Saturday, June 6, 2009

mahu pergi masquerade party..



hi,

saya pulang ke rumah hari ini dengan menaiki kereta kancil ku yang gila comel macam tuannya juga. dengan bangga meter menunjukkan 120 km sejam, ada sikitla gegar-gegar tetap macho potong hyundai accent dan juga beberapa biji kapcai. tidak lupa juga memotong dan memaki hamun kereta yang nampak je canggih dan hebat mempunyai 100 kali kuasa kuda tapi gila lembab macam siput (sori siput i tak berniat nak kutuk u).

honestly, memang sangat seronok drive sebenarnya..

sesampainya di rumah (oh, taknak dengar cerita pasal rumah ok, teruskan ke niat sebenar..) amirah si adik yang pulang cuti sekolah tiba-tiba ingin meminjam kamera tidak canggihku nak menghadiri jamuan yang tidak dapat diingati apakah tapi yang pasti tema sangat menarik iaitu fairy tale dan fantasy land (or whatever tidak ingat juga apa tajuk sebenar bukan final fantasy). juga perlu memakai mask. oooh, teruja!

emakku yang sudah berumur 40 an itu juga sudah ke party yang memakai mask, ini si adik pula, oh jelesnya rasa hati..dalam hati gila berdendam pada tempat belajar sendiri mengapa tak ada masquerade party eh? jeles..sangat jeles..

seingat saya di zaman persekolahan, saya tidak pernah ke mana-mana theme party, sekolah sangat warak dan beriman theme party itu adalah sangat jauh panggang ayam dari unggun api (bayangkan saya pegang ayam mentah sambil nangis tengok semarak ungggun api nun di kejauhan sana). of course semasa tingkatan 5 ada party juga tapi oh semua bertindak ayu dengan memakai baju kurung paling cantik yang ada dalam almari dan masa itu juga boleh show off gaya tudung berpusing-pusing sebab tidak berjahit tengah (nangis). sungguh tidak memoir zaman itu.

masa matriks pun sama. i pakai kebaya for the first time dalam seumur hidup gadis suntiku..memang tidak memoir juga (yang memoir apabila mengangkat garpu dengan tinggi sambil berkata 'yeeeeergh aaaargh!').

namun..

kusangka panas hingga ke petang. tapi memang nampak pelangi cantik masa hujan rintik-rintik tengahari tadi.

masa first year saya sebagai seorang mahasiswi cemerlang gemilang terbilang, kolej saya buat theme party (semua kolej kediaman pasti ada) dan theme masa itu adalah pakaian beragam (ok, memang sangat tadika). masa itu saya sangat gila harry potter dan saya suruh emakku sayang membuat jubah hitam besar untuk saya dan rakan sebaya. i wanted to be a witch that night.

the best part is;

"saya nak kita hargai semua yang mengikut tema malam ini especially those three witches over there" sambil lampu spotlight suluh directly kepada mangsa iaitu kami bertiga (we wore pointy witch hats - the tallest of them all you can say). and that night kami menjadi sangat artist "nak tangkap gambar dengan witch lah!" kata ahli kolej lain yang tak dikenali..haha, sangat gelemer...

tapi sayang kerana saya tidak ada gambar untuk malam itu (i pun tak tahu kenapa heh?) but that is the best theme party i've ever had.

so the following year tema bertukar menjadi busan - pakaian traditional (blergh!) tapi bila saya pindah ke kolej yang lebih sopan di tahun ke tiga, kolej lama buat tema 70's show pulak (haisy melepas i). kolej baruku of course, pakaian traditional menjadi tema utama (busan..busan - i pakai kebaya i jeeerh).

so, demi men'support' adik ke masquerade party fantasy alice in wonderland or whatever, saya pun punggah keluar jubah hitam besar itu semula (memoir..memoir) dan mencadangkan jadi witch juga tapi lebih gelap like "i come from the dark side" like a very evil villain (sampai i suruh adik i pakai celak hitam bawah mata macam mata semulajadi i) sebab saya rasa mesti semua orang perasan princess pakai kain kembang kaler pink (ergh!).

so, u go girl! selamat menjadi dark witch yang jahat. while me, mungkin berharap ada masquerade party supaya saya boleh pakai mask emak yang cun selepas ini (beli di petaling street memang cantik owh!).

No comments:

Post a Comment