Sunday, June 14, 2009

menganggap seperti hari biasa

sabtu dan ahad yang indah jangan ingat dua hari itu dua hari untuk berfoya-foya.
berfoya-berfoya tidak semestinya pada dua hari itu sahaja, boleh juga hari lain..
itulah sebabnya hari sabtu dan ahad bagi zura-zura adalah story busan dan kosong dan kehidupan hanya dengan labwork jika tidak ke mana-mana.
dan sabtu dan ahad itulah hari lonely bagi zura-zura.

rakan-rakan pulang ke rumah masing-masing menikmati hidup bersama keluarga;
rakan-rakan juga mungkin pergi dating dengan teman lelaki.

dua sebab itu menjadikan hidup menjadi sangat lonely pada sabtu dan ahad kerana keluarga saya jauh dan teman lelaki juga jauh. kesian saya, isk..

tapi a-a-aah...(sambil mengeleng kepala jari telunjuk gerak kiri kanan tandanya tidak!)

labwork juga adalah kehidupan saya. saya sangat syukur menadah tangan ke langit sebab jika saya busan saya pergi lab, tengok anak hamster supervisor 10 ekor atau beri makan ikan guppy, anak-anak ikan guppy, zebra fish, anak zebrafish, ikan tetraneon dan anak..oh, tetraneon tak ada anak kot dalam akuarium. juga melihat apaaaaa yang patut saya buat hari ini. oh ya, membela sel kanser ovari yang sudah tua itu. banyak songeh tahu! bukan senang untuk memahami nenek tua itu (sel kanser ovari).

kehidupan saya memang penuh dengan belaan (bukan hantu belaan)..

semoga saya diberkati Tuhan..

amin..

No comments:

Post a Comment