Thursday, July 9, 2009

kan mak dah kata, tak salah kalau bertanya.

apesal tah mulut berat macam ada emas kat dalam,
nak tanya pun segan/malas/malu etc etc etc...

jadi di surau yang indah lagi penuh rahmat itu, saya terserempak dengan akauntan office miss M dan perlu bertanya sekarang juga!(sebab niat memang selepas solat dan berdoa supaya dapat elaun ini bulan, nak jumpa dengan miss M)..

riang seperti biasa (buat muka friendly gila of course) i pun tanyalah dia;

"er, kak M" malu-malu "kitorang yang last batch master ni dah tak dapat elaun dah ke?"

"depends kalau tak cukup 2 tahun lagi dapatlah"

"kitorang tak habis lagi ni, ada satu sem lagi, jadi kitorang sepatutnya dapat lagi la sampai hujung tahun ni?"

"yeke tak habis lagi? ingatkan semua batch dah habes." ok ada positive feedback di situ. "jadi kalau macam tu korang sepatutnya dpatla" i dah senyum dengar jawapan kak M (maintain muka friendly...)

"tapi kitorang tak dapat surat sambung kontrak macam mana ek?"

"nanti akak bagitau encik A untuk buat surat.."

haa...kan mak dah kata kena bertanya....

yeyey boleh enjoy lagi...hehe

No comments:

Post a Comment