bagi rambutan..

rambutan pon sodap..

as for today,

banyak orang sudah pulang ke kampus balik untuk start sem baru. adalah 2-3 orang jiran baru seorang jiran mintak pinjam penyapu. tak cakap banyak pun, i bukan manusia peramah. maybe nanti-nanti kot. bila fikir sem baru sudah mula nanti habeslah saya konfom extend satu sem, perlu berusaha siapkan labwork secepat mungkin (namun labwork apakah? apa yang anda sedang buat sekarang?) marilah berdoa supaya saya cepat habis. lepas saya dapat kerja, bolehlah saya belanja korang korang jugak yang untung kan? ngehehe..

sebagai penutup, mahu letak gambar di pangkor ala-ala kumpulan hujan panas..



penyanyi adalah gadis yang memegang kipas. yang lain adalah backup singer semata-mata..

No comments:

Post a Comment