Friday, July 31, 2009

saya ni bukannya ape...

cuma tulah (ceh ayat tak habis)..sebenarnya tak da ayat nak sambung macam kes arbainah aka roommate saya. berikut adalah perbualan kami di pagi yang agak hening sebentar tadi..

"eh, dapur gas kecik ni boleh bawak gi camping ni" saya kate.
"betul" arbainah kata.
"kita kena tau pergi camping memane pastu bawak aa dapur gas ni" saya kate lagi
"tula.....!"dengan nada yang kuat macam ada ayat yang nak sambung lepas tu.

.......................

saya pun tatau nak respon camana..aparaaa lu arbainah..

anyway,

memang ke 'busy' an melanda kehidupan seminggu bersama zurazura. terasa seperti pekerja tetap pun ada. namun hati tetap tabah mengahadapi hari muka. (ayat baik cikgu rashidah mas musti suka).

dan besok saya perlu pulang ke kl sebab besok paginya nak bertolak ke kucing sarawak (yeyeye!) memang sangat sukalah sebab first time gi situ kan dan seperti pekerja tetap jugak, saya ke situ atas urusan kerja bukan poya-poya katak (ada jugakla poya-poya katak tu menjadi agenda utama dalam pikiran)..

jadi, marilah saya menjeleskan hadirin dan hadirat semua dengan gambar-gambar sarawak yang saya google supaya saya dapat aura pelancongan itu..



sini

muahahahaha..
saya memang suka buat kowang jeless...

Tuesday, July 28, 2009

nak publish paper

in my field (cheh ayat poyo macam), publishing paper is a bonus and we will get extra creditlaa if ada paper or research yang terpublish. the more paper the marrier la you punya credit. so dunia i bukan hanya reti buat lab sahaja, perlu juga pandai menulis mengarang dan ada sikit auta (kalau pandai autala, i tak pandai).

saya memang nak publish as many as i can macam berjilid-jilid gitu boleh buat lapik nasi lemak (ok, itu tak kelakar.penat lelah nak publish paper bukan seperti penat lelah cari gosip panas)..

so,
tomorrow there will be a bengkel untuk publish journal, luckily my supervisor has already registered my lab members including me lah dengan harapan boleh publish mempublish nih. and supposedly, i need to submit a paper to 'yang berkenaan' so that macam ada mentor gitu for checking and guiding us in publishing paper. however, i macam biasa gila tak sedar diri dan malas untuk buat itu semua..

and just now we had a meeting with her and she said we all semua lambat buat kerja (in a kindfull way) and she was like 'science direct' (or sound direct sebenarnya) that she like her student to be doing work, bukan poye-poye yerh!..

but ape yang dia kata tu betul la kan.. most of the day we just do not know what to do. as for me kekangan barang adalah punca masalah, tu sebab certain days or weeks, i can't do my work - barang tak dak camana nak buat kije (alasan! alasan!)..

anyway, ganbate kudasai untuk diri sendiri..after this, i'll post my paper here for your view (and show off)..itupun kalau ada..ngehehe..

*i feel sorry for the lost of yasmin ahmad. i like her movies very much..(banyak sangat kes kematian now adays. scary pulak..)

Thursday, July 23, 2009

woi! woi! buat kije kau sekarang!

ha..tu tak sedar diri nebes gile tadi tengok para doktor demokrat professor tak hengat present, kau boleh hegeh-egeh layari internet sesedap rasa layan blog lagi tak sedar ke kau nak present besok di samping para demokrat sekalian?

1. apa kau ingat kau terer?

2. apa kau ingat ko boleh cakap mat saleh macam air?

3. boleh kau discuss result and discussion macam kacang putih itu?

4. apa ingat result and discussion kau macam kacang putih ke?

5. kacang hijau belum tentu hokey?

6. apa kau ingat kau sama taraf dengan mereka yang hebat itu ke?

jawapan saya:

1. ye, saya terer..
2. saya cakap mat saleh cam air sirap lagi..
3. oh memang kacang putih..
4. kacang hijau memang sedap di makan..
5. ya, saya memang sama taraf dengan mereka..

yela..yela..nak buat kije la niii!!!!

isk..

Wednesday, July 22, 2009

haruslah bersemangat! kan start besok engkau kena pergi conference ittew..

hari ini member-member dari johore sudah gerak and sudah sampai kl dan mereka kini sedang bersuka ria menuju ke destinasi idaman masing-masing seperti sogo (sogo sale memang hebat weh! manekan tidak menjadi idaman hati). namun saya di sini sugul dan gugul (wujud perkataan gugul ke?) macam malaaasnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeee nak gerak ke mana-mana even rakan-rakan sebaya mengajak ronggeng rokiah..saya sudah puas jalan weh..

isnin pagi pukul 3 setelah pulang dari perhentian direct terus ke rumah azmilia dan tidur sana sampai pagi. pagi yang dingin lagi berkabus azmilia hantar kami-kami yang cuti di pagi isnin ni (saadah ina and me) ke PUTRA hah balek kau sendiri ke pangkal keluarga. pukul 11.30 macam tu sampai umah, kemas-kemas dan petang itu pukui dua seperti yang dijanjikan, i rembat sarung tangan sejuk tertulis sunway pyramid dan sarung kaki belangkuu..

we all pergi ice skating betapa tak penatnya kami (yah bawak kereta kami tukang perati dari tempat duduk belakang siap pakai seatbelt hokey....). that's why masih ada tenaga untuk skate pulak..



bukti..bukti..

the next day (iaitu semalam) berjanji dengan encik boyfriend untuk berjumpa. kami layan harry potter di mid valey. boleh tahanlaa cerita itu tapi mereka meng highlight kan kisah percintaan pulak..adelah busan sikit di situ..

so, kalau dah 5 hari berturut-turut orang kaki jalan macam saya ini sudah surrender..hari ni mahu duduk di rumah..miss home like crazy..but tomorrow, i NEED to go to this conference weh kat pwtc..waaaa...tak mau aa..nak excape leh? haha..anyway, life must go on..perlu bekerja bagi tidak memakan gaji buta..

sekian..

oklah..oklah...i update blog i okay...

ceh! kau pahal ajuerah? seperti semua orang menunggu entry engkau..

tapi haruslah saya perasan macam semua baca dan ternanti-nanti entry baru..biar!biar saya nak perasan!

anyway, seminggu weh! seminggu dah tak hapdet ni..mood perhentian masih berlegar-legar di kepala macam slideshow, air biru jernih, batu karang cantik, nemo dalam sea anemone, naik boat laju...wargh!hentikan!hentikan!...gile malass nak buat kerja yang sepatutnya. sampai arbainah telefon kata mana poster tak hantar kat helmi ke? mamposs, memang terbang duit rm80 saya sebab sepatutnya poster itu boleh print secara percuma tapi sapa suruh tak hantar? sapa suruh? padan la dengan muka..

presentation slide pun tak siap lagi...

preparation untuk present this friday pun tak siap lagi..

note kecik pun takde..nanti nak cakap apa kat depan tu?

tapi marilah layan perhentian jap bolehka?










me and ina sedang menunjuk gamat..

my long lost friend..saadah, piah, yah, saya, yati and azmilia..

saya seronok dengan kowang semua..mengimbau nostalgialaa..

Tuesday, July 14, 2009

tatau pulak clarinase tuh mahal

18 kali jugak fikir perlu ke tak beli ubat selsema berjenama clarinase ni keraa kat klinik u pun ade je sebenarnya. tapi bila fikir last time terpaksa tunggu 2 jam semata nak minta paracetemol, ubat batuk setong dan clarinase sepapan, mau sakit jugak.

jadi alang-alang dah sampai guardian, dan orang guardian tu pun dah tanya, berdiri pulak depan kaunter pharmacy tu, terpaksalah beli juge satu kotak.

rm19.90..

hantam sajalah. dah sakit sangat hidung nih..
srottttttttttttttt.......................

Monday, July 13, 2009

saudara saudari, jangan hidu chloroform tersebut..

mata akan manjadi berair-air seperti hingus berair-air..
kepala pening-pening, mual-mual seperti mengandung 4 bulan..
kepala juga menjadi berat...sakit, seperti mahu pengsan..

ini baru chloroform yang meruap-ruap..gila malas nak masuk itu chemical bawah hood, hamek kau!
belum lagi berlaku kes perculikan (atau penculikan) di mana menekup muka dengan sapu tangan berbau chloroform..gila bahaya (marabahaya..) na'uzubillah weh!..

serius, kalau doktor or researcher nak buat jenayah senang woh! chloroform, check..glove, check..ethanol, check..HCl acid nak simbah kat muka orang, check-check-check..trypan blue kasi minum terus kena cancer, check..DMSO untuk kasi orang itu menderita kanser, check..autoclave machine kasi melecur separuh tangan, check..ape lagi heh? medium RPMI untuk sel sebagai penambah tenaga pun check, and yes air suling kot dahaga selepas buat jenayah, check..

nasib baik saya bukan penjenayah..

ngehehe...

*saya ambil sikit ethanol nak buat lap whiteboard balik bilik kang.
.

siapa kata bercinta itu senang?


kasi jawab sikit siapa yang tahu?

ada siapa tahu? angkat tangan tengok?

time awal-awal memang indah..macam kahwin juga. setahun dua boleh tahan lagi..
ini kalau anak dah umur 7 tahun mula rasa tak sedap badan dah...

time awal-awal semua best woh!
bila anak dah 10 main tinggal bini kat belakang sebatu nun jauh..

time awal-awal boleh lah abang segalanya kasihku tertumpah pada abangku..
takut kang dah separuh umur haish nak uruskan anak abang urus diri sendiri lah!

kalau dah emosi seorang pun dah hangin satu badan nak kasi settle..
tambah pulak emosi seorang lagi..komitmen babe, komitmen...

kalau jauh sakit hati pulak sebab jauh rasa macam nak bunoh couple-couple depan mate..
apa takde tempat lain ke nak dating selain depan mata haku?

bila dalam tepon nada lain sikit mula kata oi dah ada jantan/pompuan lain ke pesal dingin pulak nih? padahal tak tau masalah macam gunung everest nak kasi setel dah buruk sangka pulak.

mulala gaduh sana gaduh sini sebab nak kasi setel masalah pesalla macam ni pulak jadinya ape nak clash pulak ke? tak paham isi hati langsung! seb baik bil tepon adalah free 40 jam kalau tak sesia je dalam tepon merajuk tak nak cakap konon mogok cakap..

kalau dekat pulak sakit hati juge terlebih bertegur sapa dengan rakyat lain jantina mula tarik muke balik bilik kasi bingit telinga dengar yang sana membebel padahal tadi baru jumpa.

dah pulak tetiap minggu keluar tempat sama pastu terpaksa fikir cis ini minggu nak kuar mane pulak gile busan asek keluar tempat yang sama. dah pulak kalau nak dating harus makan bersama dah lain aktiviti selain tengok wayang hapa lagih? berjalan-jalan di taman bunga ke?

nak pergi karaoke awek pulak tak suka karaoke nak gi pantai boifren pulak tak suka alam semulajadi, dah nak pergi mane ni? nak gi jungle treking kat hutan bandar ke?

tengok orang lain hantar kad jemputan kawen bertimpa-timpa mula stress level meningkat bila pulak mamat ni nak masuk meminang cam orang lain nih?

tapi bila fikir balik haish, dah bersedia ke belum ke mulala nak hangin dengan orang-orang yang nak kawen ni nak je kata woi usia masih muda enjoyla duluuu..

bercinta dengan Tuhan senang lagi eh?tak sakit hati...

emosi..emosi..

*seminggu weh..seminggu...

Sunday, July 12, 2009

rindu zaman sekolah

zaman high school (ceh high school konon) sekolah menengah saya memang best. saya tahap maintain kurus dan hanya perlu fikir belajar dan buat hal. namun antara perkara menarik waktu itu adalah semangat sukan yang tinggi usah kata. saya rindu aktiviti sukan saya (nak cakap sangat aktif sukanla tu..bukanla..bukan..)

hari ni pada pukul 12 tengah hari saya dan roommate saya arbainah sangat bersemangat main badminton di dewan. masa inilah nak menggunakan sepenuhnya kemudahan universiti yang ada pasnih konfom tak bleh suka hati melainkan dah jadi staff universiti. kenikmatan jelas terasa selepas main selama sejam tanpa henti (henti minum air saja) tambahan pula kami berdua saja yang wujud di dewan tersebut. yang lain mane tah padahal ramai je yang tempah court tadi pagi. (ayat skema tak tahan!). mungkin sebab mereka semua kemaruk nak makan tengahari tanpa memikirkan betapa bagusnya semangat kesukanan yang selalu diuar-uarkan oleh perdana menteri kita Dato seri Najib Tun Razak (ceh ceh karangan time SPM dulu woh!).

jadi selepas penat, terus pergi beli McD drive tru ni semua arbainah punya pasal (walaupun bukan ko punya pasal aku tetap nak salahkan ko juga). konon nak sedap hati saya pun kata 'sebab kita main sejam, mcD ni kita boleh makan 5 kali' ceh konon nak kurus ke hapa burger spicy mcdeluxe memang sedap sampai menjilat jari. sambil makan arbainah terpaksa tadah telinga dengar cerita kisah sekolah zurazura dan zurazura si perempuan terjal itu sebagai eat time story.

memandangkan sangat komited terhadap kerja lab, saya 'yang dah terasa kurus sebab main badminton sejam' pun pergi lab, buat lab dengan tekun dan pulang singgah taman u isi minyak di shell nak basuh kereta puteh yang berbelang hitam itu tapi ramai pulak. balik terus online tanam potato kat farm town. selepas penat bercucuk tanam tido sampai tengah malam nah inilah akibatnya tidor siang hamek kau! sekarang sudah pukul 1.53 mata masih bundar-bundar mampus aku besok konfom ngantok haih!

sebagai penghias entry yang bosan tak da gamba ini, saya hidangkan gambar poyo-poyo di pangkor and teluk intan (memang tak puas hati kalau boleh nak tunjuk semua gambo!).



spek vouge tetap ade weh!

*i miss him-dah seminggu tak dengar khabar berita..

Thursday, July 9, 2009

kan mak dah kata, tak salah kalau bertanya.

apesal tah mulut berat macam ada emas kat dalam,
nak tanya pun segan/malas/malu etc etc etc...

jadi di surau yang indah lagi penuh rahmat itu, saya terserempak dengan akauntan office miss M dan perlu bertanya sekarang juga!(sebab niat memang selepas solat dan berdoa supaya dapat elaun ini bulan, nak jumpa dengan miss M)..

riang seperti biasa (buat muka friendly gila of course) i pun tanyalah dia;

"er, kak M" malu-malu "kitorang yang last batch master ni dah tak dapat elaun dah ke?"

"depends kalau tak cukup 2 tahun lagi dapatlah"

"kitorang tak habis lagi ni, ada satu sem lagi, jadi kitorang sepatutnya dapat lagi la sampai hujung tahun ni?"

"yeke tak habis lagi? ingatkan semua batch dah habes." ok ada positive feedback di situ. "jadi kalau macam tu korang sepatutnya dpatla" i dah senyum dengar jawapan kak M (maintain muka friendly...)

"tapi kitorang tak dapat surat sambung kontrak macam mana ek?"

"nanti akak bagitau encik A untuk buat surat.."

haa...kan mak dah kata kena bertanya....

yeyey boleh enjoy lagi...hehe

boleh percaya ke?

once, my new friend asked me (u know how weird the conversation would be if we meet someone new);

"kenapa macam moody ni" ok, maybe it was a straight to the point question (how dare she asked me like that but neva mind.)

i was moody that time and i didn't know why so i blamed the weather.

"hujan. my mood depends on the weather." my sweet and simple answer surprised her. mesti dia ingat aku gila.

and i kept on sulking all day - because of the weather..

and today the weather is just the same as that day. i have no energy, i feel so damn sleepy, i feel so malas! so it's kind of true that this rainy gloomy weather can effect my mood. plus, i kind of know but not very sure about my last month's allowance is the final one and i keep on thinking about that.

so, maybe its true..terima jela..

(mana aku nak cekau duit untuk bulan ni nih? -- cis!)

Tuesday, July 7, 2009

encik solleh bawak nasi lemak sedap




tapi saya puasa..haruslah saya untuk bertahan!
dan saya berjaya bertahan sampai bukak pose...

kasi tepok sikit sama zurazura!
clap clap clap...

Monday, July 6, 2009

jom cakap pasal makan lagi..

i still do not understand why, i have blocking nose (maknanya tak bleh bernafas ada sound effect hhnnnff..hhnnff..hhnnff..imagine sendiri) and automatically my taste buds become numb and i can't taste anything, but still nafsu makan membuak-membuak seperti makan 10 kali sehari.. last nite when azma and i were eating dumpling goreng she said;

'rasa macam hangit je' and i actually have eat almost all and i like;

'oh, sori aku redah je. aku tak rasa apa-apa. tapi tekstur seperti sangat sedap so aku imagine kesedapannya'

so kesian kan i? haish..

and today toksah cerita that 3 chap speghetti yang i dah telan tu honestly memang sedap pedas..yes, i can taste pedas. but pedas can consider as taste ke?

and malam ni i pi beli nasi goreng seafood pukul 10.30 (tem ni studen tak dak, 10 minit je dia goreng nasi saya)



tengok! tengok! (ok mungkin tak nampak, maklum)

mana pernah saya dapat nasi goreng seafood macam ni gaya?
udang besar ada 2! sotong bersepah-sepah! bawang goreng ditabur sesedap rasa, dengan rencah lagi..gile sedap..

terus saya nangis sebab saya tak dapat rasa..sedey woo..

sebab i ada imiginasi yang tinggi lagi kreatif, i pun imagine la die sedap berdasarkn pandangan mata..sadis..

anyway,

walaupun tadi dah makan megi, nasi pulak tu besok saya dah buat keputusan untuk puasa. ini pastilah adalah tanda-tanda kebesaran Illahi yang menyuruh hambanya berpuasa (puasa ganti tak start pun lagi). so, tidak lah terseksa jiwa raga kerasa tidak ada deria rasa..

hari ini arbainah bawak speghetti

speghetti arbainah sangat sedap (deria rasa saya agak kureng hari ni plus mulut sakit atas bibir dan bawah bibir-tetap redah saja).






maafkan gambar 0.5 megapixel okeh!
tapi saya sudah tambah lebih kurang 3 cap (chap). terima kasih kepada beliau kerana tujuan beliau membawa ini semua adalah sebab bufdae kami dan encik soleh.

i lupela nak ambil gambar puding oli yang sedap itu..

anyway, thanks to you guys memang berbaloi..

i admit, i suka makan

beginilah gayanya jika saya boleh online almost 24 hours, u will see me posting after 12..and might be more posts yang lebih merepek..

so,

just now i went to bukit indah jusco, my all time favourite place beside tebrau city (in johore la). tanpa jusco siapalah saya. the journey (ceh journey) took around 30 minutes gitu because of heavy rain. saya sangat gigih memandu ke sana walau jauh kerana sangat mahu ke sana konon mahu beli hadiah untuk roommate. plus betulkan spek patah (skru tercabut) and beli meggi untuk stok seminggu.

beli ubat jerawat jenama oxy juga (masih tak faham kenapa jerawat mencanak buat ladang kat muka nih? pi kat muka orang lain tak bolehka? mungkinkah kerana pangkor?)

anyways,

ada juga hasil lain seperti ini;


kotak memang besar dan isi memang ada satu kerana perut nyanyi lagu paris hilton plus nafsu makan gila membuak, saya makan terus dalam kereta sementara tunggu lampu merah bertukar hijau (bertukar!)

dan on da way balik sempat sms azma mari ke nudles di festive street mall..sedap woo! kalau u all berada di luar kawasan johor, mari datang johor dan saya akan bawak anda ke sana (ceh iklan)..tapi sempat capture gambar selepas melantak..tidak sabar untuk makan kerana lapar (tipu lapar sebab baru makan donut 3 bijik)..



dah saya memang suka makan nak buat macam mana.....

Sunday, July 5, 2009

mulut sakit (jahat kot mulut ni) tetap teruja dan pening kepala

bila spek patah (actually skrunya tercabut) mulalah mata saya berpinar-pinar kepala ada effect pusar-pusar jadi rabun dan separa buta buat sementara waktu...sangat mahu keluar konon nak cari hadiah bufdae untuk roommate dan diri sendiri dan betulkan spek. tapi bile i boleh online terus macam berat bontot..muahahaha..petang sikitlah i keluar, heh..

spek I yang sudah tahap uzur shar'i

by the way,

semalam segalanya berjalan lancar. drive juga saya ke kluang dengan semangat dan lajunya (sejam lebih saja). memang sangat nostalgik bila sampai bandar kluang. berhenti di stesen keretapi kopitiam kluang saya call fadila;

'jumpa kat kluang parade'

what?kluang suda kluang parade ok! pada zaman muda-muda dulu, terpaksa bertenggek di atas motor selama 45 minit untuk tengok wayang dan bersuka ria di batu pahat nun (encik boifren memang cool sanggup berkorban untuk girlfren baik macam saya).

zaman memang berubah.haih..

anyway, melawat baby baru sima yang bernama fariz, comel sangat even baru two weeks old. and abangnya faisal sangat lah activenya! suka budak active lari sana lari sini sambil cekik kucing (kucing tu redha je). golongan makcik-makcik seronok bersembang (we all la) macam sangat seronok banyak cerita baru keluar. at least, we still keep in touch. balik fadila bagi rambutan..

rambutan pon sodap..

as for today,

banyak orang sudah pulang ke kampus balik untuk start sem baru. adalah 2-3 orang jiran baru seorang jiran mintak pinjam penyapu. tak cakap banyak pun, i bukan manusia peramah. maybe nanti-nanti kot. bila fikir sem baru sudah mula nanti habeslah saya konfom extend satu sem, perlu berusaha siapkan labwork secepat mungkin (namun labwork apakah? apa yang anda sedang buat sekarang?) marilah berdoa supaya saya cepat habis. lepas saya dapat kerja, bolehlah saya belanja korang korang jugak yang untung kan? ngehehe..

sebagai penutup, mahu letak gambar di pangkor ala-ala kumpulan hujan panas..



penyanyi adalah gadis yang memegang kipas. yang lain adalah backup singer semata-mata..

Saturday, July 4, 2009

my bufdae plans..

sudah seronok berpangkor malah bergambar juga.. masuk spek dalam beg, terima kasih sudah patah, merancang untuk trip seterusnya.

perhentian, here i come!

today is my bufdae, tidak ada perancangan plus, i'm sorang (nangis macam ni)..
but i tak kisah pun sebab all the bufdae wishes sangat mengahrukan hati dan menceriakan hari woh! and bufdae celebration yang dibuat dua hari lebih awal;


ada tulis zura-zura.blogspot tu tak tahan tuh!haha..

trimas bebudak lab! i love you all...

oh, have i tell you guys that me and my roommate adalah kembar lain tempat dan lain parents? haha, last year we celebrate together, this year maybe akan celebrate lagi..mungkin bbq macam hari tu? best-best (aparaa helmi gi ilangkan gamba bbq. penat i kipas ayam ittew..)

anyways...

perancangan untuk hari ini tidak banyak..first, bangun pagi dengan seksa kerana hidung tersumbat. juga semalam melihat kiri kanan bilik yang kosong, gila saya sangat lonely, memberi makan kepada mama ciaw (kucin) dan along, manja, tompok dan pengecut (anak ciaw).



hari ini sudah berjanji dengan fadila nak pergi tengok sima di kluang - sudah beranak dua dah kawan saya yang sorang ini. konon nak naik bas tapi gila i berlagak nak jugak bawak kereta (hei, balik malam okay. sangat bahaya nak naik teksi masuk kampus, lagipun takda siapa nak ambik i. alasan!).

boleh pulak meter jauh perjalanan sudah lebih 200km, perlu servis. so ingat nak pergi servis dan immediately bertolak ke kluang kot..

hopefully everything berjalan lancarr..

sebelum berpisah (cewah) saje nak tunjuk gambar pangkor supaya u all jeles tengok topi besar and sunnies vogue i ;P


oli sedang menunjukkan betapa banyaknya souvenir yang dibeli. manakala i hanya satu plastik merah saja..ok i tipu)

sila jeles! sila jeles sekarang!!

gambar kemeriahan pangkor yang lain akan diload kemudian..

Thursday, July 2, 2009

toss that bra!

oop!oop!
don't toss it yet..i tak suroh toss sesuka hati..
for breast cancer awareness, today all of you can start voting for me here
i'm too excited about this, my eyes are glued to this website to see how many voters already..
thanks to all my friends who voted for me..thanks!thanks!kiss!kiss!hug!hug!
appreciate tau!

so lepas ni boleh vote lagi i rasa, boleh vote 8 kali kot..hehe..

toss that bra, self check to safe life!